07 September 2015

SOALAN BOCOR

Maha suci Allah , Yang Maha Kekal selama-lamanya , Maha Hidup dan tidak akan mati. Yang Menjadikan kuburan itu luas dan sempit. Yang Maha Kuasa Menghidup dan Mematikan nyawa

Mati itu pasti. Saat ajal menjemput, tidak dilewatkan sesaat pun dan tidak pula di awalkan. Antara soalan-soalan Munkar dan Nakir di alam barzakh sudah pun lama bocor dan dipelajari di alam dunia lagi, antaranya ;

Soalan : 
Man Rabbuka ( Siapa Tuhanmu ) ?

Jawapan :
Allahu Rabbi... Allah Tuhanku...

Soalan
Man Nabiyyuka ( Siapa Nabimu) ?

Jawapan
Muhammadun Nabiyyi....Muhammad Nabiku

Soalan
Ma Dinuka ( Apa agamamu)?

Jawapan
Al-Islamu diniy... Islam agamaku


Agak-agak, sudah kebal atau cukup sakti untuk menghadapi barzakh? Sudah cukup berani untuk melihat tongkat malaikat?

Sesungguhnya, Mati itu benar, Seksa kubur itu benar, 
Alam barzakh itu benar, Siratul mustaqim itu benar, 
Syurga itu benar, Neraka itu benar


DOA SEBELUM PEPERIKSAAN

Teringat ketika era yang sudah lama aku tinggalkan, tatkala asyik disibukkan dengan exam , exam , exam. Bermula USPR sampai lah SPM. Ada lagi peperiksaan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) untuk layak ke Kaherah. Dari tahun 1996 sampai lah 2003. Selalu dimomokkan kena lulus peperiksaan , kena dapat straight A , nanti dapat kerja bagus-bagus. Belajar untuk periksa?

Antara tahun-tahun tersebut , sehari sebelum peperiksaan , pernah ustazah aku bercerita  akan kegusaran anaknya yang mahu mengambil peperiksaan di Kaherah. Di Kaherah , untuk universiti alAzhar , dulunya silibus untuk mata pelajaran AlQuran di wajibkan menghafal 2 juzuk setahun. Jika naik ke tahun dua bermakna wajib hafal  dan ingat 4 juzuk dan begitulah seterusnya. Soalan peperiksaan untuk mata pelajaran itu mengambil kira untuk silibus tahun-tahun sebelumya. Contoh untuk soalan peperiksaan ketika di tahun 1 , hanya 2 juzuk iaitu juzuk 1 dan 2. Untuk soalan semasa di tahun 2 ialah juzuk 1 hingga 4 (bukan juzuk 3 & 4 sahaja). Ini bermakna , sampai ke tahun 4 di universiti , wajib hafal dan ingat 8 juzuk AlQuran. Ada ujian lisan dan bertulis. Peperiksaan termasuk kesemua silibus ( juzuk 1 hingga 8 )

Ketika di tahun 4 , anak ustazah aku tu bimbang sebab masih lagi belum lancar dan fasih alQuran juzuk 7 dan 8. Dia hanya lancar juzuk 1 hingga 6 sahaja. Sedangkan semua tahu bahawa soalan peperiksaan alQuran termasuk kesemua silibus dari tahun 1 hingga 4 iaitu 8 juzuk kesemuanya

DOA MUDAH MENJAWAB PEPERIKSAAN


Lantas , ustazah aku menyuruh anaknya mengamalkan sungguh-sungguh satu ayat dalam surah al-baqarah sebagai ikhtiar menghadapi kesulitan dan saat-saat sukar. Ayat itu ialah ayat 137 dari surah alBaqarah , iaitu :


Surah alBaqarah , ayat 137
Surah alBaqarah , ayat 137

Mafhumnya : 
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi 
Maha Mengetahui.



SOALAN PEPERIKSAAN HANYA KELUAR SILIBUS YANG DIA HAFAL SAHAJA?

Apa yang terjadi? Ini yang diceritakan oleh ustazah , Alhamdulillah , ketika anaknya itu mengambil peperiksaan , soalan yang keluar untuk mata pelajaran alQuran hanyalah sebanyak 6 juzuk sahaja seperti yang telah lancar dan fasih dia hafal. Akhirnya lulus dengan bergaya


Selamat beramal!

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu