30 April 2017

Semalam telah berlangsungnya konferen shaklee peringkat kebangsaan di KL. Konferen ini telah mengumpulkan pengedar shaklee seluruh negara, penerima-penerima awards serta ucapan perkongsian perjalanan bisnes shaklee dari master-master baharu yanh dilahirkan dalam cycle yang lepas (2016/2017)

Sharing tersebut diceritakan semula di dalam group team shaklee kami sebagai panduan dan rujukan untuk yang tidak hadir ke konferen terutamanya. Antara perkongsian yang menyentuh hati ialah kisah master ng siew fang yang menderita kulit berdarah dan sendi-sendi semuanya sakit. Cap jari pun dah takde, katanya. Ini semua kesan dari rawatan penyakitnya yang dihadapi sejak kecil

3

Asalnya tak percaya pada kelebihan VIVIX. Hanya pandang sebelah mata akhirnya terbuka hati untuk mencuba vivix. Selepas mengamalkan vivix, derita masalah kulit berdarah beliau juga berakhir. Makna kata, dah sembuh dan jadi lebih sihat (dengan kuasa dan izin Allah jua).

Testimoni Lain Vivix Untuk Paru-paru Berair




Minum Vivix, Darah Jadi Macam Anak Dara




Vivix yang disejukkan lagi enak dan pure rasanya.. jom try!

27 April 2017

Ni resipi pejam sebelah mata, aku punya stail. Korang jangan komplain-komplain ok! Ni namanya maggi (mi segera) goreng hari cuti. Sebab buatnya semalam, hari cuti umum sempena keputeraan Sultan Terengganu. Buat cepat-cepat sebab kelaparan dan ternampak mee segera maggi berbaki dalam kabinet dapur ada 3 bungkus.. hihi

Resipi Maggi Goreng


Nah resipi maggi goreng simple, mudah dan cepat disediakan

Tumbuk bawang putih dan bawang merah dalam lesung batu. Tumbuk ok! Lengan tok nenek moyang kita dulu tough sebab selalu banyak buat kerja manual. Antaranya giling cili atas batu (alat giling cili tradisional) dan tumbuk-menumbuk rempah ratus dalam lesung

Mi segera (maggi) tu dilembutkan dengan rendaman air panas, toskan dan asingkan ke tepi. Jangan terlalu lama sangat. 2 minit cukup. Pastu aku suka bilas sekali lagi dengan air. Kasi wax-wax kat mi segera tu keluar banyak-banyak

Sementara tu, rempah maggi aku suka bancuh (bancuh pekat) dengan air suam dalam mangkuk. Bukan main tuang je rempah yang masih berbentuk serbuk ke dalam kuali. Bancuhan rempah kari maggi ni aku campur dengan rempah kari daging, sos cili thai, serbuk lada hitam sikit, serbuk bawang putih dan sesikit kicap

Potong ayam dan bebola daging. Ni ikut suka la nak masuk apa pun. Udang ke, ketam ke, sotong ke.. ikut tekak sendiri.. Bebola daging pilihan aku tentulan brand Azmy. Hanya Azmy dan Ramly sahaja diyakini setakat ini. Lain-lain tu was-was sikit.. hehe

Dah start boleh menggoreng. Panaskan minyak dan masukkan bawang yang ditumbuk. Bila naik bau, masukkan bancuhan rempah ratus tadi

Kemudian masukkan ayam dan bebola daging. Tunggu sekejap, boleh tuang semua mi segera (maggi) tu. Gaul-gaul, goreng-goreng dengan gaya tersendiri sampai sebati. Aku tak masukkan sayur sebab kakak baheja dah warning awal-awal jangan bubuh sayur!

Last sekali, tambah telur. 4 biji sekali masuk. Pastikan telur dibasuh dan di pecahkan dulu dalam mangkuk. Manalah tahu kalau terus pecah masuk dalam kuali terkena telur tembelang.. kann


Siap dan boleh meratah. Selamat menjamu mata. Harap-harap terliur laaa.. 

25 April 2017

Semalam, time tengah lunch, adik naurah ajak abuya basuh tangan. Dia dah siap makan. Abuya cakap pergi basuh sendiri. Dia ajak kakak pulak teman, kakak dia pun takmo teman

Macam biasa la membawa diri berdikari ke ceruk dapur seorang diri. Ni laa kerja adik selama ni duk heret kerusi dan panjat sendiri sebab tak sampai nak bukak paip air..hihi


Risau jugak abuya adegan ni. Depan mata kita ok la. Kot kot la  time kita tak nampak, jatuh kaa apa kaa.. Nau'zubillah


Dan bila dah dapat main air tu tentula bukan saja tangan yang dibasuhnya. Dengan muka-muka sekali la basuh. Basah separuh baju tu haa. Adik.. jangan selalu buat macam ni tau melainkan abuya yang suruh dan ada dekat adik untuk tengokkan

Selain mewarna dan menulis dengan tulisan panjag pendek, besar kecik, era penerokaan kanak-kanak si kakak baheja ni juga suka sangat melukis. Maksud yang tersirat dari hobi dia suka melukis tu ialah kita kena kerap pergi shopping buku yang dia nak, pensil atau pensil warna yang selalu berkurang tu

Ni laa hasil pemikiran kakak semalam yang diterjemahkan melalui lukisan dia. Satu pagi dia duk buat ni je. Semalam kan cuti, abuya pun malas nak keluar mana-mana. Duk rumah je.. hihi

awal mukasurat didahului dengan ucapan terima kasih sebab semuanya serba serbi alat tulis dapat yang baharu

"terima kasih bonda sukanya sebab dapat pensil, gorek (sharpener), pemadam, pembaris, buku, kotak kalam (pencil case) "



lukisan bertajuk "pasal dalam rm".. rm tu consider la maksudnya rumah. Yang ada atas meja tu pulak ialah air, nasi, kuah dan ayam...hurmm tinggi betul kaki meja tu ye


ni sekolah dia. siap tulis ringkasan tu haa YITCKP (nama penuh sekolah terpaksa tidak didedahkan).. Dalam bangunan sekolah tu ada partition-partition bilik, nama guru dan kawan dia mungkin


yang ni tajuk "keluarga kita" dan  "rumah kita semua". Love love love gitu. Ada abuya, bonda, kakak dan adik. Yang kecik sekali tu mungkin baby. Lelaki lebih sorang lagi tu abuya musykil siapa



Yang ni musim panas katanya. Ada matahari , pokok dan pelangi sekali. Abuya rasa kakak nak ajak pergi berjalan lettu

23 April 2017

Melalui aplikasi whatsapp, ada terima gambar nasihat yang agak menarik. Gambar tengkorak jer pun tapi terselit mesej berguna disebaliknya. Mesej bergambar ringkas dalam bahasa arab, aku terjemah secara literal ajer la ye


Tajuk : Laa Farqu Illa Bit Taqwa
( tiada beza melainkan Taqwa)

Maksudnya tiada beza antara semua kedudukan/ darjat atau siapa pun kita di sisi Allah melainkan.... ketaqwaan. Ni semua dah tahu

Maksud gambar setiap tengkorak :-

Tiada beza antara rajulun (lelaki) , imraatun (wanita), abyadhun (putih), aswadun (hitam), 'arabiyyun (orang arab), a'jamiyyun (orang 'ajam, asing, selain arab), ghaniyyun (kaya), faqeerun ( orang fakir ).. Semuanya akan jadi tengkorak yang hodoh lagi hina.. 

Kun man takun ( jadilah siapa sahaja kamu mahu jadi),, fa innaka min turaab (maka sesungguhnya kamu adalah dari tanah jua)

Mesejnya lebih kurang gambar kubur yang viral dulu ni... Siapa pun kamu, akan kembali ke tanah, tempat asal kejadian

14 April 2017

Ubat gigi dan stok pampers dah habis. Pagi tadi abuya janji la dengan budak-budak nak pergi keluar nak beli ubat gigi dan pampers.Diorang macam biasa dah faham itu satu peluang besar untuk keluar berjalan-jalan dan harapan cerah nak paww abuya untuk mintak itu ini.. 

Time abuya siap-siap nak solat Jumaat, adik dah ready nak ikut, kecoh dalam bilik "abuya nak jalan beli obat gigi!!".. Abuya pun bagi la harapan palsu mengiyakan ajer keterujaan dia tu, padahal belum masanya nak pergi lagi




Dari dalam bilik adik duk ikut abuya.. kihkih..Sampai je luar pintu baru abuya bagitahu nak gi solat dulu, balik nanti baru pergi berjalan. Nasib baik adik tak kecewa sangat dan memberontak. Tapi dia tetap peluk kita erat tak lepas-lepas tu.. takut sangat ditinggalkan


Petang tadi abuya dah tunaikan janji nak keluar berjalan. Terlaksanalah jugak hajat bebudak ni haa

13 April 2017

Alaaa... tahulaa korang dah lama makan strawberi coklat. Yang aku ingat mula viral lebih 10 tahun lepas sejak Siti Nurhaliza cakap hadiah kegemaran dia dapat dari Datuk K seterusnya dijadikan salah satu item hantaran perkahwinan diorang

Kebetulan ada stok jem coklat gardenia kegemaran adik naurah yang lebih sedap dari nutella tu kat rumah ni, ternampak pulak strawberi sedap kat giant, keluarlah idea nak cicah dengan jem coklat..kihkih


Gitulahh rupanya strawberi coklat yang digolek-golek dengan coklat perisa hazelnut.. bolehh laa buat hilang kempunan. Merasalah jugak kan..hehe. Budak-budak ni tak berapa gemor, jadi abuya sorang je la yang telan semua dengan jakun sekali




11 April 2017

Dua hari ni sibuk laa sikit bawak anak murid team main bola baling. Macam tak cukup masa je 24 jam yang diberi. Balik rumah dah dekat Maghrib. Itupun mujur maghrib, kadang-kadang sampai Isyak pun ada

Musim hujan panas tak menentu ni macam-macam la sakit pening nak menyinggah. Dalam duk bersorak-sorak dua hari ni mengakibatkan hilang suara pulak. Asal memang dah sakit tekak sikit je, ditambah pulak kena bersorak bagi semangat dan arahan dari luar padang untuk budak-budak tu, makin melarat teruk la jawabnya sore throat ni. Nak bercakap pun rasa malas.. tidur malam asyik terjaga sebab batuk kahak tak lepas-lepas



Mujur bekalan VIVIX sejuk masih banyak tersimpan rapi dalam peti ais. Buat ikhtiar sakit tekak dan batuk kahak hijau ni. Lega sikit dan tenang jiwa sebab kalau terbatuk-batuk memang azab. Dari dalam dada terasa peritnya. Mintak-mintak cepat la pulih sepenuhnya, Ya Allah



Jomm baca cerita BEN ASHAARI pasal vivix di musim panas dan hujan silih berganti ni

07 April 2017

Ni cerita bersambung masa cuti sekolah bulan lepas. Kisah tunjuk skill masak. Biasalah bila ramai-ramai anak cucu berkumpul, tok mana la larat nak layan sepanjang masa. Sudahnya, time lapar yang bukan pada waktu sepatutnya, masing-masing tunjuk bakat masak

Anak-anak buah yang dah besar sekolah menengah tu tak lain tak bukan masak maggi (mi segera) la jawabnya. Sampai ke tengah malam buta pun diorang duk kecoh kat dapur. Sekali sekala tok keluar bilik membebel.. "lepas makan, kemas..! tok tak marah nak makan, tapi kemas lepas makan, jangan tinggal kerja kat orang",.. hah macam tu la antara bunyinya bila tok berpesan dengan tegas



Ni pulak roti telur goyang. Akak aku yang buat. Ermm sejujurnya memang dah lama berkeinginan roti ni dan memang berniat nak pergi cari sendiri yang mula-mula viral kat Kelantan tu. Walaupun simple dan boleh buat sendiri, tapi dah alang-alang terhidang atas meja bolehlah hilangkan kempunan ni.. kihkih


Yang ni special menu dari mak. Dari kitorang kecik lagi dah selalu makan menda alah ni. Nama Melayu nya biskut berlapis daging. Dulu masa kecil, mak ada masuk kelas masakan, ni lah antara yang mak belajar. Caranya senang aje, untuk lapisan tu guna biskut tawar celup susu suam dan intinya boleh di improvisasikan.  Guna ayam pun boleh, daging pun boleh. Sekarang dah banyak orang buat dan namanya pun dimodenkan jadi cracker lapis daging. Korang google je, banyak gambar cracker lapis daging ni keluar

cicah sos.. yummy


Yang ni aku buat sendiri 2 tahun lepas. Kononnya nak tiru mak. Tapi ni ada campuran ESP. Inti pulak daging dan ayam. Rempah ratus sesuka hati. Tengok resipi kat sini -> PIE BISKUT DAGING

02 April 2017

Bila balik kerja lewat ke , awal ke, penat atau tak larat sangat, ia memang adil untuk berehat dan rebahkan badan setelah letih seharian. Nak lelap sekejap, power nap , tidur yang berkualiti orang kata. Time tu, main smartphone pun dah tak bernafsu lagi, memang nampak bantal dan katil jer, tak pun sofa kat ruang tamu



Tapi ia agak kurang adil untuk anak-anak anda yang dah lama menanti kepulangan mak bapak balik kerja. Diorang mesti nak story apa yang berlaku kat sekolah sepanjang hari, nak cerita pasal kawan-kawan dia ada tak buat nakal kat dia, nak bagitahu menda baharu dalam hidup, nak kongsi cita-cita baharu mungkin, nak tunjuk hasil kerja mewarna untuk hari itu kan.. semuanya nak merasakan keberadaan mak bapak disisi mereka


Walaupun balik lewat dan penat. Kenalah melayan kan. Takkan lah terus nak bukak laptop sibuk buat kerja (walaupun kerja menimbun tak habis). Apatah lagi budak-budak membesar dah ada perasaan, dah faham itu ini. Bukan baby yang tak tahu apa lagi


Ni abuya baru lepas bergolek-golek, jadi kuda, jadi motor, jadi kapal terbang, jadi boboi boy kuasa itu ini macam-macam kuasa keluar. Jangan tak tahu kadang-kadang abuya terpaksa jadi wan peah yang menyeramkan itu.. kihkih

Yang kurang syok sikit tu bila dah ralit sangat, mula la kemain susah masing-masing nak suruh pergi mandi petang. Selalu nak suruh kita kejar diorang je satu rumah. Geramm abuya

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Monthly Top Commentators

backlinks

ping blog Backlink - OhDunia.my

FREQUENTERS

Popular Posts

Blog Archive

PALS

G+

BLOGGERS SEPERJUANGAN