30 June 2016

Orang Arab hari-hari dalam percakapan mereka dan bersembang suka sangat sebut ayat sumpah...والله   WAllohi / WAlloh.. sikit sikit WAlloh... sikit sikit sumpah

Namun ayat sumpah yang selalu meniti di bibir mereka itu bukan lah sumpah sungguh atau makna kata nak bersumpah untuk menafikan tuduhan jenayah syariah atau sumpah nak menjadi saksi yang benar. Itu hanyalah nak memberitahu bahawasanya dia bersungguh-sungguh dalam bercakap sepertimana diorang memang bersungguh dalam banyak hal. Cara berjalan, bercakap , main bola, bersahabat , meraikan tetamu

Kalau bergaduh pun mereka bersungguh jugak. Kaw kaww gaduhnya, kita pulak yang risau tengok. Tapi orang arab hati nuraninya lembut, gaduh habis disitu sahaja. Tak ada dendam, kadang-kadang lepas berbalah tu, boleh jadi sahabat baik macam tak ada apa-apa yang berlaku sebelumnya

Begitu la juga bila orang arab sebut :-

" ana uhibbuka/uhibbuki alfu shahr "
((aku sayang kamu sampai seribu bulan))

Ia bukan la bermaksud betu-betul sampai kiraan seribu bulan hidup. Sangat mustahil la (dengan kuasa Allah jua) manusia akhir zamn ni hidup sampai 1000 bulan

Ungkapan itu bermaksud betapa sungguh-sungguhnya dia, sangat sangat sangat sayangnya kepada orang yang dia ucapkan tersebut... sampai tak terkira banyaknya , sampai mustahil terhitung dengan kiraan angka oleh manusia

Begitu juga apabila Allah mengungkapkan 1000 bulan dalam surah AlQadr

Adakah Allah Mampu Memberi setakat 1000 bulan sahaja?

Tidak..!

Alfu shahr dalam surah AlQadr itu bermaksud أَبَدًا (abadan - selama-lamanya, sebanyak-banyaknya) . Maksudnya , Allah dengan segala Kekuasaan, Kehendak dan Kasih SayangNya , Maha Memberi , Maha Mampu Menghadiahkan lebih dari itu, 2000 bulan, 3000 bulan , 4000 atau lebih lagi, sehingga SEINFINITI ganjaran

Dan....

Allah jua Maha Berkuasa Memberi ganjaran cuma 1 bulan , 200 bulan dan nilaian-nilaian angka lain yang tak sampai 1000 bulan pun di Malam Alqadr itu. Ia sangat bergantung kepada keikhlasan para hambaNya

Semoga amalan kita semua diterima dan diredhaiNya

Antara DOA UNTUK MEMOHON LAILATUL QADR

Salamun hiya hatta matla'el fajr

Selamat berpuasa

27 June 2016

Kalau berskuasy atau bersukan apa pun , kebarangkalian menempah terseliuh tu memang la tinggi. Pernah lah juga satu ketika geng squasy ajak training, kebetulan sangat sehari sebelum tu aku masih dalam keadaan kurang memberangsangkan ( maksudnya terseliuh ketika tidur , sakit urat belikat.. hehe ). Masa tu mana la nak ambik kisah sangat cara legakan sakit belakang dengan mudah ni. Dua tiga hari jugak la duk bertahan sakit urat belikat tu. Aku tak buat apa-apa pun , jumpa doktor ke , berurut ke. Sakit amat , nak menunduk tak boleh , nak pusing badan pun sakit. Aku biar sembuh sendiri je. Tapi kalau geng dah ajak skuasy , aku bedal je. Mana boleh tinggal hobi dan passion aku tu. Passion la sangat kannn..Sakit-sakit pun , tetap mahu pukul dinding jugak..Haaa gitu. Sudahnya sebelum berskuasy , aku tampal koyok kat belakang bahagian (urat belikat) yang masih sakit tu. Main pun tak effektif , pukulan-pukulan pun tak padu sebab tak boleh hayun tangan dengan kuat kesan sakit tadi. Tengah-tengah duk syok memukul dinding, boleh pulak koyok tu jatuh tetiba. Ye laaa sebab dah bercampur dengan peluh yang banyak agaknya kan..hehe.. Itu dulu la. Sekarang ni dah tahu cara legakan sakit belakang dengan mudah. Main sembur-sembur , spray je. Ala-ala sembur air masa nak iron baju tu je

Biobax Cool Theraphy Bantu Legakan Sakit Belakang Dengan Mudah


Biobax Cool Theraphy
Biobax Cool Theraphy
Biobax Cool Theraphy
Biobax Cool Theraphy

Tudiaaa Biobax Cool Theraphy

Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray with Eucalyptus Oil, Habbatussauda and Olive Oil. Biobax Cool Theraphy membantu melegakan kesakitan dengan mudah.

Fleksibel sangat ni, boleh di bawa ke mana-mana sahaja, antaranya :-

1 - Letak dalam kereta (standby kalau lenguh-lenguh tengkuk dan belakang badan) 
2 - Letak dalam beg sukan (standby kalau terseliuh)
3 - Simpan dalam beg tangan (wanita kan selalu simpan macam-macam dalam beg dia, haa tambah satu lagi koleksi, ringan je pun botol biobax tu)
4 - Simpan di rumah 
5 - Simpan sebelah atau bawah bantal (boleh standby kot kot terkena cramp (simpul biawak) masa tidur, boleh juga nak cuba biobax ni) 
6 - Simpan dalam hatimu, ehh gurau pun tak boleh

Kandungan Biobax Cool Theraphy :-

Diperbuat dari 100% bahan organik dan tidak mengandungi bahan terlarang atau berbahaya. Ia sesuai untuk ibu mengandung dan berpantang. Therapeutic dan aromatic, nyaman dan segar gitu

- Eucalyptus Oil
- Habbatussauda Oil
- Olive Oil
- Za'faran
- Lemon Grass
- Halia Bara
- Kaffir Lime
- Pappermint
- Menthol Crystal

Kegunaan Biobax Cool Theraphy

Untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:

- Sakit Belakang
- Ketegangan
- Terseliuh
- Lenguh-lenguh
- Selsema/resdung

Haa , jangan la expect sakit-sakit kronik pulak ye. Itu dah kena pergi jumpa doktor atau pakar. Biobax Cool Theraphy boleh digunakan time kecemasan. Sesuai sangat la simpan kat rumah 3-4 botol. Tambah koleksi dalam peti kecemasan tu

Testimoni Biobax Cool Therapy






Harga Biobax Cool Theraphy :

1 botol Biobax adalah RM85. Sekarang musim promosi, jatuh harga RM70 sebotol. Jom booking sorang 3-4 botol, balik kampung raya nanti boleh hadiahkan untuk tok , tokki , mak dan ayah sekali


Hubungi saya untuk order di hotline 013-976 1627 !

25 June 2016

Jangan pandang enteng dengan masalah anak yang mengalami sembelit. Kalau sampai seminggu tak membuang tuuu... ermmm..Kesian la dia..kan. Kalau kat rumah, boleh la kita layan dan tengok-tengok kan. Kalau time anak kat sekolah? haa... orang luar nak layan anak kita macam mana la sangat. Tetap tak sama dengan mak bapak sendiri

Sembelit dalam kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan hilang selera makan, sakit kepala dan juga jangkitan pada pundi kencing. Tahap kronik sembelit pulak boleh membawa kepada pembedahan. Apa yang doktor bagi ubat atau nasihatkan , kena ikut la. Orang jual shaklee bukan anti doktor ye. Bukan juga anti vaksin... erkkk

CARA ATASI SEMBELIT ANAK

Macam DOKTOR ZUBAIDI ni cadang buat blend makanan separuh pepejal seperti lobak atau buat jus buah.. ermm orang dewasa pun selalu buat macam tu kan, makan pisang la , betik la

Kalau nak elak sembelit, kena la jaga makan dan apa yang masuk dalam perut.. Salah satunya nak sembuh atau elak sembelit dalam kalangan kanak-kanak dengan Meal Shakes la.. hehe.. sesuai gitu untuk kanak-kanak termasuklah dewasa pun



Dulu ada seorang customer ambik Meal Shakes untuk anak dia yang mengidap asma. Kesian anak dia... kerap masuk wad, kalau kena pukul 3 pagi, time tu jugak la kalut pergi hospital. Sekarang Alhamdulillah

Meal Shakes bukan ubat ye. Bukan makan time sakit je. Bagi kat anak yang picky eater, makan selalu yang kurang berkhasiat ajerr tu haa. Best part is.. Meal Shakes yang rasa sedap ni boleh jadi sarapan segera. Mengenyangkan dengan nutrisi lengkap untuk kanak-kanak


Akak Rita pun bagi anak dia Meal Shakes tau. Mula-mula bagi anak Meal Shakes , then Rita ni minum VIVIX. Tak lama lepas tu terus daftar sebagai ahli

Testimoni Meal Shakes





Resipi Meal Shakes

Kalau tak nak minum meal shakes kosong je macam tu, boleh la inovasikan. Buat cekodok pun boleh


ni selalu ramai buat.. smoothie

ais krim meal shakes
 
ni awesome sangat.. kek kukus

pan cake


Selamat mencuba

Allah Maha Memberi Sembuh

Hubungi saya :
013 976 1627
alluana35@gmail.com

24 June 2016

Aku bukan la hantu durian sangat. Bak mai lahhh promo gempaq-gempaq durian , musang king ke , durian telur buaya ke, ermmm... tak teruja sangat walaupun Pasar Payang tu dekat je pun

Tadi je si kakak baheja ni ajak beli durian.. Haritu syok tengok kawan tayang dalam fb depa duk makan durian berjemaah kat Pasar Payang tu.. Tanpa fikir panjang, selepas terawih, pegi la jenjalan dengan baheja pusing-pusing Pasar Payang sambil cuci mata booth-booth orang jual baju raya sekitar tu. Saje je tunaikan hajat. Nanti kempunan

Dalam hati dah niat nak try musang king. Sejujur jujurnya memang tak pernah makan lagi durian musang king ni. Apatah lagi nak beli... Kitorang biasa makan durian-durian di kebun keluarga je.. Kalau kena gaya , silap haribulan, durian biasa pun boleh sedap setanding musang king


Tudiaaa..suasana di Pasar Payang. Satu deretan sepanjang jalan penuh orang jual durian. Siap disediakan meja dan kerusi untuk santai-santai atau yang dah tak sabar nak makan durian kat situ. Terbaik la


Harga musang king antara RM30-RM35 sekilo. Makkk aiii....kempis jugak rasanya poket aku ni. Erkkkk.... Aku beli dua biji je. Satu musang king dan satu biji durian D24. Ngam ngam pulak tu, sebijik sama dengan sekilo


Sampai rumah , kami menikmatinya dengan tenang sekali. Sebab mahal sangat, makan slow-slow laa. Sedap? Ye.. memang sedap. Esok dah kena start kumpul duit ni , bulan depan boleh beli lagi..hehe


Selesai moreh kita malam ni. Ini lah hantu durian sebenarnya. Kakak baheja kesayangan abuya ni haa.. pantang nampak durian, wajib disuruh beli. Harap-harap la esok dia tak ingat yang dia makan durian semalam dan tak suruh beli lagi.. haha...

Selamat berpuasa!


23 June 2016

Musim peperiksaan UPSR dah dekat? Walaupun format UPSR 2016  sudah berbeza, namun koleksi soalan percubaan UPSR Negeri Terengganu mungkin sedikit sebanyak boleh membantu dan dijadikan panduan. Selamat maju jaya diucapkan buat buat adik-adik UPSR. Usaha tangga kejayaan. Berikut adalah koleksi soalan percubaan UPSR Negeri Terengganu bagi tahun 2015











22 June 2016

Selamat berpuasa. Salam Nuzul Quran. Lagi resipi mudah berbuka puasa hari ini. Untuk tahun ni dah masuk siri ke tiga resipi mudah berbuka puasa selepas kambing masak blackpepper sedap  dan wrap and roll . Semuanya mudah-mudah , simple dan ringkas. Asal tengok apa yang ada stok dalam peti je... boleh on the spot idea masak. 

Resipi Mudah Berbuka Puasa : Ikan Kerisi Goreng Sedap

Kali ni resipi termudah untuk berbuka puasa ialah ikan kerisi goreng... haaa.. ikan goreng pun boleh buat entri. Ikan goreng bukan sebarang ikan goreng tau, ni nak habaq rahsia kasi ikan kerisi goreng tu sedap dan unik...(unik sangat)

Banyak gak duk intai resipi-resipi ikan kerisi goreng dalam google tu. Semuanya menarik , tasty and lovely. Ada yang campur serbuk ikan, kari, daun kari, siap blend bawang + serai, ada yang masuk cili boh.. Ermmmm sedap kan. Tak ada lah rasa kunyit kosong saja

Bahan yang rahsia (rahsia lah sangat) nak bagitahu dari tadi ialah.... asam jawa! Ye.. asam jawa. Korang pun mesti dah pernah buat ni. Chef-chef buat-buat pejam mata je la resipi ni ye. Kataaa.. mudah. Ni untuk anak dara dan teruna yang baru nak belajar masak.. hehe


Bahan-bahan :

Ikan kerisi
Serbuk kunyit
Garam
Asam jawa

Cara masak :

1. Bersihkan ikan , buang isi perut , potong insang, JANGAN BUANG SISIK.. sisik tu la signature ikan kerisi..kan..kan
2. Belah bahagian belakang ikan
3. Gaul/sapu/ratakan/sebatikan ikan tu dengan kunyit, sedikit garam dan asam jawa
4. Goreng sampai garing
5. Makan dengan nasi panas, side ordernya sambal kicap bawang pun sedap!

*asam jawa tu jangan la banyak nawww.. kang terlebih masam pulak.. 

Selamat berbuka puasa!

BOLEHKAH MOPIKO DIGUNAKAN UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN?

Jawapan : TIDAK BOLEH

Sama seperti Vicks Vaporub, Mopiko juga mengandungi Camphor yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius iaitu sawan (convulsion).

Selain Mopiko, terdapat ubat sapu jenama lain yang boleh digunakan untuk mosquito bite/insect bites yang tidak mengandungi camphor. 

Jadi, sekiranya anak anda berumur kurang dari 2 tahun, elakkan Mopiko ya!



BOLEHKAH VICKS VAPORUB DIGUNAKAN OLEH KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN?

Jawapannya TIDAK BOLEH.

Ini kerana Vicks Vaporub mengandungi Camphor yang boleh menyebabkan kesan sampingan serius iaitu sawan (convulsion).

Jadi, ibu bapa take note ya. Untuk bayi berumur 3 bulan ke atas, ibu bapa boleh gunakan Vick Baby Balsam kerana ianya tidak mengandungi Camphor. Ia sesuai untuk bayi seawal 3 bulan sehingga kanak-kanak 5 tahun.




Rasa bersalah tak share.. Harap info ini dapat membantu ibu bapa semua :)..


20 June 2016

Dua minggu lalu ada seorang customer merangkap kenalan baru membeli set gastrik. Katanya dah lama menanggung sakit gastrik dan angin dalam badan.. Aku pun nak describe gastrik dengan penuh feel tak dapat sebab tak pernah mengalaminya.. (makan sedap sokmo.. hehe)... Tapi yang aku tahu dari pengalaman duduk asrama sekolah dulu tengok kawan-kawan sakit gastrik, perut tak boleh kosong, time bulan puasa kadang-kadang tak boleh puasa, terpaksa makan di siang hari


Cara Atasi Gastrik

Setelah mencuba pakej gastrik dan angin dalam badan , bro Tai Chee Siang ini memberi respon kesan yang positif 

Set Gastrik


Bro Tai Chee Siang mengambil set gastrik yang basic ni...ESP, PEPPERMINT GINGER PLUS dan ALFALFA... Kalau aku sendiri kena angin, sudah semestinya aku akan add on VIVIX  yang super power tu untuk kesan lebih optimum

Testimoni Fresh Set Gastrik Shaklee


KREDIT TESTIMONI : 
NURRISHA FAZZIANA

Lagi Testimoni :-

Allah Maha Menyembuh

Order Set Gastrik & Angin...?

Whatsapp saya : 013 976 1627
( Muhammad Nizam Yusof )

16 June 2016

Bulan ini mesti ada resipi berbuka puasa simple dalam ni. Almaklumlah bulan puasa. Duk layan baram (bazaar Ramadhan) pun cemuh jugak... Sebahagiannya kualiti ala kadar (maaf la cakap ye) ... Lebih enak masak sendiri.. Menu atau resipi berbuka puasa simple versi aku mudah semudah mudahya. Kadang-kadang tak plan pun. Selongkar apa yang ada dalam peti je.. pandai-pandai la nak improvisasi.. hehe

Resipi Berbuka Puasa Simple

Kali ni buat wrap & roll. Kebetulan ada roti wrap massimo dalam peti tu. Alaa entri tadi kan cerita fasal  shawarma tepi jalan tu. Sekarang terus rasa nak buat wrap ala-ala shawarma la

Bahan utama pun senang je. Wrap, ayam, telur.. Perasakan dengan kicap manis, sos tiram dan sos lada hitam. Masak kering dan tidak berkuah sangat


Panaskan roti wrap dalam kuali ajaib 

Ayam ni sebenarnya yang beli semalam di bazaar.. ayam goreng berempah. Daripada membazir begitu sahaja, baik fikir idea nak masak.. haa..
carik-carikkan ayam tu dan panaskan dalam magic pan

Masukkan sos lada hitam , sos tiram , kicap manis. Add on sedikit sos thousand island pun boleh..
Dalam 10 minit camtu, masukkan telur dan gaul sekali
 
Dah siap letak dalam roti wrap... Lepas tu roll kan dia.. Sepatutnya nak tambah salad & keju cheddar. Tapi semua dah habis stok dalam peti. Redha je la

Ready... 1...2...3

bunyi azan...

Allahu Akbar... Allahu Akbar !

Sedikit pesanan penaja. Cadangan waktu hidangan tidak tertakluk pada tajuk. Boleh sahaja dihidangkan ketika sahur atau moreh atau hari raya pun boleh kot

Selamat berpuasa



Haritu cerita burger tepi jalan. Ni cerita shawarma pulak... Sebenanya ni kisah dari disember tahun lepas.. Aritu dah post sekali.. tapi macam krikk krikk je post tu.. hihi..Petang ni saje nak post skali lagi sambil cari idea masak untuk berbuka...kan

Satu malam di akhir tahun yang lalu , kitorang saja jenjalan keluar ambil angin malam , tetiba terserempak dengan orang jual shawarma. Salah satu makanan arab. Lantas betul-betul mengimbau kenangan ala-ala once upon a time when i was in Cairo gitu. Korang pun dah biasa makan shawarma ni kan. Kalau orang kita , semuanya di panggil kebab

Sebenarnya ada je restoran arab area sini , tapi tak terlintas pula nak pergi. Yang tepi jalan ni jugak la terpesona. Mungkin lama dah tak merasa atau tetiba mengidam , bagai mengantuk disorongkan bantal. Terus beli 4 ketul. Dua tiga hari kemudian , bila mengidam datang balik , aku cuba pergi jenguk orang yang jual ni kat tempat yang sama , malangnya dia dah tak jual kat situ. Aduiii mana lah mahu cari ni. Sedap kot


simple je , tapi boleh tahan sedap
simple je , tapi boleh tahan sedap

sedia untuk dimakan
sedia untuk dimakan
Ni beberapa lagi gambar makanan istimewa arab yang membuatkan ku terimbau zaman belajar feeling-feeling remaja

kibdah
kibdah
Kibdah ni hati. Ada ramuan rempah ratus arab. Dimakan bersama roti arab. Roti biasa yang panjang tu pun boleh. Korang yang jarang makan hati mesti terliur bila dah merasa kibdah ni. Dah, sila pergi restoran arab sekarang


kibdah
kibdah

kuftah
kuftah

kuftah ni isi daging (hancur) , disumbat, dibentuk dengan besi dan dipanggang. Specialnya lagi jika dipanggang dan dibakar dalam dapur tanah liat. Fenomena biasa di sana
sumber gambar : google

nasi dalam daun anggur
nasi dalam daun anggur
secara jujurnya yang ni bukan favourite aku. Nasi dalam daun anggur atau dalam bahasa arabnya (waraq 'enab).. Pernah sekali je rasa , tu pun tak habis. Tekak tak boleh terima

sumber gambar : google

ruz billaban
ruz billaban

ruz billaban ni maksudnya nasi dengan susu. Haa nampak simple je kan , tapi rasanya penuh nikmat
sumber gambar : gambar aku sendiri dalam laptop

ouum ali
oumm ali

oumm ali ( ummu ali ) kalau diterjemahkan maksudnya ibu ali. Tak tahulah mana asal usulnya lekat nama mak ali. Mungkin pengasasnya dulu kala punya anak yang bernama Ali. Wallahu a'lam

oumm ali ni pun sedap , lazat , nikmat. Rasa ala-ala puding roti gitu. Tapi tak ada roti pun di dalamya

daging
daging

Yang ni tak ada kena mengena dengan makanan arab. Cuma nak tayang je kitorang tengah bakar daging hari raya korban di asrama. Buat makan-makan berjemaah gitu

Banyak lagi makanan arab. Kat Malaysia ni pun restoran arab tumbuh bak cendawan. Cuma nak cari yang betul-betul rasa kearaban tu mungkin kena ushar betul-betul. Nasi mandy tu yang sebenar-benar rasa sedap jika dimasak arab style ialah dengan menggunakan dapur bawah tanah... Tak semua restoran timur tengah kat sini buat dapur macam tu

Kalau nak belajar resipi dalam tv , boleh tengok rancangan masak chef amar tu , masak dari hati , masak with iman. Syok tengok dia masak

Selamat berpuasa

13 June 2016

Ada la beberapa kali kereta aku mengalami bateri kong. Kong tu apa maksud? Kong tu rosak , mati , tak hidup , punah dan sumpamanya. Masa mula-mula nak memiliki kereta sendiri dalam kehidupan , beli satu brand kereta ni walaupun telah mendengar banyak kisah yang kurang enak fasal brand tersebut. Akhirnya tak sampai setahun , memang betul ada beberapa masalah antaranya cermin tingkap tak boleh naik dengan elok termasuklah bateri kong

Kisah Aku dan Bateri Kong

Tapi nasib agak baik ketika kejadian , berlaku bukan la di tempat dan masa yang tidak diingini seperti di highway atau ketika kecemasan. Ia berlaku di rumah dan sekali ketika ziarah rumah adik di Petaling Jaya. Tiba-tiba sahaja tak boleh start. Nasib baik lagi bila bengkel kereta dekat saja dengan rumah. Alhamdulillah

Kejadian Bateri Kong Terbaharu

Sekarang dah bertukar kereta lain. Kebetulan pula time ramai yang tengah nak bercerita fasal bateri kong ni , minggu lepas , 18 Mei 2016 , bateri kereta aku kong. Cemas dan gelabah tahap dewa juga la sekejap. Mujur parking di kawasan orang ramai dan di area kampung aku sendiri. Terserempak dengan orang kampung aku, dia banyak tolong , siap tumpangkan aku naik kereta dia, ajak aku pergi bengkel, singgah rumah ambil  jumper , akhirnya boleh la start balik. Alhamdulillah , jutaan terima kasih buat abang Rashid (kalau tak silap nama dia)

terima kasih abang rashid , jasamu dikenang


Rupa-rupanya aku baru teringat, bateri kereta tu belum ditukar lagi sejak hampir 3 tahun aku pakai kereta tersebut. Aku pun confident je memanjang , tak teringat fasal bateri kereta. Banyak sangat pikir menda lain kot (baru ni pergi berurut, tukang urut kata banyak urat stress, grrrrrr). Lepas kereta dah boleh start, terus pergi bengkel terdekat, ermmm melayang jugalah RM 250 ganti bateri baru. Nasib ada cash, cukup-cukup pulak tu. Terpaksa cancel hajat nak shopping

Kalau Ada BATERIKU.COM

Bateriku.com , i wish you were here. Saat-saat genting seperti kejadian yang aku alami sendiri tadi tu , kadang-kadang terfikir alangkah bagusnya kalau ada perkhidmatan bergerak tukar bateri kong dekat kawasan aku, kan. Malang tak dijangka, manalah tahu kena time ada meeting , kecemasan atau di kawasan-kawasan yang mengerikan tengah-tengah malam hari, mahunya tak gabra


Apa Itu BATERIKU.COM

Bateriku.com tu dalam bahasa mudahnya perkhidmatan penghantaran, pemeriksaan & pemasangan bateri kereta di lokasi kejadian , 8:00 PAGI - 11:00 MALAM 365 HARI/ SETAHUN . Barang baik punya , jimat masa kita , harga berpatutan dan murah pula tu. Berbaloi-baloi

steady bro ni , lega bila dah tukar bateri baru

tekun melihat kecekapan team bateriku.com

bateriku.com memang terbaik

Bateri Kong Di Putrajaya Dan Kawasan Sekitar, Hubungi BATERIKU.COM




TALIAN BEBAS TOL1-800-22-2324
  
ATAU

Whatsapp / SMS : 012- 245 8027 
untuk area Putrajaya dan sekitar Lembah Klang

019 - 699 8279 - Johor Bharu 
012 - 685 8727 - Negeri Sembilan 
018 - 202 6153 - Melaka

Keistimewaan BATERIKU.COM

1– Harga bateri kereta murah – harga kilang!
2 – Penghantaran, pemeriksaan dan permasangan percuma , hanya perlu bayar harga bateri sahaja
3 – Buy back bateri lama anda dengan harga yang tinggi. Jangan buang begitu sahaja!
4- Bilangan Kru Trooper dan Aset yang besar
5- Lebih daripada 4,000 pelanggan yang berpuas hati
6- Penghantaran ke lokasi kejadian, di pejabat atau ke rumah dan lain-lain tempat.
7- Menawarkan banyak bateri berkualiti pada harga yang berpatutan
8- Menyediakan bateri apung ketika memeriksa bateri lama anda

Penghantaran dan pemasangan bateri kereta murah juga ke lokasi di berikut :

Ampang, Ulu Klang, Sri Gombak, Batu Caves, Selayang, Puchong, Alam Megah, Serdang, Klang, Jalan Kebun, Bukit kemuning, Kota Kemuning, Kemuning Utama, Padang Jawa, Subang Jaya, Glenmarie, Ara Damansara, Kelana Jaya, Petaling jaya, Taman Medan, Dato Harun, Sunway Piramid, Jalan Klang Lama, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya, Saujana Putra, UiTM Shah alam, Puncak Perdana, Alam Damai, Bukit Maluri, Kepong dan sekitarnya

Berita gembira apabila dikhabarkan , servis bateriku.com akan lebih meluas sehingga ke seluruh Malaysia tidak lama lagi. Nantikan! Tak sabarnya  menanti kewujudannya di Terengganu

Testimoni BATERIKU.COM







Jom baca testimoni pengalaman orang ramai yang menggunakan servis bateri kereta murah bateriku.com ini DISINI





Ingat bateri kong , ingat BATERIKU.COM


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN