22 July 2015

Aku mula detect kerabuan jauh mata aku masa umur 16 tahun. Time tu tengok movie kat tv , tak nampak subtitle , nampak bayang-bayang je. Akhirnya start pakai cermin mata masa tahun spm. Mak yang belanja buat cermin mata tu. Mula-mula tu kekok jugak. Selalu pakai buang , pakai buang je. Susah nak lekat lama. Akhirnya lama kelamaan terima hakikat yang aku memang rabun. Pakai la sampai sekarang. In sya Allah , nanti kalau bonus bisnes shaklee berganda lagi sampai 6 angka , kita booking appointment dengan Prof Muhaya, buat lasik. Nanti boleh la pakai cermin mata hitam time memandu. Lain la sikit kalau nak selfie. Ameen

Sepanjang perjalanan ini. Lembah dan lurah ku lewati. Haha. Sepanjang liku-liku hidup memakai cermin mata ni , banyak kali juga tukar-tukar yang baharu. Pernah juga hilang , mintak duit dengan ayah nak buat cermin mata baru, ayah tak percaya hilang

Masa kat Cairo , ada satu kedai tu jual harga yang sangat murah. Apa lagi , kerap juga la masuk cuci mata tengok mana yang berkenan. Sempat jugak buat cermin mata baru kat situ

Kejadian patah bukan sekali dua. Dah banyak kali. Dugaan paling diingati cermin mata patah ketika buat umrah pada 2010. Allah nak uji kesabaran di sana kot. Masa tu lekat bingkai tu dengan salotape je. Kadang-kadang tercabut jugak , pegang dengan tangan je la jawabnya

Dan semalam , buat kesekian kalinya cermin mataku patah lagi. Istimewa kali ni, anak aku , naurah salsabeela yang patahkan. Entah macam mana dia buat sampai boleh patah. Dah la spek mata tu antara yang paling aku sayang. Patah yang tak mampu dibaiki lagi. Walaupun cermin tu masih elok , nak suai padan dengan bingkai lain , kedai tu tak ada stok bingkai yang sesuai pulak. Semua kedai spek dalam giant tu aku pergi. Susah pulak nak cari bingkai sesuai.

Tak apa lah , duit spek mata boleh dicari , anak sayang mana boleh ditukar ganti , kan. Nak marah pun tak ada makna. Akhirnya aku buat keputusan buat spek mata baru termasuk la dengan cermin sekali. Buat yang ekonomi je, tapi selesa pakai. Nak letak kat mata je pun. Nasib baik gak kedai ada promosi diskaun, lepas kawtim, melayang jugak la tiga ratus

spek mata patah
Spek mata patah
baheja ikut , tak sah kalau tak beli mainan, siap suruh ambil dua pulak tu , untuk adik satu , katanya
baheja ikut , tak sah kalau tak beli mainan , siap suruh beli dua pulak tu , untuk adik satu , katanya
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN