25 July 2015

Alkisah sebentar tadi pergi salah satu car wash di area kuala terengganu ni. Ye la dah lama sangat kuda putih ku tak mandi. Berkarat sudah

Si baheja ni boleh pulak buat lawak. Masa budak (nepal) car wash ni tanya "luar dalam?" (maksudnya nak basuh luar dan dalam). Si baheja cakap , " apa? seluar dalam? ". Huhh malu aku dengan budak nepal ni

Tiba-tiba, terserempak pulak dengan zizan razak dan bakal tunang. Alaa buat-buat biasa je pun. Takde la nak melompat teruja sangat. Kebetulan dia pun nak cuci kereta dia. Pandai dia sorok-sorok bakal tunang dia kat dalam kedai yang ada di car wash ni. Sebebarnya bakal tunang dia tu jiran 3 belah rumah (mertua) aku je. Dekat sangat. Ingat aku nak bagi pamplet shaklee kat zizan tapi tak sempat pulak. Mungkin lain kali la kot tunggu depa buat majlis , harus la jemput jenjiran, kan

Ambik je gambar dengan depa tapi tak payah up sini la. Ni bukan blog artis pun, kan. Nah gambar kereta je ada

kereta zizan
Kereta zizan

BERIKUT adalah keputusan perlawanan persahabatan di antara Pilihan Malaysia dan Liverpool yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat malam:

Pilihan Malaysia (Patrick Wleh '20) ~ 1

Liverpool (Jordan Ibe,m-27) ~ 1


Senarai Pemain

PILIHAN MALAYSIA: 

Md Khairul Azhan Md Khalid, 
Thiago Junior De Aquino, 
Patrick Wleh, 
Vincent Bikana, 
Zah Rahan Krangar, 
Charles Sousa Chad, 
Mohd Razman Roslan (K), 
Muhammad Zubir Mohd Azmi, 
Joseph Kalang Tie, 
Azammuddin Mohd
Akil, Mohamad Nasir Basharudin.

LIVERPOOL: 

Nathaniel Clyne, 
Dejan Lovren,
James Milner,
Jordan Henderson (K), 
Alberto Moreno, 
Adam Lallana, 
Lucas Leive, 
Dovock Origi, 
Jordon Ibe, 
Adam Bogdan, 
Martin Skrtel

kredit copy paste : mstar online..

saje je aku nak tempek  gak result sini untuk yang tercari-cari keputusan tu.. walaupun aku lebih minat tennis

Sudi-sudi lah berkunjung sini lagi ye!

Ok la abang dolah saleh , kali ni you'll never walk alone!

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu