29 April 2015

WANITA DIBUANG OVARI SEBAB SUPLIMEN SAMPAH SHAKLEE?

Isu hot lagi hari ini ,  dari awal pagi sampai je kat sekolah , ramai betul yang duk tanya itu ini ,  tak terdaya nak layan , kebetulan kelas pun banyak hari ni. Macam ni la ringkaskan cerita , anda baca isu atau blog mana-mana tajuknya agak panas , baca dulu sampai habis ye , kemudian baru buat kesimpulan. Wanita tersebut kena buang ovari BUKAN sebab makan shaklee , ni bukan taksub atau nak cover shaklee , tapi dia memang makan benda lain. Saya tak mahu buruk-burukkan mana-mana produk (walaupun dalam lubuk hati perasaan membuak buak nak bagitahu). Hangpa cari lah sendiri. Ni aku curi masa sikit tulis entry sementara nak tunggu sambung kelas petang

Bersempena cuaca dan iklim media sosial yang tak berapa nak ceria sejak semalam , saja saya nak ulang balik entry yang saya buat beberapa bulan lalu. Biasa saya sembang dengan klien , cool sahaja , rilax , banyakkan solawat dan doa. Dalam banyak-banyak ayat klien , saya memang teringat-ingat satu ayat klien ni masa saya sembang dan cadangkan shaklee dengan dia . Ni ayat dia : 

" takut la nak makan shaklee , bahaya untuk jangka panjang " 

Waaa , sentap juga membacanya , urut dada. Saya jawab sikit je dan terus dia tak respon. Tapi bagus juga tersembang dengan dia ni , ada idea saya nak buat entry blog 

Nak makan suplimen shaklee , takut , takut jangka masa panjang.? Jangka panjang memang
ada kesan. Ya , tapi kesan terhadap kesihatan yang lebih baik.  bukan nak panjangkan umur , tapi untuk kelangsungan kesihatan. Ajal maut memag takdir Tuhan. Tak siapa mampu lawan

Ada juga mesej sinis , " Eh eleh , cakap macam tu sebab kau jual shaklee kan ". Nak suruh beli shaklee la tu. Yes , memang aku jual shaklee , so what? Saya tahu produk yang saya sebar luaskan infonya sahaja , produk lain saya tak tahu.

Setakat pengetahuan saya , belum ada lagi orang mati makan shaklee ( terutamanya yang dapatkan shaklee dengan saya atau anak-anak buah pasukan saya ). Yang memang diketahui tertubuh sejak lebih setengah abad lalu. Kalau korang nak kata makan shaklee bahaya , ingat apa yang korang makan hari-hari tu tak berbahaya ke? Pernah tak cek apa kandungan makanan yang korang ambik setiap hari , banyak mana dadah , banyak mana kimia, pewarna sintetik

Makan maggi/mee segera bukan lagi sajian ketika terdesak atau sesak , tapi maggi kadang-kadang menjadi menu utama setiap hari dengan ramuan dan bauan yang menggoda. Burger drive thru? Teh tarik, buah buahan suntik , sayur-sayuran beracun , ayam hormon cucuk , kek di majlis hari jadi/party? Dann... baaaanyaakkk lagi makanan yang tak sihat yang masuk dalam badan, tak risau ke?



health tips
health tips



1 - MEE SEGERA / MAGGI 

Mee separa masak , dan di salut minyak dan lilin ( wax ) untuk pengerasan , bayangkan berapa banyak lilin dah masuk dalam badan, sejak kecil? Paling parah lagi bila mee segera yang jenis boleh dipanaskan dan dimakan terus dari mangkuk/cawannya. Ia mampu meningkatkan risiko kanser


bahaya makan mee segera
mee segera lilin


Antara ramuan bersama dengan mi segera ialah ( ni mesej lama yang viral ) : -


1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.



bahaya makan mee segera
kandungan mengerikan dalam mee segera


2- BUAH-BUAHAN & SAYURAN

Kalau nak beli buah-buahan di pasar raya , mesti nak beli buah-buahan yang berkilat-kilat , nampak segar , cantik dan menawan, kan. Tapi yang sebenarnya, buah-buahan tersebut telah banyak guna bahan untuk cantikkan rupa luaran, tapi khasiatnya kurang

Epal-epal yang diimport pula ada yang dah disimpan terlalu lama , hampir setahun, tapi tetap nampak cantik sebab disalut dengan lilin ( wax ) , kenapa salut dengan lilin? untuk bertahan lama dan cantik laa!


epal wax
epal wax

epal wax
epal wax

tomato suntik gmo
cantik kan tomato ni

suntik tomato untuk nampak merah sempurna
tomato suntik untuk nampak merah dan masak sempurna

Secara asasnya , padi yang kita makan yang jadi beras itu pun dah diubah secara genetik. Penanaman sayur sekarang hampir kesemuanya diletak bahan kimia dan nutrisi untuk nampak cantik dan gemuk. Saiz pula sama sahaja, kebanyakannya sudah di kawal pembesaran


3- MINYAK MASAK RECYCLE 

Ya, kita semua nak jimat , sekali masak , kita selalu simpan dulu minyak masak yang telah digunakan dan akan menggunakan sekali lagi minyak tersebut pada esok hari dan seterusnya. Berapa lama agaknya minyak masak yang kita simpan? Berapa kali kekerapan yang telah kita gunakan minyak tersebut? Kadang kadang warna minyak dah bertukar kehitaman , tiada beza dengan bahagian belakang kuali, kan


minyak masak recycle
minyak masak dah jadi hitam legam pun masih nak guna lagi
Amaran dari Pusat Racun Negara , minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser

Minyak masak sepatutnya tidak digunakan lebih dari sekali. Ya, kebenaran memang pahit untuk ditelan, kita pilih la , nak jimat atau nak sihat



minyak masak recycle berbahaya
laporan akhbar

bahaya minyak masak recycle
tiga kali guna , jadi racun

Tu belum lagi kes-kes minyak masak recycle yang dijual dalam paket-paket dengan harga murah
Yang ni selalu digunakan oleh restoran , gerai-gerai dan kantin-kantin sekolah. Ye lah, minyak murah , untung berganda , siapa yang taknak


sindiket minyak masak kitar semula
laporan akhbar sindiket minyak masak kitar semula



4 - MAKANAN PROSES 

Apa saja makanan yang dikotakkan, diletak dalam bungkusan plastik, tin atau balang kaca dan mempunyai senarai bahan-bahan yang dicampurkan. Kaedah yang digunakan termasuklah mengetin, menyejuk beku, penyejukan, dehidrasi dan proses aseptik

Apa yang selalu kita makan selain mee segera tadi? Burger , sosej , pizza? lebih lebih lagi
sekarang lebih mudah main order sampai depan rumah dan drive thru


makanan proses berbahaya
contoh makanan proses yang kurang menyihatkan

makanan proses dalam tin berbahaya
lambakan makanan dalam tin dan kotak

Antara bahan-bahan terkandung dalam makanan proses :-

· Pewarna – memberikan warna kilauan neon pada soda oren.
· Penstabil – kuah yang dimakan kurang berair
· Peluntur – menyahjangkitan bakteria.
· Pengemulsi – siapa kata air dan minyak tidak boleh bercampur?
· Melembutkan – dikisar sehingga menjadi lembut seperti aiskrim.
· Pengawet- membolehkan anda menikmati cup cake dalam tempoh 6 bulan.
· Pemanis – gula manis, tetapi saccharin dan aspartame lebih manis.
· Perisa – memberikan rasa seperti buah strawberi.


lambakan makanan proses
lazatnya

Penyakit Akibat Makanan Diproses :- KANSER , OBESITI & JANTUNG


bahan pewarna berbahaya dalam makanan
bahaya bahan pewarna dalam makanan ringan

bahaya makan makanan proses
mana satu pilihan anda , kanan ke kiri


5-AYAM / LEMBU & HAIWAN2 TERNAKAN

Kebanyakan ayam yang kita makan zaman sekarang dah tak sama macam ayam zaman dulu kala
zaman tok nenek moyang. Ayam sekarang ayam express. Diternak di ladang-ladang komersial , disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran. Suntik-suntik dan cucuk-cucuk hormon ni nak bagi ayam cepat membesar dan tahan dari sebarang penyakit. Ini kerana permintaan di pasaran terlalu tinggi dan pantas. Seiring dengan peredaran zaman , penduduk makin bertambah, mana la sempat nak tunggu ayam sekor-sekor betul-betul membesar 


perbezaan ayam dahulu dan sekarang
beza proses tumbesaran ayam tahun 1950-an dan zaman millenium


ayam suntik cepat besar
ayam suntik untuk cepat besar


DAHULU DAN SEKARANG


Dulu orang tak makan suplimen , boleh sihat

Dulu , tok nenek kita makan sayur , pucuk kayu ditanam sekitar rumah dan sekeliling kampung sahaja , petik je dah boleh makan , sekarang kita makan sayur-sayur beracun

Dulu tok nenek tak makan ajinamoto, sekarang , mampu ke nak elak? Kalau masak kat rumah , boleh tahan lagi, kalau selalu makan kat luar?

Dulu , tok nenek jarang jumpa fast food , sekarang fast food merata-rata

Dulu tok nenek tanam sendiri , sayur , buah , cili , sekarang tanam pun, nutrien tanah itu sendiri pun dah tercemar dan tak sesihat dahulu 

Dulu-dulu tok nenek tak jumpa lagi shaklee, kalau lah tok nenek jumpa masa tu , In sya Allah tok nenek kata shaklee best

Kita ambil suplimen waktu kita sedang sihat, kita terpaksa telan ubat , waktu kita sedang sakit
Suplimen seolah-olah baja. Baja yang kita nak letak dalam satu-satu tanaman. Kita nak tanaman membuah hasil yang sihat dan baik. Baja ni bukan kita letak masa tanaman-tanaman kita dah sakit. Kita letak baja sebab nak tanaman-tanaman sihat , subur dan cemerlang

Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan ( ni ayat doktor )

Suplimen bertindak mencegah terhadap punca penyakit. Suplimen bertujuan untuk menambah baik . mencukup dan melengkapkan

Ini semua bukan ayat bertujuan melariskan produk. Ini fakta dan berdalil. Tak wajib dan tiada paksaan ambil shaklee. Aku dan engkau sama-sama kita jaga sihat , tubuh badan kan amanah Allah. Tepuk dada , gosok perut



keburukan makanan segera
laporan bahaya makanan segera

End!


27 April 2015

ANTI PENUAAN SHAKLEE

Saya post hal ni di facebook dan blog beberapa bulan lepas. Saja saya nak re-post atau re-blog sebab ada beberapa perbualan dengan sahabat customer yang tanya itu dan ini. 

Sembang sembang dengan aunty Sabariah Abdul Rahman, bukan customer saya pun dan tak ada sebarang kepentingan nak tackle beli supplement dengan saya atau pujuk join bisnes ke apa. SEBAB anak beliau pun biznes nutrisi dan supplement BRAND yang sama dengan saya. Aunty Sabariah pun tolong sekali anak beliau buat bisnes. Hanya perkongsian semata-mata. Benda yang baik eloklah disebar-sebarkan , tak gitu? Tak semestinya bermotifkan keuntungan dunia semata.

Yang buatkan saya teruja ialah umur aunty Sabariah 71 tahun. Mula-mula saya panggil dia akak, ye lah nampak muda kan, tak sangka pulak dah pangkat nenek dengan saya...

RAHSIA ? none others, tak lain tak bukan , aunty Sabariah duk amal suplimen shaklee untuk keep fit dan stay healthy ( ni ayat beliau sendiri, saya tak suruh atau bayar untuk buat ayat macam tu)


sihat dengan shaklee
Allah yang beri sihat , makhluk usaha dan ikhtiar


sihat dengan shaklee
untuk 2 screenshot ni , saya dah minta izin dengan aunty untuk publish ye



sihat dengan shaklee
some people are old at 18






Allah Maha Penyembuh


Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director


FB : Muhammad Nizam

sms/whatsapp : 013 976 1627
emeil : alluana35@gmail.com

ANDA TAHU ANDA SEMAKIN TUA... APABILA

1- Anak sulong sudah pandai angkat dan galas beg sekolah sendiri , masa tu anda kata kat dalam hati
" cepatnya kakak/abang long membesar , rasa macam semalam je baru lahir "

2- Dalam list nombor telefon anda penuh dengan nombor telefon Doktor-doktor. Nombor telefon pengedar shaklee... mungkinkah ni salah satu nombornya 013 -976-1627

3- Atas jalan raya, apabila anda dipotong dari sebelah kiri , anda tiada lagi perassan marah atau nak kejar balik orang tu , anda redha dan pasrah sahaja dan kejadian itu bagaikan tiada apa-apa perasaan bersalah pada diri anda

4- Anda tidak lagi shave ( bercukur ) kepala anda untuk nampak cool , macho dan seksi tapi lebih kepada untuk menutup kebotakan yang serius

5- Menjadi raja kopi , semua jenis kopi mahu dicuba , dan di promosikan pula kepada rakan-rakan anda. Kopi adalah elemen terpenting dalam hidup anda.

6- Kerap main dam haji dengan geng-geng anda

7- Tidak lagi mampu nak hilangkan 3 inci lemak perut dalam masa 3 hari

8- Misplacing kaca mata , kunci , wallet , beg , selalu lupa letak mana

9- Rajin baca surat khabar , lebih rajin berbanding zaman muda

10 - Tertidur depan TV

11 - Memilih pakaian / kasut / beg hanya untuk keselesaan berbanding gaya , mutu dan keunggulan

12- Struggle untuk mencuba atau menggunakan teknologi

13- Orang tengah bercerita pasal PT3 , KSSR , MBMMBI , anda hanya ingat SRP , MCE , PENILAIAN TAHUN 5 , ALAM DAN MANUSIA , TAWARIKH 

14- Tak berminat dengan jeruk mangga asam boi dan roti sarang lebah yang trending sekarang


tak berminat dengan jeruk asam boi
kecur air liur tengok jeruk mangga asam boi

15- Budak-budak muda yang obses hiburan duk bercerita Kpop , anda masih ingat westlife , backstreet boys 

16 - Secret recipe dan tutty fuity bagi anda hanyalah mengganggu sistem pencernaan



tutti frutti lazat
baheja suka sangat tutti frutti

17- Anda masih kurang rasa sedar diri dan keinsafan  , minat sangat hiburan , ingat kan boleh masuk AF.. tapi hanya layak masuk kilauan emas

18- Banyak tidur siang/petang,  when happy hour is a nap


Senyum sikit

26 April 2015

KEBAH DEMAM DENGAN MADU

Kaulah seluruh cinta bagiku ,Yang selalu menenteramkan perasaanku

Alkisah semalam , kami pergi delivery shaklee kat Batu Rakit dan candle light dinner di Matt Cafe , Gong Badak 

order barang shaklee
tu dia vivix untuk kak ma yang tak sabar-sabar menunngu ketibaannya tempoh hari

Alkisah sampai rumah , dalam jam 10 malam , baheja cakap panas kepala , nak demam. Kebetulan stok vitamin mealshakes , chewable vita c semua dah habis Tinggal vitamin aku dengan vita c plus bonda dia je. Godek-godek peti ais , ada lah stok madu , madu pure. Sepantas kilat bagi baheja minum madu ( ha jangan ingat kitorang taksub shaklee lupakan sunnah , banyak je stok madu ,kurma , kismis kat rumah kami ni , jangan main claim je jual makanan sunnah , tapi yang sunnahnya 5% , bahan sintetik 95% , jual madunya 20 % selebihnya campur air gula kemudian nak ambush-ambush pengedar shaklee pulak ) , ok lari tajuk sikit

Selepas minum madu , lewat malam , badan kakak makin panas , tangan , kaki semua rasa panas 
( tapi tak ada lah sampai kronik ) . Baring sambil letak atas kepala kain lampin yang dibasahkan. Dua kali jugak baheja terkejut tidur mengadu panas kepala semalam , pukul 2 dan 4 pagi. Aku rasa time ni bonda dia boleh handle , so aku teruskanlah mimpi lenaku

Alhamdulillah , pagi ni panas-panas kepala atau simptom awal demam tu dah kebah.  tak perlu pergi klinik. Tak ada gambar demam, ada gambar masa baheja kecik je , umur setahun rasanya masa ni


kebah demam dengan madu
kesian anak abuya

kebah demam dengan madu
ni gambar hari ini , baru-baru nak kebah ni , aku suruh posing
kebah demam dengan madu
baling belakang : gembira dapat adik
Tuhan , berikanlah mereka seluruh rasa kebahagiaan dan kegembiraan aku dan biarlah aku yang menanggung seluruh rasa keperitan , kesedihan dan saat-saat sukar mereka


Love And Faith
Abuya

24 April 2015

VIVIX TERBAIK

HATI PEREMPUAN VIVIX

Inilah penangan cinta vivix. Orang bercinta kan boleh angau , sasau dan galau tak keruan kan. Hebabtnya kuasa vivix sampaikan yang belum pernah bertemu , berdating , bertentang mata dan bersentuhan dengannya pun dah terjatuh cinta hanya dengan mendengar cerita sahaja.

Buktinya inilah salah seorang anak buah bisnes team saya yang hantar whatsapp tak sabar-sabar menunggu ketibaan vivixnya . Katanya batuk-batuk sejak dua menjak ni , telan ubat klinik pun tak jalan , taknak telan banyak-banyak vitamin , nak telan vivix sahaja. In sya Allah , sembuh dari Allah


vivix shaklee terbaik awet muda
whatsapp dari kak ma , abaikan bahasa terengganu yang mungkin anda tak faham itu

Baca lagi disini kisah cinta VIVIX






Allah Maha Penyembuh


Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director


FB : Muhammad Nizam

sms/whatsapp : 013-976-1627
emeil : alluana35@gmail.com


SISI LAIN MESIR YANG ISTIMEWA

CAIRO ON THE OTHER SIDE

Disana bukan sahaja masyhur dengan sirah Kenabian , Rasul Musa & Firaun , Lembah Nil , kota peradaban , kiblat ilmu dan gelaran kota seribu menara dan terbaharu dengan revolusi rakyat

Tapi Mesir juga syurga buah buahan.. Kalau di Malaysia , buah buahan eksklusif macam oren lazat, peach , aprikot , strawberi , ceri yang manis-manis boleh dapat di pasaraya, tak pun di cameron highlands

Di Mesir , buah buahan eksklusif tu hanya boleh dapat di tepi-tepi jalan...selain gerai-gerai, kiosk keldai bergerak yang unik... gerai-gerai & kiosk keldai bergerak ni kadang-kadang hanya berdekatan sahaja antara mereka.

Bukan sahaja harganya murah . Rasa? Undoubtedly sedap , enak manis to the max , musim-musim sejuk makan oren, memang tak payah telan vita c plus dah.. diorang buat jus pun pure dan asli tanpa gula tapi tetap lazat.. jus buah seratus peratus.

Walaupun Mesir sistemnya lebih 40 tahun ke belakang dari Malaysia , tapi mesin air tebu nya canggih  besar dan nampak class

Mereka bangsa yang gigih, kalau sebut bab fesyen , lebih terkehadaan. Pemudanya nampak kasar dan ganas ,tapi berjiwa keTuhanan , lembut dalam hati ada taman, kalau bergaduh , bertumbuk, sekejap sahaja , tak lama boleh baik-baik macam tu saja macam tak ada apa-apa. Orang kita yang digelar penuh kesopanan dan santun , nampak lembut , kalau bergaduh , kadang-kadang memang lama , berdendam , jiwa liat dan keras. Di luar je bertaman , dalam hati ada batu.


kenangan solat raya iduladha di cairo
kenangan time ni , solat raya 'eiduladha di masjid belakang asrama kami

Damn i miss you Cairo . I mean it

Sebenarnya , aku nak cerita aku beli buah je 2 hari lepas , ni stok untuk seminggu 


buah-buahan mmurah
buahan ni semua ni berjumlah RM 31.00


21 April 2015

TESTIMONI COLLAGEN POWDER SHAKLEE

KREDIT  : MASTER FARIHAH ABU KASIM





Jom sedekahkan & hadiahkan AlFatihah dan sekalung doa buat ibu & ayah kita sama ada yang masih ada atau telah pergi..








Allah Maha Penyembuh


Be with us..

INFO LANJUT :-

NZ World Kingdom
Founder & Director
FB : Muhammad Nizam

18 April 2015

Tips Penting Bisnes


1. Depani ketakutan. Hadap ia dengan watak berani. Tangguhkan penilaian.

2. Bangun awal pagi. Awal dari dahulu. Tidur awal jam 10 malam. Bangun jam 3 pagi. 3 jam awal adalah untuk belajar ilmu agama dan beribadah kepada Allah.


3. Beri tanpa nanti. Kongsi tidak berhenti. Hulurkan tangan, ringankan beban. Simpan Log Budi. Usaha balas budi sebelum mati.

4. Ambil berat. Senyum dan tebarkan salam. Hati bening memantul.

5. Terus melangkah walaupun luka berdarah, kepala terhantuk pecah. Tulis "jibunsyi" - jurnal diri kisah hidup peribadi menangani kesusahan diri. Simpan untuk tatapan anak cucu - formula untuk mereka bingkas bangun nanti.

6. Terobos dunia huru hara. Tenang dalam belantara berpuaka.

7. Memimpin walaupun seorang diri. Serlahan terang akan menarik orang.

8. Labur untuk diri. Hujung minggu waktu belajar.

9. Sentiasa "rasa bodoh" untuk penuhi RIT "Rasa Ingin Tahu".

10. Dapatkan hasil tatkala boleh beri alasan sebagai pilihan.

11. Cari penjelasan untuk diri masa kita disuapkan "fakta".

12. Belajar "minta maaf" bukan sekadar pandai "minta kebenaran".
Redah itu adakalanya lebih baik dari "saya yang menurut perintah".

13. Buat buat buat sampai dapat. Buang Ego , buat duit.

14. Berlari laju walaupun berterusan diusik hantu puaka. Usah sekalipun berhenti berjalan walaupun diterpa salakan anjing yang berbunyi tanpa henti.

15. Sentiasa "baik budi" pada orang yang menghina kita. Usah layan ajakan bertumbok. Usah pula ajak orang lain bertumbok. Berdamailah dengan diri.

16. Hadapi "deadlines" yang tidak munasabah dan tambah hasil "unparalleled".

17. Bertanggungjawab pada tindakan kita. Tatakala semua jalan hampir tertutup, tetap yakin Allah ada untuk memohon pertolongan.

18. Tahu Turning Point kita. Tidak Putus Asa. Tawakal "udara" pada Allah yang Esa. Mati mahu berjiran di syurga.


KREDIT : Nota Bisnes Dato' Roslan Ab Hamid

Sebenarnya bulan april ni Shaklee ada OFFER BESAR BESARAN... EKSTRAVAGANZA KEBABOOOMMM KEBABOOOMMM  KEBABOOOMMM GITTEW...

RUGI besar kalau dah lama makan Shaklee tapi tak sign-up membership , anda beli & makan tanpa daftar tu tapi tak dapat bonus.. tau!! Orang lain pulak yang dapat bonus hasil belian anda itu

BONUS EXTRAVAGANZA

KEAHLIAN PERCUMA

2 CARA paling mudah & senang faham untuk sign-up sebagai ahli rasmi Shaklee :-

1 - Bayar RM 68 + postage RM 10

2 - Berlaku urusan jual - beli sehingga anda mengumpul 200 points biznes Shaklee dan anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA.... YE! KEAHLIAN PERCUMA..!! plus... POSTAGE PERCUMA...!!! plus... BONUS BERGANDA!!

UNTUNGNYA FREE MEMBERSHIP SHAKLEE
BONUS BERGANDA-GANDA DENGAN KEAHLIAN PERCUMA

VIVIX PERCUMA
BELI 2 VIVIX UNTUK KEAHLIAN PERCUMA SECARA AUTOMATIK


Saya dulu bermula bulan pertama buat Shaklee , dapatlah bonus 3 angka.... bila ber Shaklee secara serius pada bulan ke 4 .. ? Alhamdulillah... ermmm dapat bonus berangka angka angka.... lebih dari bulan pertama kedua & ketiga tu... bulan ke 4 ni juga la saya naik rank Supervisor

Sangat besar maknanya bile beli pampers ( drypers) anak , isi minyak PETRON , bayar road tax & pegi pulau redang TANPA USIK GAJI BULANAN...!! kan....  senyum sikit....



Selingan :

Kenangan di Pulau Redang



Kenangan di Pulau Redang
anniversary ke 4 di Pulau Redang... he he he



Allah Maha Penyembuh


Be with us..

INFO LANJUT :-

NZ World Kingdom
Founder & Director
FB : Muhammad Nizam

sms/whatsapp : 013 976 1627



12 April 2015

Sejak kecik aku dah terbiasa dengan hidup orang berniaga... selok belok , asam garam , pahit manis masam , dah boleh faham sikit-sikit.. paling pahit untuk dikenang saat-saat mak dikatakan terkena sihir.. Ya Allah , luruh jiwa , getir rasa mengenangkannya ,, apatah lagi tahun itu tahun aku perlu melakukan persiapan terakhir untuk menyambung pelajaran ke Kaherah.... Mak orang berniaga , Alhamdulillah dalam laluan yang bersimpang siur , di hujung jalan , Allah permudahkan segala... Allah lapangkan jalan buat kami sekeluarga... kami bukan lahir atas dulang emas ye!!..
Ringkaskan cerita , aku berjumpa jodoh pun dengan susur galur orang berniaga..  haihhh bertuah badan... hehehe... Mertua pun orang berniaga....

Semalam baheja & naurah nak di bawa ke kedai emas , nak suntik anting-anting kat telinga... Semuanya Tokma yang belanja.. hehe  .. Aku takde lah ( sangat ) ghairah  bab bab emas perak intan berlian ni.. hehe.. tokma la yang teruja lebih nak tengok cucu-cucu berhias.... murah rezeki budak-budak ni.. Alhamdulillah , tok & tokma sangat pemurah ( kalau orang berniaga tak pemurah tu.. ermmm something wrong laa kan..) ...  Selalu ajer tok & tokma belanja kakak & adik itu ini... biasalah budak-budak... ( tapi tak semua diturutkan yer..nanti lain jadinye)


kakak baheja - haruss berdebar-debar masa ni saat-saat hampir dah nak kena tembak kat telinga ni..

adik naurah , steady jer... takde perasaan



kakak dah kena tembak... tauke kedai tu buat sekaligus kedua-dua belah telinga... selepas kena tembak , ermm apa lagiiiii.... uwwwaaaaaaaa....nangis sekejap dua-dua nyawa aku ni... risau gak kalau terkena demam ke apa ke selepas tembak anting-anting tu..


Balik rumah , terus tidur bebudak ni , malam tu baru boleh posing... haaa cantik takk anting-anting kami.. hehee.. kecik je , tu semua pilihan kakak ... nak warna hijau & biru katanya,...


on the way balik rumah tu , tokma bagi upah lagi.. sebab nangis tadi... haaa sempat lagi singgah kiddy house beli mainan... dua-dua dapat ,, tokma juga yang belanja....phewww .. selamat poket abuya..  terima kasih tokma... sayaaanggg tokma...  jangan serik ye tokma...





Faith & Love

abuya




Katanya....  " duit bukan segala-galanya"...
Aaaahh... kejar dunia semata , mata duitan , tak ingat mati , tak ingat akhirat!!!
Tapi jauh dalam lubuk hati paling dalam , sebenarnya terpaksa mengakui :-
nak buat itu kena duit , nak buat ini kena duit ,, kalau ada emergency ...??
Memang duit bukan segala-galanya , tapi tak ada duit juga bukan segala-galanya..
Mengeluh , beralasan ( sebenarnya malas ) , berpeluk tubuh begitu sahaja pun 
bukan segala-galanya juga.. kan
Kalau orang bagi kau  free free 2 JUTA.. kau nak?? Aku nak..!!!

***

Kurus bukan segala-galanya.. 
Tapi jauh dalam lubuk hati paling dalam , sebenarnya terpaksa mengakui :-
gemuk nak bergerak pun termengah-mengah , gemuk tak best , gemuk lebih berisiko penyakit...
selalu jer ada bisikan jujur dalam hati " bila laaa aku nak kurus ni "... kan!
Memang kurus bukan segala-galanya , tapi gemuk juga bukan segala-galanya...
Kita bukannya nak kurus cekeding macam anaroxia... kita nak sihat sihat je... 
sekurang-kurangnya fit macam ronaldo dah laa.. boleh main bola , cergas & sihat...
ajal maut tu tak siapa mampu sekat...

***

Putih bukan segala-galanya
Tapi jauh dalam lubuk hati paling dalam , sebenarnya terpaksa mengakui :-
gelap mendung kusam sangattt kulit aku ni.... bila laa nak putih cerah bersinar...
selalu jer ada bisikan jujur dalam hati " cantiknya siti nurhaliza "... ermm kalau lahh...
Memang , putih bukan segala-galanya , kalau dah jodoh , dengan orang asal dari mana sekalipun , 
itu memang dah jodoh... Ahamdulillah..
Tapi kulit kusam & tidak sihat & berpenyakit  kadang-kadang bukan juga segala-galanya..!!

***

Siapa kata Allah jadikan sesuatu untuk kita terus mengalah & pasrah tanpa buat apa-apa.. senang lenang tanpa usaha & ikhtiar... Hak Allah mentakdirkan sesuatu ..kun fayakun...
 hak makhuk kena berusaha... takkan nak duduk diam-diam then dapat rezeki turun sebegitu sahaja dari langit?  Harapkan keajaiban? Kita wali Allah taraf mana..? Tepuk dada , gosok perut...!!


11 April 2015

PROMO GEMPAQ BULAN APRIL...!!!


1CINCH  CHOCOLATE SHAKE MIX &

2 - CINCH CAFE LATTE SHAKE MIX

CIRI-CIRI RINGKAS

- Rasa lazat & tidak meloyakan
- Meal REPLACEMENT & rasa KENYANG yang lama
- Hidangan SARAPAN SEGERA & menu LUNCH SIHAT    
- Resipi DINNER yang SELESA & tidak terlalu memberatkan perut
- Mengurangkan nafsu makan & rasa nak melantak & mentekedarah 
- Diperkaya dengan LEUCINE untuk memelihara OTOT supaya TIDAK MENGGELEBER semasa proses DIET / PENURUNAN BERAT BADAN
- Meningkatkan METABOLISME 
- 6 gram SERAT untuk setiap hidangan - beri rasa puas & kenyang
- Nilai glycmic index ( GI ) yang rendah untuk mengekalkan paras guka dalam darah
- PROTEIN sihat , selamat , HALAL , tidak mahal & & sesuai untuk 'sadorians' & ahli-ahli GYM



shake & minum santai-santai sambil nak update blog




3 -  LECITHIN
FUNGSI RINGKAS

- Termasuk dalam salah satu PAKEJ DIET SIHAT
- Memecah & mencairkan lemak 
 - Mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh darah
- Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
- Membantu proses metabolisme & penghadaman
- Lecithin dalam PAKEJ BERPANTANG MODEN juga berfungsi mengelakkan bengkak susu


viral dalam google - demo Lecithin memecahkan lemak



4 - GLA COMPLEX
GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.


Kelebihan GLA COMPLEX

- Menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
- Menyokong sistem imun
- Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi 
- Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
- Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel


Siapa yg perlukan GLA Complex:

~ Diabetes
~ Period tidak teratur
~ Mencantikkan kulit

( kredit : nota MamaFaiz)



5-  VITALEA FOR CHILDREN


 Multivitamin lengkap untuk kanak-kanak

Fakta ringkas Vita-Lea for Children Chewable Shaklee:

- Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak.
- Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi.
- Memberi 100% nilai harian vitamin C.
- Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia
- Berasaskan phytonutrien semulajadi.
- Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti , KUATKAN GIGI
- Kaya dengan sumber nutrien antioksidan.
- Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri.
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Menyokong pembinaan tulang kuat & sihat
- Gula-gula sihat untuk kanak-kanak


Kandungan VITALEA for CHILDREN bersamaan :- 





6- DTX COMPLEX



- TONIK HATI
- Menolong memelihara aliran hempedu
- Membekalkan antioksidan yang menyahtoksidkan hati
- Menolong tubuh dalam proses perkumuhan toksin
- Salah satu ejen DETOX
- Menggalakkan fungsi hati yang sihat


perbezaan hati yang penuh toksin....

pernah ke tengok organ hati kita macam mana? erkkkk... ka lau lahh...........





Allah Maha Penyembuh


Be with us..

INFO LANJUT :-

NZ World Kingdom
Founder & Director
FB : Muhammad Nizam
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN