bahejabella: June 2015

RESIPI BERBUKA PUASA MUDAH - TAUHU POKET SOTONG

Bahan-bahan dan cara nak masak resipi berbuka puasa mudah tauhu poket sotong ni senang sahaja. Sediakan tauhu , ayam , sotong , carrot dan telur


tauhu
tauhu , buang isi dan bentukkan poket tauhu

ayam dan sotong
ayam dan sotong

Ayam dan sotong , potong  kecil-kecil , blend kedua-duanya , jangan sampai terlalu lumat. Tambah lada sulah , serbuk lada hitam , sedikit garam  dan sos barbeqeu

inti tauhu poket
inti tauhu poket , campurkan ayam dan sotong yang telah di blend tadi bersama isi tauhu yang telah dibuang ,
tambah carrot dan telur 

sedia untuk di goreng
masukkan adunan inti ke dalam tauhu poket , sedia untuk di goreng


sedang di goreng
tauhu poket sotong yang lazat sedang di goreng , goreng sampai garing

sedia untuk dihidang dan dimakan
tauhu poket sotong sedia untuk dihidang dan di makan

tauhu poket sotong enak dimakan bersama sos cili
enak dimakan bersama sos cili


SELAMAT MENCUBA RESIPI BERBUKA PUASA MUDAH , TAUHU POKET SOTONG YANG ENAK DAN LAZAT , RANGUP DI LUAR , RAPUH , JUICY DI DALAM


abuya


RESIPI SAHUR RINGKAS

Jika entry hits resipi berbuka puasa mudah ialah coconut shake vanilla istimewa , resipi sahur ringkas pun menggunakan cinch shake juga tetapi dengan olahan yang berbeza


1 - CINCH SHAKE LATTE , SEDIKIT MILO DAN NESTUM . SEMUANYA DISATUKAN DAN SHAKE SAHAJA. DUA BIJI BUAH JAMBU SEBAGAI HIASAN DAN ALAS PERUT

cinch shake latte mix
cinch shake latte mix

2 - CINCH SHAKE LATTE , CINCH SHAKE VANILLA DAN ENERGIZING SOY PROTEIN . SEMUANYA DISATUKAN DAN SHAKE SAHAJA


cinch shake mix
cinch shake mix

Inilah resipi sahur paling ringkas , mudah dan cepat untuk disediakan. Kalau terbangun lambat , dua minit sebelum imsak atau azan subuh pun , tak perlu risau , pergi dapur dan shake sahaja. Tak sampai  seminit ,selesai. Kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Membantu diet dan ibadah puasa yang lebih berkualiti



Apa cerita sahur ya? Ermm teringat satu tahun tu , banyak sangat agaknya mentekedarah juadah semasa berbuka , sampai senak perut , kenyang yang amat , nak tidur pun susah. Mengiring ke kiri gelisah , mengiring ke kanan pun gundah. Akhirnya dapat satu idea , untuk melawaskan kesenakan perut , aku pergi cari buah , selongkar peti sejuk , terjumpa buah limau. Pekena dua bijik buah limau sebelum tidur. Agak membantu

Alkisah selepas itu berazam mahu diet (lah sangat), taknak makan banyak semasa berbuka , konon tak nak sentuh nasi , masa sahur pun sama. Makan kuih-kuih je. Tapi gemuk... tetap. Akhirnya berazam lagi tak nak langsung sahur. by hook or by crook tak nak bangun bersahur

Sampai satu ketika , waktu hening dinihari , mak kejutkan kami adik beradik untuk makan sahur. Semua bangun. aku je yang malas nak bangun . Ye lah dah berazam kan tak nak sahur. Tapi lain pulak yang jadi. Entah kenapa tiba-tiba mak menangis. Selalunya tak begitu. Katanya mak, sampai hati tak nak bangun. Mak masak penat-penat. Aku buat-buat tak dengar je rintihan mak. Berdosanya la rasa. Kalaulah mak boleh faham isi hatiku , yang aku tak nak sahur sebab nak diet , alangkah baiknya

Itu cerita lama , zaman jiwa remaja yang memberontak. Zaman semua kehendak harus diikuti. Tapi kita tak tahu , mak dah buat segala-galanya yang terbaik untuk anak-anak kan. Sekarang dah dewasa (tapi tetap awet muda), jadi ayah orang , suami orang , matang dah. Teringat kejadian sahur  tu , rasa bersalah terngiang-ngiang membuatkan kita tak sampai hati lagi nak melukakan hati mak , sang ratu hati aku , syurga aku



Kalau hidup sebarang hidup , kera di hutan pun hidup. Manusia ini hamba , hamba Allah. Kerja hamba untuk tuan. Ikut arahan dan perintah tuan. Ada aturan hidup. Nak tak nak wajib buat. Antara yang diperintahkan ialah berpuasa. Hidup hamba untuk beribadah. Setiap sesuatu yang dilakukan diniatkan ibadah. Puasa ialah salah satu tuntutan untuk menyempurnakan darjat ketaqwaan

MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN


Az-Zaariyat , ayat 56
Az-Zaariyat , ayat 56
Maksudnya: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia,melainkan agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zaariyat: 56)

Ramadhan kareem , Allahu Akram. Ramadhan datang lagi. Puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Rukun-rukun ni menda yang wajib buat. Kalau tak buat , tak jadi orang Islam. Ramadhan bulan yang padanya diwajibkan berpuasa bagi ummat Islam. Tuntutan teristimewa hanya kepada ummat Nabi Muhammad Sollallaahu 'Alaihi Wasallam. Bulan padanya dibukakan semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh. Bulan yang diturunkan AlQuran. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr , malam terlebih baik dari seribu bulan

Ramadhan ini satu madrasah. Universiti untuk tarbiah diri , melentur nafsu agar tidak sentiasa diturutkan , menunduk ego kesombongan. Bukankah sedikit sombong sahaja membawa kepada neraka Allah? Tidakkah manusia itu mengambil pengajaran teladan dari kematian raja namrud yang sombong angkuh akhirnya mati hanya dengan serangan nyamuk yang kecil? 

KEWAJIPAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa” (Al -Baqarah:183)


PUASA REHATKAN PERUT , JANJI KEGEMBIRAAN

Sepanjang 11 bulan perut bekerja , makan, makan dan makan , akhirnya tiba satu bulan perut dan sistem seisinya perlu mengambil rehat. Rehat di siang hari sahaja. Cantik benar aturan dan janji Allah
kepada orang yang berpuasa apabila menjanjikan dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Allah

PUASA UNTUK BERSEDERHANA

Puasa ajar kita erti syukur dan menambah lebih kesyukuran. Menahan lapar dan dahaga di siangnya bukanlah syarat untuk kita terlalu berbazar-bazaran di petangnya. Belilah yang seada dan sekadarnya. Jika semua jenis juadah yang dijual itu kita terasa nak makan , bergilir-gilirlah hari untuk membelinya. Bukan sekali harung nak hadap , kan. Bulan puasa mengajar kita tentang peduli. Peduli lebih tentang orang lain. Peduli ibu bapa di rumah , ahli keluarga. Peduli dan prihatin lebih akan keperluan dan hajat fakir miskin , anak yatim atau kelandangan , mungkin?

KENANGAN PUASA DI MESIR

Menjelang setiap kali Ramadhan , selain kenangan indah waktu kecil , saya memang selalu terkenang suasana puasa Ramadhan di Mesir. Tempoh puasa lebih lama berbanding disini. Hampir 15 jam. Musim panas pulak tu. Sungguh menguji keimanan

Di asrama kami , waktu berbukanya tak perlu gundah gulana untuk memasak atau membeli juadah. Tiada bazaar Ramadhan arab. Ramai dermawan dan hartawan di sana berlumba-lumba menaja juadah berbuka termasuk lah ke asrama kami. Kami hanya perlu turun ke surau dan mengambil makanan berbuka. Jimat , bukan?

Kelas dan kuliah pula di musim Ramadhan ini majoritinya ditangguhkan. Suasana Ramadhannya hidup. Lampu-lampu indah berkelip di sana sini. Malam-malam hari pula , kami mengambil kesempatan untuk bertarawih di berlainan masjid. Di serata Cairo itu kami terjah masjid-masjid yang berbeza. Ada yang perlu berjalan kaki sahaja. Ada yang perlu menaiki bas. Nak cari masjid yang cepat habis tarawihnya memang jarang jumpa la sebab majoritinya Imam baca panjang-panjang untuk habiskan 30 juzuk AlQuran

Selamat berpuasa , semoga amalan kita semua diterima Allah
abuya

#Cabaran20Hari #Day1
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

MENU BERBUKA PUASA

Masih di rumah mak, gotong royong masak untuk berbuka puasa. Gathering ramai-ramai syok sungguh

Menu berbuka puasa di rumah mak

budu
budu , tambah durian

sup tulang
Sup tulang

nangka muda rebus
Nangka muda rebus cinta

ikan goreng
ikan goreng kasih sayang


Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!

Balik kampung , berbuka dengan mak dan sekalian adik beradik memang heaven kan. Meriah macam raya dah. Mak pasti bahagia seribu bukan kepalang terpancar di kedut matanya , wajah kasih sayangnya. Mak masakkan kami lala masak lemak. Sedap yang amat. Paling rare ada sambal kuinin air tangan kasih sayang mak. Perghhhh sungguh heaven

sambal kuinin mak
sambal kuinin mak

POTRET

Biasalah kalau balik rumah mak , tak sah kalau selalu saja aku menyelongkar album gambar kenangan lama. Terutama sekali belek-belek gambar arwah ayah , my forever first hero

album lama yang rare
album lama yang rare

JAUH , TERBAWA LUKISAN HATIMU , HILANG MENCARI DIMANA KAU PERGI



ayah
ayah
Ayah memang true first hero kami. Ayah bekas askar. Tapi ayah tak didik kami dengan ketenteraan ala gerila atau komando di rumah. Ayah kadang-kadang dilihat tak banyak cakap pun. Dalam hati ada taman bunga. Cool sahaja selalunya. Ayah , aku rindu!

ayah
ayah

Selepas ayah pencen askar , ayah kerja dengan pejabat pertanian , jadi pemandu. Gaji tak banyak mana. Tapi kami saksi ayah banyak berkorban untuk kami. Melindung kami. Ayah orang pertama ajar aku main badminton. Ketika kecil , malam nya tiada elektrik di rumah (black out) , selalu kami berkumpul dan ayah mulakan cerita lawaknya 

Pernah sekali ketika ayah pergi berkebun , entah macam mana kaki ayah terkena parang hingga tembus isi betis. Pernah juga ketika bulan puasa , ayah hanya berbuka dengan dua tiga biji buah duku kerana komitmen bisnes, ayah kena tunggu tauke hantar barang di kedai sampai lewat maghrib. Malam-malam raya selalu saja rutin aku ikut ayah hantar barang perabot ke rumah customer sampai pukul 3 pagi malam raya. Ayah , aku rindu. Sangat rindu

Walau ayah tak sempat melihat aku kahwin dan berkeluarga. Tapi aku tahu ayah bahagia jika melihat makin ramai cucu ayah sekarang. Aku bawa semangat ayah dalam memandu bahtera keluarga. " A father can be a mother too"

Paling tak boleh lupa tersemat kukuh dalam ingatan dan perasaan , 2008 ayah pergi, menghembus nafas akhir dalam pangkuan aku. Pelukan aku

Allah , ampun dosa ayah segala. Permudahkan urusan alam barzakh ayah sana. Tempatkan dia dalam golongan beriman, beramal soleh. Redhailah dia walau sekecil-kecil amalannya. Aku saksi ayah dah jadi ayah terbaik untuk kami

Love and faith
abuya

Engkau masih berpeluk tubuh dan mengeluh semata , engkau kata ekonomi makin mencengkam , tekanan cukai segala cukai buat kau tertekan , sedang hutang masih keliling pinggang

Jiran kau pagi-pagi selepas tahajjud barang dua rakaat , mohon petunjuk Allah, terus ke dapur , masak nasi lemak tiga empat round menggunakan satu periuk , masak dengan ikhlas nak meniaga , nak jual kat orang biar orang dapat makan sedap macam yang kita nak makan. Ada dalam 100 bungkus nasi lemak daun pisang hantar kat 3 kedai makan. Tengah hari sikit kutip hasil , jual seringgit je pun sebungkus . Sehari berhasil RM 100. Sebulan tolak campur bahagi modal dan upah tauke kedai , dapatlah RM 1700 untung bersih

Engkau? masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Orang bangla sebelah kampung kau kerja bina rumah , ala-ala buruh kasar , gigih tak kenal penat. Sebulan boleh pos duit kat family dia di bangladesh RM 2500

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Orang Nepal jiran sebelah rumah orang bangla tadi , fasih berbahasa melayu , dulu-dulu kerja kat kedai runcit nun seberang jalan itu. Sekarang dah jadi tauke kedai runcit. Hasil tak jutawan tapi boleh survive. Kawan diorang ada pulak yang jadi tauke kedai telefon

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Makcik zainab , sepupu mak jah tinggal dekat jugak dengan rumah sewa orang nepal tu tak ada sijil , ijazah segala. Anak ramai masih bersekolah. Makcik zainab ambik upah lipat baju kat rumah orang , upah seringgit untuk 3 helai baju. Upah extra jika mahu pakej iron baju sekali. Dia suruh anak dia sebar-sebarkan tampal iklan merata. Hasilnya tak lumayan berlonggok , tapi cukup nak bagi anak-anak makan,pakai,belanja sekolah. Mula-mula ambil upah lipat baju di rumah penghulu. Lama-lama khidmat dia tersebar luas. Dulu makcik zainab naik basikal tua sahaja. Sekarang lega dah boleh pakai wira aeroback second hand

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

pak kamal yang kau kenal sedari kecil selalu kau nampak angkut tong gas atas belakang motorsikal. Orang kampung nak gas untuk memasak, telefon je pak kamal , terus sampai rumah dengan tong gas baru. Servis tip top. Call , 20 minit sampai depan pintu rumah.Kerja kuat sungguh nak sara anak isteri. Sekarang pak kamal tak main dah motorsikal , dia ada 3 van untuk angkut tong gas dan 13 orang pekerja. Gudang pun dah ada. Maju

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Kau ada facebook. Kau tengok kawan lama kau hari-hari update bisnes online dia. Hari-hari up meriah sungguh dia berniaga. Kau pandang sebelah mata. Satu ketika kau balik kampung terserempak dengan dia. Jauh berubah dah kacak bergaya. Khabarnya hujung tahun nak tanggung emak dia pergi haji. Kau masih hari-hari update meroyan di facebook

Engkau?masih berpeluk tubuh dan mengeluh

Ayuh bangkit. Mulakan sahajalah dengan apa yang ada. Mulakan sahajalah dengan apa jua cara kemahiran yang kau pandai. Buatlah sesuatu. Ingat ada banyak mulut di rumah yang perlu disuap

Ulat dalam batu boleh hidup. Kau pernah nampak ke tak banyak juga ulat yang mati tak boleh hidup? Rezeki milik Allah , hak Allah. Hak kau?hak kau usaha dan ikhtiar , bukan goyang kaki update keluh kesah di fb

Kalau tak mulakan hari ini, bila lagi?
Bahagia tu kan kita yang pilih

Love & Faith
abuya


COCONUT SHAKE VANILLA ERA BAHARU

Tercari-cari resipi mudah, cepat , segera dan mengenyangkan untuk berbuka? Ni dia resipi baru coconut shake vanilla yang sangat lazat , sihat , kenyang lebih lama dan termasuk dalam program inch-loss nutrisi. Hasilnya sangat menakjubkan , boleh di buat berbuka puasa , moreh dan bersahur. Dan sememangnya inilah menu sahur saya setiap hari. Kenyang , bertenaga bertahan sepanjang hari. Perut pun tidak didatangi gastrik



coconut shake vanilla era baharu
coconut shake vanilla era baharu

BAHAN-BAHAN COCONUT SHAKE VANILLA ERA BAHARU

1 - Air kelapa muda 

2- Cinch Shake Vanilla

3- Susu cair

4 - Ais krim

CARA MEMBUAT COCONUT SHAKE VANILLA ERA BAHARU


Sangat mudah , blend sahaja semua bahan di atas , terpulanglah jika anda mahu menambah ais kiub

coconut shake vanilla era baharu
coconut shake vanilla era baharu


3 RASA CINCH SHAKE


pilihan cinch shake
cinch shake ada 3 rasa yang enak , vanilla , coklat dan latte

MANFAAT CINCH SHAKE

1 - Meal replacement , rasa puas , kenyang yang lebih lama
2 - Menu segera sarapan sihat, berbuka , moreh atau bersahur (hanya perlu shake sahaja)
3 - Tinggi kandungan serat , 6 gram setiap hidangan
4 - Non GMO , soya yang tidak diubah suai/ tidak melalui proses genetik
5 - Glisemik rendah untuk mengekalkan paras gula yang normal
6 - Pilihan suplimen terbaik dalam program diet anda
7 - Membantu mengurangkan inci yang tidak diingini
8 - Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa proses mengurangkan berat badan supaya badan tidak menggeleber
9 - Membantu meningkatkan metabolisme
10 - Kaya dengan protein
11 - Membantu kawal nafsu makan atau mentekedarah
12 - Membantu tingkatkan tenaga
13 - Lazat tanpa perasa tiruan


cinch shake
cinch shake





Allah Maha Penyembuh


Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director


INFO LANJUT :-

FB : Muhammad Nizam

sms/whatsapp : 013-976-1627
emeil : alluana35@gmail.com
Dalam bisnes shaklee , macam-macam gelagat manusia yang ditempuh , macam-macam orang yang kita jumpa. Antara ramai-ramai yang kita jumpa tu ialah orang sekampung , semukim , sedaerah kita. Antara yang selalu saya follow dan stalk facebook dia ialah yang menggunakan nama aneng hitches. Kagum juga dengan pencapaian dan teknik marketing dia sehingga membuatkan saya nak private message dia untuk menarik sedikit aura yang ada padanya. Satu lagi sebab utama terprivate message ialah nak minta keizinan testimoni vitamin c dirinya sendiri. Dalam pada duk tersembang tu , sempat saya berseloroh pada dia minta dia jangan la balik kampung dulu , tumpukanlah kat lembah klang nun di sana. Nanti saya tak boleh cari makan kat sini. Hehehe

VITAMIN C TERBAIK

testimoni vitamin c shaklee
testimoni vitamin c shaklee

Dulu katanya dipanggil orang asli , sekarang dah berseri-seri. Itulah yang selalu diceritakan orang mengenai puan aneng ini. Hebat kan vitamin c shaklee



vitamin c shaklee
vitmin c shaklee


15 KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE

1 - Murah , mampu milik , berharga 55 sen sahaja sebiji

2 - Jimat penggunaan shingga  5 - 6 bulan
3 -  Antioksida berkeupayaan tinggi - membantu mencegah jangkitan dan selesema...
4 - Diekstrak daripada kanji jagung , 1 tablet vita c plus bersamaan 500 g yang bersamaan nilai khasiat 7 setengah biji buah oren.. ( sanggup nak makan 7 biji setengah buah oren sekaligus? )
5 - Vitamin C Shaklee yang dihasilkan mempunyai bentuk molekul sama saperti yang terdapat dalam buah sitrus
6 - Mengandungi bahan semulajadi seperti bioflavonoids, hesparidin dan rose hips untuk meningkatkan fungsi vitamin c
7 - Membentuk kolagen dan mencerahkan kulit ( pilihan paling tepat jika tidak mahu membeli kolagen shaklee )
8 - Membantu menghilangkan kedut dan jeragat , awet muda
9 - Membantu merawat kulit kasar dan kering
10 - Membantu memperbaiki sistem pendarahan seperti gusi berdarah
11- Membantu meningkatkan sistem imun .. ( saya kalau rasa simptom awal nak demam , memang telan vita c shaklee ini , In sya Allah lega )
12 - Vitamin C dalam set berpantang penting dalam pembinaan tisu penghubung untuk mencantum semula tisu yang koyak semasa proses bersalin
13 - Vitamin C dalam set berpantang juga berfungsi membantu memelihara kelenjar dari tekanan dan kecederaan termasuk kelenjar susu
14 - Vitamin C dalam pakej resdung pula membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol (salur pernafasan )
15 - Pengganti dadah histamin (yang selalunya digunakan untuk merawat resdung)


VITAMIN C HARGA MURAH SEHINGGA HUJUNG BULAN JUN!!!


PROMOSI VITAMIN C SHAKLEE
promosi vitamin c shaklee



Allah Maha Penyembuh


Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director


INFO LANJUT :-

FB : Muhammad Nizam

sms/whatsapp : 013-976-1627
emeil : alluana35@gmail.com


PHILOSOPHY OF 70%

The day we pass away, our money will still be in the bank...

When we are alive, we feel we don't have enough money to spend..

When we are gone, there is still a lot of money not spent..


A Chinese tycoon passed away..

He left for his widow $1.9 billion in the bank..

The widow remarried her young Chauffeur.

The Chauffeur said,
"All the while I thought I was working for my boss. 
Now only I realize that my boss was all the time working for me!"


Moral Of The Story?

It is more important to live longer than to have more wealth..

• Strive to have a strong and healthy body..

• In a ‘high end’ hand phone, 70% of the functions are useless...

• In an expensive car, 70% of the speed is not needed..

• In a luxurious villa, 70% of the space remains un-occupied or un-utilized..

• In a whole wardrobe of clothes, 70% of them are seldom worn...

• Out of whole life’s earnings, 70% stays behind for other people to use...
70% of talent is not utilized


So, How to make full use of our 30%.?

• Go for medical checkup even when you feel fit..

• Drink more water even if you’re not thirsty..

• ‘Let go’ your ego, whenever you can..

• ‘Give in’ even if you are ‘right’...

• Be humble even if you are very powerful...

• Be contented even if you are not rich...


Have a very good Life !!!


End




***************************************************************************




* sumber rujukan primer tidak dijumpai 

Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

 

 Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan


Jadi, apa tunggu lagi?


Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:

1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)

2. Facebook page
Helenz Signature Official

3. Instagram
@helenzofficial

4. Website
www.helenz.my

Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O

Khas untuk pembaca bahejabella.com, saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM 130 sahaja. SANGAT BERBALOI kan? 

Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu. . Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja 

Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'.

 Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373

Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini. . Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu
Malaysia syurga makanan. Pelbagai jenis makanan di seluruh dunia boleh jumpa di sini , tak perlu lagi terbang jauh-jauh untuk merasa makanan Turkey , Arab style , Chinese , Indian style lagi banyak , Jawa , Jepun , Korea , Barat dan banyak lagi

Sebut saje, Nasi Mandy . Kimchi , Chapati , Sushi , Daging dendeng , Steak dan macam macam.
Belum campur beraneka juadah Melayu popular yang terkenal dengan masakan beradunan santan , minyak dan cukup lemak manis serta rempah ratus itu. Nasi lemak , sate , ketupat , nasi kerabu , nasi dagang , mee rebus , ayam masak lemak , masak rendang , kuew teow. Nak sebut sampai tak muat entry ni nanti

CARA BAKAR KALORI 

TAHUKAH ANDA berapa jumlah kalori yang diambil untuk setiap hidangan ? TAHUKAH ANDA macam mana pula cara nak bakar kalori? TAHUKAH ANDA berapa banyak pilihan yang ada UNTUK BAKAR KALORI-KALORI tu?

NI CONTOH makanan popular dan PANDUAN PILIHAN CARA NAK BAKAR KALORI
Ada beberapa contoh untuk mudahkan anda baca. Dan saya buat untuk berat badan yang average , 50 KG , 60 KG  dan 70 KG..

Mari kita tengok :-

nasi lemak
1 PINGGAN NASI LEMAK ( 260 G )
BERSAMAAN 475 KCAL

Untuk membakar 475 kcal yang diambil, anda perlu melakukan salah satu aktiviti fizikal seperti berikut :-

 BERAT
 BERJALAN
 BERLARI
 BERENANG
 BERBASIKAL
 50 KG
 126 MINIT
 67 MINIT
 90 MINIT
 72 MINIT
 60 KG
 105 MINIT
 56 MINIT
 75 MINIT
 60 MINIT
 70 KG
 90 MINIT
 48 MINIT
 64 MINIT
 51 MINIT


nasi kerabu
1 PINGGAN NASI KERABU ( 260 G )
BERSAMAAN 310 KCAL

Untuk membakar 310 kcal yang diambil, anda perlu melakukan salah satu aktiviti fizikal seperti berikut :

 BERAT
 BERJALAN
 BERLARI
 BERENANG
 BERBASIKAL
 50 KG
 82 MINIT
 44 MINIT
 59 MINIT
 47 MINIT
 60 KG
 68 MINIT
 36 MINIT
49 MINIT
39 MINIT
 70 KG
 58 MINIT
 31 MINIT
42 MINIT
33 MINIT


ketupat
KETUPAT PULUT 1 BIJI (50 G) BERSAMAAN 130 KCAL

Untuk membakar 130 kcal yang diambil, anda perlu melakukan salah satu aktiviti fizikal seperti berikut :

 BERAT
 BERJALAN
 BERLARI
 BERENANG
 BERBASIKAL
 50 KG
 34 MINIT
 18 MINIT
 24 MINIT
19 MINIT
 60 KG
 28 MINIT
 15 MINIT
20 MINIT
16 MINIT
 70 KG
24 MINIT
 13 MINIT
17 MINIT
14 MINIT

itu kalau 1 bijik ketupat , kalau 10 bijik..? haaaa.. darab la sendiri

bihun goreng
BIHUN GORENG  , 1 PINGGAN ( 170 G ) BERSAMAAN 295 KCAL

Untuk membakar 295 kcal yang diambil, anda perlu melakukan salah satu aktiviti fizikal seperti berikut :

 BERAT
 BERJALAN
 BERLARI
 BERENANG
 BERBASIKAL
 50 KG
78 MINIT
 42 MINIT
56 MINIT
44 MINIT
 60 KG
 65 MINIT
 35 MINIT
46 MINIT
37 MINIT
 70 KG
56 MINIT
 30 MINIT
40 MINIT
32 MINIT



pulut kuning
PULUT KUNING , 1 SENDUK ( 50 G ) BERSAMAAN 130 KCAL

Untuk membakar 130 kcal yang diambil, anda perlu melakukan salah satu aktiviti fizikal seperti berikut :

 BERAT
 BERJALAN
 BERLARI
 BERENANG
 BERBASIKAL
 50 KG
34 MINIT
18 MINIT
24 MINIT
19 MINIT
 60 KG
28 MINIT
15 MINIT
20 MINIT
16 MINIT
 70 KG
24 MINIT
13 MINIT
17 MINIT
14 MINIT




sate
5 CUCUK SATE (80G) BERSAMAAN 200 KCAL

Untuk membakar 200 kcal yang diambil, anda perlu melakukan salah satu aktiviti fizikal seperti berikut :

 BERAT
 BERJALAN
 BERLARI
 BERENANG
 BERBASIKAL
 50 KG
53 MINIT
28 MINIT
38 MINIT
30 MINIT
 60 KG
44 MINIT
23 MINIT
31 MINIT
25 MINIT
 70 KG
37 MINIT
20 MINIT
27 MINIT
21 MINIT

Itu kalau 5 cucuk sate...? Kalau 10 cucuk...? anda tentukan.... he he



roti canai
ROTI CANAI KOSONG , 1 KEPING ( 95 G ) BERSAMAAN 300 KCAL

Untuk membakar 300 kcal yang diambil, anda perlu melakukan salah satu aktiviti fizikal seperti berikut :

 BERAT
 BERJALAN
 BERLARI
 BERENANG
 BERBASIKAL
 50 KG
79 MINIT
42 MINIT
57 MINIT
45 MINIT
 60 KG
66 MINIT
35 MINIT
47 MINIT
38 MINIT
 70 KG
56 MINIT
30 MINIT
40 MINIT
32 MINIT

kalau berat anda 60 KG... MAKAN 2 KEPING ROTI CANAI..? mahunya kene 70 minit berlari..kan



cendol
CENDOL , 1 GELAS (200 G) BERSAMAAN 215 KCAL

Untuk membakar 215 kcal yang diambil, anda perlu melakukan salah satu aktiviti fizikal seperti berikut :

 BERAT
 BERJALAN
 BERLARI
 BERENANG
 BERBASIKAL
 50 KG
57 MINIT
30 MINIT
40 MINIT
32 MINIT
 60 KG
47 MINIT
25 MINIT
34 MINIT
27 MINIT
 70 KG
40 MINIT
21 MINIT
29 MINIT
23 MINIT


ANDA.. DI KATEGORI MANA YE..? ermmmm....

Untuk lebih banyak pilihan , boleh cuba cek berat badan anda , apa yang anda makan dan ketahui lebih lanjut cara mudah nak bakar kalori di portal rasmi KKM ni :-


AWAS..!! kalori yang diambil terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, sangat la memudharatkan





Allah Maha Penyembuh


Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director


INFO LANJUT :-

FB : Muhammad Nizam

sms/whatsapp : 013-976-1627
emeil : alluana35@gmail.com