26 June 2015

MENU BERBUKA PUASA

Masih di rumah mak, gotong royong masak untuk berbuka puasa. Gathering ramai-ramai syok sungguh

Menu berbuka puasa di rumah mak

budu
budu , tambah durian

sup tulang
Sup tulang

nangka muda rebus
Nangka muda rebus cinta

ikan goreng
ikan goreng kasih sayang


Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

Balik kampung , berbuka dengan mak dan sekalian adik beradik memang heaven kan. Meriah macam raya dah. Mak pasti bahagia seribu bukan kepalang terpancar di kedut matanya , wajah kasih sayangnya. Mak masakkan kami lala masak lemak. Sedap yang amat. Paling rare ada sambal kuinin air tangan kasih sayang mak. Perghhhh sungguh heaven

sambal kuinin mak
sambal kuinin mak

POTRET

Biasalah kalau balik rumah mak , tak sah kalau selalu saja aku menyelongkar album gambar kenangan lama. Terutama sekali belek-belek gambar arwah ayah , my forever first hero

album lama yang rare
album lama yang rare

JAUH , TERBAWA LUKISAN HATIMU , HILANG MENCARI DIMANA KAU PERGI



ayah
ayah
Ayah memang true first hero kami. Ayah bekas askar. Tapi ayah tak didik kami dengan ketenteraan ala gerila atau komando di rumah. Ayah kadang-kadang dilihat tak banyak cakap pun. Dalam hati ada taman bunga. Cool sahaja selalunya. Ayah , aku rindu!

ayah
ayah

Selepas ayah pencen askar , ayah kerja dengan pejabat pertanian , jadi pemandu. Gaji tak banyak mana. Tapi kami saksi ayah banyak berkorban untuk kami. Melindung kami. Ayah orang pertama ajar aku main badminton. Ketika kecil , malam nya tiada elektrik di rumah (black out) , selalu kami berkumpul dan ayah mulakan cerita lawaknya 

Pernah sekali ketika ayah pergi berkebun , entah macam mana kaki ayah terkena parang hingga tembus isi betis. Pernah juga ketika bulan puasa , ayah hanya berbuka dengan dua tiga biji buah duku kerana komitmen bisnes, ayah kena tunggu tauke hantar barang di kedai sampai lewat maghrib. Malam-malam raya selalu saja rutin aku ikut ayah hantar barang perabot ke rumah customer sampai pukul 3 pagi malam raya. Ayah , aku rindu. Sangat rindu

Walau ayah tak sempat melihat aku kahwin dan berkeluarga. Tapi aku tahu ayah bahagia jika melihat makin ramai cucu ayah sekarang. Aku bawa semangat ayah dalam memandu bahtera keluarga. " A father can be a mother too"

Paling tak boleh lupa tersemat kukuh dalam ingatan dan perasaan , 2008 ayah pergi, menghembus nafas akhir dalam pangkuan aku. Pelukan aku

Allah , ampun dosa ayah segala. Permudahkan urusan alam barzakh ayah sana. Tempatkan dia dalam golongan beriman, beramal soleh. Redhailah dia walau sekecil-kecil amalannya. Aku saksi ayah dah jadi ayah terbaik untuk kami

Love and faith
abuya

Engkau masih berpeluk tubuh dan mengeluh semata , engkau kata ekonomi makin mencengkam , tekanan cukai segala cukai buat kau tertekan , sedang hutang masih keliling pinggang

Jiran kau pagi-pagi selepas tahajjud barang dua rakaat , mohon petunjuk Allah, terus ke dapur , masak nasi lemak tiga empat round menggunakan satu periuk , masak dengan ikhlas nak meniaga , nak jual kat orang biar orang dapat makan sedap macam yang kita nak makan. Ada dalam 100 bungkus nasi lemak daun pisang hantar kat 3 kedai makan. Tengah hari sikit kutip hasil , jual seringgit je pun sebungkus . Sehari berhasil RM 100. Sebulan tolak campur bahagi modal dan upah tauke kedai , dapatlah RM 1700 untung bersih

Engkau? masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Orang bangla sebelah kampung kau kerja bina rumah , ala-ala buruh kasar , gigih tak kenal penat. Sebulan boleh pos duit kat family dia di bangladesh RM 2500

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Orang Nepal jiran sebelah rumah orang bangla tadi , fasih berbahasa melayu , dulu-dulu kerja kat kedai runcit nun seberang jalan itu. Sekarang dah jadi tauke kedai runcit. Hasil tak jutawan tapi boleh survive. Kawan diorang ada pulak yang jadi tauke kedai telefon

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Makcik zainab , sepupu mak jah tinggal dekat jugak dengan rumah sewa orang nepal tu tak ada sijil , ijazah segala. Anak ramai masih bersekolah. Makcik zainab ambik upah lipat baju kat rumah orang , upah seringgit untuk 3 helai baju. Upah extra jika mahu pakej iron baju sekali. Dia suruh anak dia sebar-sebarkan tampal iklan merata. Hasilnya tak lumayan berlonggok , tapi cukup nak bagi anak-anak makan,pakai,belanja sekolah. Mula-mula ambil upah lipat baju di rumah penghulu. Lama-lama khidmat dia tersebar luas. Dulu makcik zainab naik basikal tua sahaja. Sekarang lega dah boleh pakai wira aeroback second hand

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

pak kamal yang kau kenal sedari kecil selalu kau nampak angkut tong gas atas belakang motorsikal. Orang kampung nak gas untuk memasak, telefon je pak kamal , terus sampai rumah dengan tong gas baru. Servis tip top. Call , 20 minit sampai depan pintu rumah.Kerja kuat sungguh nak sara anak isteri. Sekarang pak kamal tak main dah motorsikal , dia ada 3 van untuk angkut tong gas dan 13 orang pekerja. Gudang pun dah ada. Maju

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Kau ada facebook. Kau tengok kawan lama kau hari-hari update bisnes online dia. Hari-hari up meriah sungguh dia berniaga. Kau pandang sebelah mata. Satu ketika kau balik kampung terserempak dengan dia. Jauh berubah dah kacak bergaya. Khabarnya hujung tahun nak tanggung emak dia pergi haji. Kau masih hari-hari update meroyan di facebook

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Ayuh bangkit. Mulakan sahajalah dengan apa yang ada. Mulakan sahajalah dengan apa jua cara kemahiran yang kau pandai. Buatlah sesuatu. Ingat ada banyak mulut di rumah yang perlu disuap

Ulat dalam batu boleh hidup. Kau pernah nampak ke tak banyak juga ulat yang mati tak boleh hidup? Rezeki milik Allah , hak Allah. Hak kau?hak kau usaha dan ikhtiar , bukan goyang kaki update keluh kesah di fb

Kalau tak mulakan hari ini, bila lagi?
Bahagia tu kan kita yang pilih

Love & Faith
abuya


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu