31 December 2016

Aku harap, kerajaan tak haramkan gerai-gerai kecil tepi jalan yang jual nasi bajet. Itu tempat kami, anak marhaen beli makanan tengah hari. Aku harap, penguasa tak robohkan pasar malam, itu tempat kami, anak marhaen sesekali cari makanan yang beraneka pilihan


Begitulah juga kakak dengan adik dalam rumah ni. Sesekali makan ayam. Tapi yang paling laju dan laku keras ialah kicap. Pembangkit selera dan penyedap juadah. Bagi setiap hari pun takpe, dah boleh hidup dengan tenang




Cukuplah makan nasi dengan telur dan kicap sahaja. Kalau kat kedai pun nak cari kicap juga. Kicap kicap kicap. Stok kicap pun cepat jer surut kat rumah ni. Selalu kena restock. Senang je nak bela anak aku ni, cukup dengan apa..? haaa pandai.. kicap


Tengok la tu.. duk ingatkan nasi je, dengan mee goreng pun nak suruh letak kicap. Dulu ingatkan si kakak je minat kicap.. sekarang adik pun sama daa... obses kicap. Tak tengok kiri kanan dah

29 December 2016

Korang selalu beli roti kan. Buat breakfast atau brunch atau pun buat alas perut tatkala kelaparan. Sekurang-kurangnya boleh elakkan menggigil teruk (kerana perut kosong, lapar) bagi orang yang mengidap GASTRIK

Ada kawan saya sorang ni, dia anak sulung dari 13 orang adik beradik. Dia cerita, setiap pagi, akan habis 2 buku roti gardenia yang size besar tu untuk satu sesi sarapan satu family dia.. ermm minat betul roti kan

Kat rumah ni pun laku jugak roti ni. Selalunya brand gardenia la. Tapi kadang-kadang bermusim juga. Kadang-kadang nak beli size besar, takit tak habis, nak beli size kecik takut tak cukup. Kadang-kadang pulak , yang size besar tu 2 hari je pun boleh habis.. Adakalanya beli saja-saja jer, tak makan pun sampai la tarikh luput..sampai naik kulat hijau, last last buang gitu jer... berdosa betul membazir...hurmm 

Cuma kalau terperasan ada roti kat atas meja dan kalau terbelek tarikh luput dah nak hampir tuu, cepat-cepat duk mai idea cara nak habiskan roti sebelum ia betul-betul expired..... contohnya buat roti telur..hehe

Ye la.. budak-budak mungkin boring makan roti sapu dengan jam kacang atau coklat. Kalau goreng dengan telur macam ni, laku keras dan cepat habis sekelip mata



Roti telur semua orang pandai buat kot. Tak perlu la resipi beria sangat. Pecahkan 4 - 5 biji telur dalam mangkuk (aku tak campur garam), pukul telur, celup roti dan goreng dengan sedikit minyak zaitun atau kuali ajaib tanpa minyak. Kalau ada baki telur tadi tu, buat je scrumble egg. Dah .. selamat dinner kitorang

Selamat mencuba
Sakit gout secara umum disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan. Untuk pengidap sakit gout, asid urik yang telah berlebihan ini tidak dibuang dan berkumpul dalam sendi

Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari kaki, tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi - sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari

Sakit oiii kena gout..Wal 'iyazubillah

Untuk yang sedang mencari alternatif penawar gout dari sumber alami lagi natural, anda boleh cuba VIVIX. Sangat-sangat membantu dan highly recommended. Jom kita tengok respon positif pengidap gout yang telah mengamalkan vivix ini


TESTIMONI VIVIX UNTUK GOUT

VIVIX SHAKLEE
VIVIX SHAKLEE


" ayah menderita gout berpuluh tahun, selepas guna vivix, dah boleh tinggalkan ubat gout dan painkiller "

VIVIX BANTU PESAKIT GOUT


" lepas ambil vivix, 
ayah saya tak kena gout lagi "

VIVIX BANTU PESAKIT GOUT



" dulu guna wheel chair, sekarang tak payah guna wheel chair lagi, repeat order 7 botol vivix "

VIVIX BANTU PESAKIT GOUT


" nak bertenaga sepanjang Ramadhan, standby vivix, Alhamdulillah, first time tak sakit masa Ramadhan, gout dah kurang "

VIVIX BANTU PESAKIT GOUT

" makan seafood, tak ada gout langsung, vivix the best "

VIVIX BANTU PESAKIT GOUT

kredit : kepada semua yang berkongsi testimoni dari keluarga besar Shaklee

Selain vivix, boleh juga ambil set lengkap gout iaiti alfalfa, ajht, minyak ikan omega dan performance drink
BACA : SINI


Allah jualah Maha Memberi Kesembuhan

Info Lanjut :-
013 976 1627
013 976 1627
013 976 1627

28 December 2016

Mak aii... sakitnya derita gout. Macam-macam cari petua cara rawat gout ni kan. Selain petua tradisional, boleh juga nak cuba cara rawat gout dengan set nutrisi semulajadi

sakit gout

Saya tak pernah  la alami, tapi duk tengok orang yang derita gout ni sangatlah kesian. Rakan sekerja pun ada yang kena gout. Kadang-kadang bila dah kena, memang tak boleh buat kerja apa-apa, stress pun bertambah. Silap haribulan kalau salah soalan bertanya kat orang tengah sakit gout, harus kena marah. Kadang-kadang jadi macam suster ngengsot... jangan jadi kuntilanak atau sundel bolong sudah la ye

CARA RAWAT GOUT

Antara petua rawat gout, sumber dari siraplimau.com ni haa boleh cuba. 1 biji timun, saderi, lemon dan akar halia. Boleh la cuba

BACA PENUH : DISINI

Adapun yang mahu mencuba dengan set gout nutrisi Shaklee, boleh ambik VIVIX, ALFALFA, MINYAK IKAN OMEGA GUARD, AJHT dan PERFORMANCE DRINK

FUNGSI RINGKAS KOMBINASI SET GOUT NUTRISI SHAKLEE


ALFALFA COMPLEX

- 1001 khasiat , digelar sebagai raja tumbuhan , vitamin agung
- menyingkirkan toksin secara lebut dari badan
- super kaya dengan vitamin , mineral dan fiber
- membantu menurunkan asid urik
- super detoks semula jadi / alami
- makjun kelegaan era baharu




AJHT

- menyokong kesihatan melalui 3 cara :- 
1 - meningkatkan keselesaan sendi
2- meningkatkan kesan kusyen antara sendi
3 - memelihara kesihatan tisu penyambung



MINYAK IKAN OMEGA GUARD

- mengelakkan/mengurangkan inflamasi / radang sendi-sendi
- mengurankan paras kolesterol ( ohh gout sangat berkait rapat dengan kolesterol..ok! )
- sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak (gout) menjadi lebih teruk



VIVIX


- super best power untuk kelegaan gout - highly recommended!!
- salah satu bahan utamanya European Elderberry dan Lobak Ungu yang bersifat anti radang
- menggalakkan pembentukan  mitochindria  dalam sel
- antioksidan yang kuat
- antibiotik semulajadi , tingkatkan sistem imun
- agen anti inflamasi yang kuat 



PERFORMANCE DRINK

- isotonik nutrisi 
- pelengkap kecukupan air 
- mengekalkan hidrasi tubuh
- memastikan tubuh cukup kandungan gula dan air
- pelihara kandungan bendalir dalam badan
- bantu proses perkumuhan asid urik
- membantu proses detoks

TESTIMONI SET GOUT SHAKLEE






BACA LAGI : TESTIMONI GOUT

Allah jualah Maha Penyembuh


Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director

Info Lanjut :-
sms/whatsapp : 013 976 1627
Macam mana ye korang yang first time nak ajar anak tak pakai pampers?Terutamanaya masa tidur.. ermm boleh tahan juga tu kan menguji kesabaran kalau tetiap hari nak kena basuh katil sebab anak bocor
Aku baca jer tips yang korang kongsi pasal anak untuk first time tak pakai pampers time tidur malam ni.. antaranya ni haa

1- Bisikan : tanam dalam fikiran dia supaya minda bawah sedar dia tahu dan well-trained bahawa sesungguhnya bila terasa nak kencing, kena bangun pergi ke tandas
2 - Elakkan minum air sebelum tidur dan suruh dia kencing sebelum tidur
3 - Kejutkan dia tengah-tengah malam area pukul 3 atau 4 ke ... suruh masuk toilet dan kencing
4 - Guna waterproof sheet yang so called-protector sangat tu
5 - Alas katil dengan plastik
6 - Bila bangun awal pagi, terus masuk tandas

yang ni aku nak tambah...

7 - Tidur kat luar/ruang tamu kat atas kerusi/sofa kulit - tak kisah la kulit mahal ke tak, in case kalau terkencing, takder la meresap dan senang nak cuci
8 - Kemudian, cuci kerusi kulit tadi dengan BASIC H... kasi berkilat balik kerusi tu dan mudahkan kerja membasuh dan kurangkan menyental

Ciri-ciri BASIC H yang organik, bebas kimia, tanpa paraben dan bahaya racun


Ada juga aku baca petua tradisional untuk elakkan anak kencing malam, tapi belum try lagi la dan belum tahu sejauh mana keberkesanannya.. Antaranya ialah guna sarang semut, campur dengan air dan sapu kat belakang badan anak. Satu lagi petua minum madu campur titisan air limau nipis

Selamat berjaya buat ibu-ibu dan bapak-bapak. Korang kalau ada tips lagi boleh share kat komen ye.. Dialu-alukan..

22 December 2016

Cuti sekolah bakal berakhir tak lama lagi. Namun masih ada kesempatan untuk manfaatkan baki cuti untuk anak-anak berkumpul di kampung, rumah tok diorang. Jumpa sepupu sepapat seramai 20 orang ni. Tak termasuk yang belum keluar lagi tu

Yer la, nak jumpa lama-lama bila lagi kan. Sedar-sedar diorang sesama sendiri dah besar, dah hilang suasana riuh, suara kanak-kanak, suara baby kecil, suara tok membebel. Time cuti panjang ni lah plan terbaik untuk semua tu. Kalau tak selalu jumpa masa ni, nanti makin segan dan kekok atau mungkin tak kenal

semua kawan-kawan main buai kat luar...tinggal lah kakngah naurah salsabeela ni tengah layan perasaan sorang-sorang

Tapi, kak ngah ni kan kalau dah balik kampung jumpa sepupu sepapat yang ramai tu, kita mak pak dia ni pun dah tak kenal, tak hirau sangat. Asyik nak berkepit dengan kawan-kawan jer (sepupu)

"nak tido ngan tawan-tawan (kawan2)"
" nak mandi ngan tawan-tawan"
" nak main ngan tawan-tawan"

naura & kauthar

Seronok budak-budak ni, riuh rumah tok dibuatnya. Kadang-kadang pukul 12 lebih tak tdor lagi haa.. Sekali tok diorang keluar bilik bagi amaran suruh tidur, hurmm baru semua berkeliaran nak masuk bilik dan tutup tv. Kalau tidur kat luar pun, sekali dengar suara tok dari dalam bilik, baru la diorang ni semua nak diam..huhu

kakak baheja dengan sebahagian sepupu gotong royong bersihkan rumah.. esok ada majlis aqiqah sepupu baharu diorang.. 

macam-macam mainan zaman sekarang ni ye... entah apa yang diorang sebut.. aku dengar cocola the shake ayoyo ayoyo

gituu laa aksi masing-masing time ngadap tv...

inilah yang paling heaven di dunia ini.. masakan tok diorang... cukup dengan ikan panggang tawar dan air asam legend... dulu, kini dan selamanya

21 December 2016

Alhamdulillah... kali ni ada satu lagi respon terbaharu yang sangat positif dari anak buah Shaklee saya mengenai ibunya yang telah beberapa kali minum VIVIX



Biasalah orang tua macam-macam sakit singgah. Katanya, sakit belakang dah berkurang, badan terasa ringan, selesema dan sakit tekak cepat baik jika minum vivix dan sakit kaki sudah bertambah baik

Saraf tengkuk juga dah berkurang walaupun tak boleh buat kerja berat lagi. Tumit pun dah tak sakit, kalau dulu nak pijak lantai pun menangis

VIVIX

Respon real dan bukan rekaan semata-mata dari ibu beliau. Anak buah shaklee saya ni sanggup mengumpul wang dan bekerja keras untuk menghadiahkan vivix kepada ibunya


4 BAHAN UTAMA VIVIX
Baca : DISINI

ANGGUR MUSCADINE dalam VIVIX


Testimoni Lain Vivix Untuk Parent

Kredit : diyanajamal.blogspot.com


Allah jualah Maha Memberi Kesembuhan

Info Lanjut :-
013 976 1627
alluana35@gmail.com

20 December 2016

Selamat petang.. dah tukar kad bank ke belum? Ada orang sanggup meredah perjalanan, drive sejauh lebih kurang 85 KM pergi ke daerah lain semata-mata nak tukar kad bank. Berbaloikah?

Bahagia itu kita yang pilih. Dengan mengambil kira belum tentu lagi di daerah lain tu orang tak ramai, kos minyak kereta, tenaga , masa dan stress.. rasanya agak tak berbaloi untuk drive sejauh itu. Agak jauh 85KM pergi dan 85KM balik. Buat pilihan yang lebih bijak, baik bayar denda je dua belas ringgit lebih (kalau betul kena caj) dari buang masa,tenaga dan kos minyak



Lagipun, Maybank dah keluar statement, penukaran kad sebelum 31 Disember hanya untuk mengelakkan mendatangkan masalah untuk orang yang melakukan pembelian melalui kad debit. Selalu beli online atau order shaklee macam aku. Mujur aku dah tukar awal-awal kad Maybank bulan Julai hari tu

Kalau nak ambik duit (withdraw) guna kad lama, ia masih berfungsi. Tapi lambat laun kena tukar juga laa

Cuma kalau tak tahan menunggu lama dan selalu sibuk, rasanya baik la tukar kad tu selepas musim orang tengah berduyun-duyun ke bank ni sampai sanggup beratur jaga pintu bank awal-awal pagi. Buatlah bulan depan ke, bulan februari ke, mac... boleh je

Orang kata bank sesak sekarang ni sebab ramai yang buat last minit.. ermm aku rasa aku buat masa bulan Julai hari tu tetap ramai orang lah.. Berjam-jam la jugak menunggu sampai tertidur kat kerusi

Moral of the story , jangan panik dan sila bertenang. Rileks rileks sudah dan tak perlu tidur depan pintu bank selepas Subuh. Macam aku pergi tukar kad Bank Islam 2 hari lepas ambil masa 2 jam je. Sampai pukul 2 siap pukul 4. Boleh tahan la menunggu tapi bagi aku tak terlalu lama

Antara sebabnya?.. ada rezeki aku terjumpa nombor giliran yang orang buang. Aku sampai di bank je, aku dapat nombor 9207. Tetiba aku nampak 2 kertas nombor giliran yang orang tinggal/buang dekat dengan kaunter nombor. Mungkin orang tersebut tadi tak mahu menunggu lama atau mungkin dia stress tengok orang ramai. Dua nombor kat kertas tu ialah 9182 dan 9183

Apa lagi... aku anggap sudah rezeki aku nak dapat nombor lebih awal. Aku ambik je la nombor 9182 tu. Anggap jer la orang yang buang tu tolong ambik untuk aku... heheh...lagipun aku tengok keadaan sekeliling tak ada orang tua dan ibu mengandung yang menunggu.. aku ambik jer la 

Giliran nombor yang sedang berurusan di kaunter time tu pulak 9140 lebih kurang. Ada la kena tunggu dalam 40 orang lebih. Nak dijadikan cerita rezeki, dalam menunggu 40 nombor yang dipanggil tu, lebih kurang 20 nombor yang dipanggil tidak bertuan. Tak ada orang yang datang kaunter.. orang dah balik agaknya. Jadi... tempoh menunggu dan nak sampai giliran aku (9182) tu semakin singkat laa... Alhamdulillah


Akhirnya siap juga kad aku. Moralnya, jangan panik, bertenang dan tak perlu cari bank di daerah lain semata-mata nak tukar kad

19 December 2016

Bernikah lagi.... selamat pengantin baharu untuk dia. Aku ucapkan semoga berbahagia ke akhir hayat dan sampai syurga. Semoga dirimu berbahagia sentiasa. Buat sang suami, jaga dia seperti nyawamu. Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta

aku hanya mampu melihatmu dari kejauhan dengan anakku

Hehehe... janganlah panik. Tu walimah anak saudara aku lah 3 hari lepas, Jumaat dan resepsinya hari Sabtu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar

Sebenarnya nak post gambar dua beradik ni je tadi. Maklumlah jadi princess kejap

 
sibuk nak main barang pengantin



bangun awal sangat nak bersiap.. sampai tertidur kakak... acah-acah sleeping beauty gitu


touch up by kakak shahida

dah jumpa sepupu sepapat.. banyak la mainannya... sempat main sorok-sorok

zaman raver dan hipster ni, kek kahwin pun dan macam-macam style ye.. haritu pacak je, sekarang dah main gantung-gantung pulop ye.. kreatif naww


Untuk pengantin yang diraikan, diucapkan Baarakallohulakuma wa baarak 'alaikuma wajam'a bainakuma fil khair. Selamat menjalani alam rumah tangga

18 December 2016

Cerita minggu lepas la. Tak perlu story banyak. Aku mengidam pulut kuning sedap, cukup lemak, cukup rasa, cukup santan segala.. Ermm tengok instagram zarina zainuddin pulak tu asyik jual pulut kuning je, terliur dibuatnya

Dek kerana keterliuran yang keterlaluan, kebetulan duk rumah mak pulak tu, apa lagi.. aku suruh la mak masak. Barang-barang , bahan semua aku beli. Nak buat sendiri boleh, kot tak sedap

mak suruh ambik semua menda alah ni belakang rumah.. fresh.. mak suruh ambik lengkuas guna cangkul, hurmm aku cabut dengan tangan macam tu je,..hehe

rupa pulut kuning yang dihiaskan


Oleh sebab time tu birthday kak ngah Naurah Salsabeela dah dekat, kebetulan semua sepupu sepapat dia ada sekali kat rumah tok diorang, kira celebrate sekali lah birthday dia yang ke 3, seminggu lebih awal dari tarikh sebenar


naurah turns 3

biasalah acara potong memotong

sedang hadamkan kek

ni menikmati round yang ke 2.. 
aduhh enaknya bersama rendang daging..lupakan pasal kalori kejap..hehe


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN