12 August 2015

Jangan tak tau , rangkaian shaklee dimintai seluruh pelosok dunia, seantero Malaya dan segenap lapisan masyarakat termasuk lah kaki pukul

Kali ini seorang blogger kaki pukul yang cukup terkenal dalam kalangan team kbba , blogger senior yang menggelarkan dirinya "kak long kawasan". Bunyi nickname tu macam seriau menyeramkan je kan, tapi akak ni baik hati. Buat tawaran baik punya untuk dapatkan pencuci serbaguna basic h yang berbaloi, murah dan jimat itu , terus bersetuju nak beli. Haa macam tu lah baru geng, kan

Tengok tu perjalanan dan cabaran semasa deal dengan kak long kawasan ni

BILA KAKI PUKUL MAHU BELI PENCUCI
BILA KAKI PUKUL MAHU BELI PENCUCI

bila dah sampai
bila dah sampai , good servis katanya

BASIC H , PENCUCI SERBAGUNA TERBAIK

Basic H ni si pencuci serbaguna. Nama pun dah serbaguna , maka serbaguna dan pelbagai juga la kegunaannya. Testimoni paling epik ialah mampu mencuci kasut sekolah anak-anak tanpa perlu menyental dan memberus sekuat hati


BASIC H
BASIC H

cuci kasut
cuci kasut

cuci pinggan mangkuk ,kuali tanpa perlu menyental
cuci pinggan mangkuk ,kuali tanpa perlu menyental
KREDIT TESTIMONI kepada rakan-rakan penyumbang testimoni dalam kalangan keluarga besar shaklee


Untuk lebih penjimatan dan keuntungan , kita digalakkan untuk beli terus satu set get clean yang turut mengandungi basic h ini. Set get clean termasuklah dishwash dan laundry ini sangat digemari oleh oprah winfrey dan telah di reviewkan dalam rancangan popularnya, oprah winfrey talkshow

oprah's favourite things
oprah's favourite things

BACA : SELEBRITI DAN SHAKLEE

Terima kasih kak dila (kak long kawasan) kerana sudi membeli dengan saya. Saya jual ye. Jom jalan-jalan blog beliau http://www.saidila.com/  . Akak ni jual simkad prabayar murah tau (ONEXOX). Jom cuba. Berbaloi-baloi

http://www.saidila.com/
http://www.saidila.com/

Tu header blog dia , tagline kami hampir sama. Bahagia-bahagia je. Tapi kita punya tagline ada dalam tweet tun mahathir. Hehe

http://www.bahejabella.com/
http://www.bahejabella.com/





Bernutrisi dan konsultasi percuma ?


Muhammad Nizam Yusof
Founder & Director : NZ World Kingdom

INFO LANJUT :-


SMS / WHATSAPP 013 976 1627
Emeil ; [email protected]
FB : Muhammad Nizam

AJARAN SIMPLE MAK YANG DIINGATI

Ye , mak is everything. Syurga aku. Walaupun mak tak sekolah tinggi , tapi didikan dan asuhan dari kecil amat berharga sekali sampai la diingati , kekal dan lekat tabiat tu sampai dewasa , walau dah besar panjang pun sekarang. Terima kasih syurgaku , mak

BASUH PINGGAN SELEPAS MAKAN

Antara hal-hal yang mungkin di pandang remeh ialah basuh pinggan sendiri selepas makan. Ni memang mak suruh sejak kecil , semua adik beradik kami kena buat. Basuh pinggan dan gelas sendiri selepas makan. Tak kira la lelaki ke perempuan. Kalau tak basuh atau mak nampak saja pinggan siapa-siapa yang makan tak basuh , siap la kena marah. Mak ada sisi tegasnya. Kalau ayah yang tak basuh pinggan , ok la kan. Tu kira bonus la untuk seorang ayah setelah seharian penat mencari nafkah

Pernah satu ketika selepas makan berjemaah , time nak angkat pingkat aku ke dapur , mak suruh angkat pinggan mak sekali. Oleh kerana ingat dan patuhnya ajaran mak (basuh pinggan sendiri), sampai saja di sinki , aku memang hanya basuh pinggan aku sahaja. Tak basuh pun pinggan mak yang aku angkat tadi tu. Punya la mak kecil hati dengan aku. Rasa bersalah sangat, padahal satu pinggan je pun, kan. Nasib baik la tak jadi macam batu belah , batu bertangkup

Ajaran ini lekat dan kekal diamalkan sampai dewasa , menikah dan beranak pinak. Pada hari pertama aku di rumah mertua , masa aku basuh pinggan selepas makan tu , banyak mata yang memerhati termasuk la mak dan tok dia. Alahai pelik sangat ke kalau basuh pinggan sendiri? Bukan terjadi pondan pun kalau basuh sendiri. Dan bukan saja-saja buat rajin depan mertua , dah itu memang tabiat dari kecil. Ok apa. Kalau tak basuh sendiri , rasa macam malu pulak sebab orang lain akan bersihkan sisa-sisa makanan atas pinggan yang kita mentekedarah tu

Aku jadi pantang pula tengok orang makan , tak basuh pinggan. (maaf , ni bukan bajet bagus ye). Duk main longgok je dalam sinki. Paling teruk lagi , main tinggal atas meja macam tu je. Tak boleh ke angkut sekejap sampai sinki (dan basuh sekali)? Bukan berat pun. Isteri bukan orang gaji. Mak bukan hamba abdi


makan di restoran
makan di restoran
Gambar selingan sahaja. Kalau makan di kedai , dah rasa terlebih rajin , silakanlah basuh


PAKAI SELIPAR

Satu lagi ajaran simple mak yang kekal diamalkan sampai sekarang ialah , pakai selipar dalam bilik air atau tandas. Itu kan tempat kotor atau kurang bersih. Apatah lagi kalau di bilik air itu juga tempat kita mengambil wudhu'. Yakinkan kita benar-benar besuci atau berwudhu' tanpa memakai selipar? Malang sekali , sesetengah masjid atau surau pun tidak menyediakan selipar. Sudah la tak sediakan selipar , ada pula label di pintu masuk tandas tu larangan memakai selipar/sila buang selipar di luar

Dah dewasa sekarang , kalau nak pergi bercuti ke , nak ke mana-mana tempat yang perlu bermalam , rumah kaum kerabat saudara mara atau hotel ke , memang aku bawa selipar. Kalau tertinggal , sanggup singgah kedai runcit atau stesen minyak semata-mata nak beli selipar jepun. Murah je pun. Kalau dihitung-dihitung , banyak juga koleksi selipar jepun yang ada ni

Sampai je kat rumah saudara mara , tak kira lah tandas canggih mana pun, kalau tak ada selipar dalam toilet , ermm memang aku keluarkan selipar jepun sendiri. Dengan harapan tuan rumah tak kecil hati. Time nak pulang , aku ambil je la balik selipar tu , tak pun sedekahkan aje. Kalau nak pergi hotel , memang wajib bawak. Almaklumlah , kite pergi tempat-tempat bercuti yang biasa-biasa je , majoritinya memang tak disediakan selipar di dalam bilik air / tandas tu kan. Kita ni memang cerewet bab tu , ye lah , mana nak basuh berak kencing anak lagi, kawasan tu juga la nak ambil wudhu'. Kau rasa, bersih?



selipar jepun
selipar jepun


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu