bahejabella: 09/17/15

Bela kucing halau tikus

Aku ok je dengan kucing. Makhluk Tuhan juga. Comel. Sekurang-kurangnya boleh halau tikus kat dalam rumah. Boleh menakutkan tikus-tikus yang banyak kali terserempak lalu lalang dalam rumah. Geram pun ada. Risau jugak virus kencing dia tu. Kalau ada kucing dalam rumah , memang tikus tak ada. Boleh dikatakan , hampir tak ada langsung. Pupus atau depa dah jadi kaum nomad hidup berpindah randah ke tempat lain. Tapi satu je tak tahan dengan kucing, part kalau kencing berak dalam rumah , memang tak tahan. Sebab tu la tak bela. Kat sekolah kalau kucing berak dalam kelas , walaupun dia tak berakal, boleh tahan angin jugak aku. Korang yang bela kucing jom tengok bahasa kucing ni. Perhatikan ekornya

Bahasa kucing


versi Melayu
Versi Melayu

Versi Indonesia
Versi Indonesia

Versi Barat
Versi Barat