20 March 2016

RESIPI AIS KRIM CHOKI CHOKI

Haa kata trending kan. Walaupun rasanya dah habis kot zon viral ais krim choki choki ni. Tapi nak buat juga lah. Kena pulak dengan musim panas. Elok sungguh pekena ais krim Malaysia yang menjadi moment indah zaman kanak-kanak ni kan. Ini ais krim choki choki versi abuya ye. Buat sendiri ya ampun , renyah juga lah part nak tuang ramuan dalam plastik, picit coklat choki choki dan paling tak tahan , nak mengikat tu. Almaklumlah , tangan kita kurang berseni

BAHAN-BAHAN AIS KRIM CHOKI CHOKI VERSI ABUYA

bahan-baham ais krim choki choki
bahan-bahan ais krim choki choki


1 - Plastik ais krim (nak buatnya ada lah lebih kurang 15 batang , cari-cari stok plastik ais krim tak jumpa ,
 terpaksa la beli satu paket tu ha)
2 - Choki choki
3 - Santan kelapa (pasar basah tutup malam-malam , beli yang segera je la)
4 - Krimer sejat F&N 
5 - Susu pekat manis (aku suka gold coin sebab penutupnya macam air tin, senang nak buka)
6 - Tepung jagung ( untuk memekatkan )
7 - Gula melaka 
8 - Garam halus

CARA MASAK AIS KRIM CHOKI CHOKI

cara masak ais krim choki choki
cara masak ais krim choki choki

1 - Masukkan santan kelapa , krimer sejat dan susu pekat manis 
2 - Masukkan air 4 tin , gunakan tin susu tadi tu
3 - Panaskan
4 - Di pertengahan jalan , masukkan gula melaka
5 - Masukkan sedikit tepung jagung untuk lebih pekat
6 - Masukkan secubit garam 
7 - Agak-agak dah mendidih , bergelegak , boleh la tutup api

Sambil tunggu ramuan ni sedikit sejuk. Boleh la picitkan choki choki tu ke dalam plastik ais krim

ais krim choki choki sediaa di masukkan dalam peti ais
ais krim choki choki sedia di masukkan dalam peti ais

Tuang ramuan ke dalam plastik ais krim yang sudah di isi dengan choki choki dan ikat. Kemudian , peramkan dalam peti ais. Esok boleh makan. Maafkan je la diriku ini yang tak pandai nak ikat kemas tu. Abaikan ye yang nampak kedut-kedut tu. Nanti dah keras , ok la tu , kan


Dah elok dan sedia untuk diratah

sedapnya
( siapa lagi nak puji kan )


gambar selingan sebelum tidur semalam



Selamat mencuba! Diizinkan share

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN