bahejabella: 11/23/15

Budak kecik dua orang ni berjaya lagi pujuk dan melembutkan hati tokma diorang. Banyak kali duk ulang dekat tok ma dia nak patung arnab. Entah tertengok kartun apa dalam tv ni tak tahu la

Kalau ikutkan abuya memang tak nak beli lagi , sebab baru sangat je beli mainan. Kadang-kadang beli , main sejam dua je dah bosan, kadang-kadang hancur. Itulah kan , kanak-kanak namanya

Tokma pula baik hati. Lembut dan pemurah. Mana boleh dengar pujuk rayu budak-budak ni. Cair woo. Lagi kan pula dengan cucu cicit. Memang tak berkira langsung. Tak sempat lagi budak-budak balik Taska haa dah siap beli dua ekor arnab ni. Terima kasih tok ma

Makin bertambah koleksi teddy bear , rabbit , upin ipin , panda budak-budak ni. Meriah sunggguh. Murah rezeki diorang


dua ekor arnab comel
dua ekor arnab comel

minggu lepas baru je dapat ni
minggu lepas baru je dapat ni