17 April 2016

Sejak dua menjak  atau lebih tepat lagi sejak tour Dr Zakir Naik di Terengganu baru-baru ini , ramai pula yang bermain isu retorik , perkara ulangan saban musim walaupun ia sebenarnya telah diputuskan oleh Ulama iaitu "Dimana Allah? " 

Kita tak berasa ralat sangat apabila perbincangan hanya berlegar dalam kalangan Ulama yang berautoriti , berkeahlian dan murabbi. Hujjah ilmu dibalas hujjah dengan penuh adab sopan dan berlapang dada. Bukan hujjah dibalas hawa nafsu. Apatah lagi jika persoalan" dimana Allah" itu ditanya sekadar untuk nak menguji

Kesal sekali bila orang awam turut mengambil bahagian dalam hal "dimana Allah" itu. Sana sini posting media sosial. Semua orang nak bercakap, bercakap dan bercakap. Sedih sekali apabila orang-orang yang baru nak menuntut ilmu bagai sudah lupa diri dan gopoh dengan mengatakan "mengikut pendapat saya" . Amboiii , baru belajar 2 - 3 purnama ,sudah boleh nak ijtihad hukum ye?

Biarkan saja Ulama yang membahaskan perkara itu. Serahkan sahaja kepada mereka. Khilaf antara mereka itu rahmah. Khilaf mereka dengan ilmu. Jika terkhilaf ijtihad mereka sekali pun , mereka masih beroleh pahala , In sya Allah

Cuba tanya pada diri sendiri? Percaya atau tidak , nyawa itu wujud? Kalau nyawa itu wujud , dimana letaknya nyawa? Cuba tunjuk!

Haa, setakat nyawa pun tak tahu nak tunjuk kat mana letaknya , tak payah la nak tahu sangat Allah duduk di mana. Kalau tahu sekalipun , nak pergi cari ke? Cukuplah mengimani bahawa Allah itu tidak sesekali menyamai makhluk , tiada bertempat, tiada berlokasi , tiada berarah (jihah) dan tiada pula bergraviti!

Yang penting , muhasabah diri dimana kedudukan kita di sisi Allah dan dimana Allah dalam hati kita?

untuk aku dan untuk kamu sekali la

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu