BOLEH BAGI HARGA KAWAN-KAWAN DAN ADIK BERADIK TAK?

BOLEH BAGI HARGA KAWAN-KAWAN DAN ADIK BERADIK TAK?


Bang, bagi harga kawan-kawan dah laa..

- Owhh boleh, tapi harga kawan-kawan memang lain sikit dia punya harga. Kalau harga harga runcit tu rm 57.50 sebotol, dia selalunya akan bayar je rm 60.00

Harga adik beradik boleh bagi berapa encik ?

- Harga adik beradik lagi dahsyat kalau kau nak tahu. Harga barang rm 57.50, dia sanggup je beli dua botol, bayar rm 130.00, keep the change. Siap pesan suruh bagi baki bayaran tu untuk belanja anak-anak

Harga kasih sayang ?

- Harga kasih sayang pun sama lah. Kadang- kadang orang nak bank in kat cdm, note 5 ringgit tak lepas masuk. Dia bayar lebih rm 70.00 kaa, kita nak pulangkan lebihan melalui transfer online.. dia kata tak payah.. tolong masuk tabung masjid ajerr lah katanya



Sekarang, awak nak bayar harga mana sekarang?

Abuya nasihatkan awak beli harga runcit ajer lah berbanding harga kawan-kawan, adik beradik ataupun kasih sayang yang awak pinta

Support la member berniaga saudara, tak jadi kaya raya lagi pun dia kalau kau beli 2-3 items bayar ikut harga runcit tu dengan dia, ok

Apa yang kawan jual, beli lah. Support bisnes member-member, saing sobat

Ini tak, rela beli dari orang yang tak kenal walaupun barang sama. Malah tak suka kalau kawan dapat untung.

Kau tahu, kau beli barang kawan kau jual kau dapat dua pahala.

Pertama, kau gembirakan dia.

Kedua, mengukuhkan persahabatan.

WRAP TELUR SARDIN

WRAP TELUR SARDIN

Ehhem... selepas viral satu Malaya ni roti telur sardin sheila rusly tu, abuya improvisasi la siket skill dia tu haa

Oleh kerana bancuhan sardin telur masih berbaki yang di simpan dalam peti, roti pulak dah habis, perut pulak tengah lapar, abuya tukar je bahan utama - roti tu dengan wrap. Alaa wrap massimo tu je

Celup dalam adunan sardin telur dan goreng atas non stick pan. Rasa lebih kenyang dan tentunya sedap lagi menyelerakan hasil air tangan abuya




Dicicah pulak dengan kari ayam tokma. Ish ish ish... banjir gitu. Sesuai untuk juadah hari deepavali ini. Hujan renyai-renyai kat luar pun seakan bersetuju
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com