RESIPI POPIA BASAH

RESIPI POPIA BASAH

Post makanan lagi di hari akhir bulan September. Sebab korang suka tengok makanan di hari cuti kan. Teringat tatkala bermaustautin seketika di Lembah Pantai masa mula-mula kahwin dulu, pergi pasar malam area-area kat situ semata-mata untuk cari popia basah. Itulah pertama kali telan popia basah. Selama ni tengok dalam dalam tv atau internet saja. Tak tahulah masih wujud ke lagi popia basah sedap di pasar malam area situ. Ni dah alang-alang jumpa resipi popia basah, kita abadikan lah dalam diari hatiku ini.. kihkih



Resepi Popia Basah 


Bahan-Bahan Popia Basah:


Bahan Kulit –

- 2 cawan tepung gandum
-1 biji putih telor
- 3/4 cawan air
- 2 sudu makan cuka
- secubit garam


Bahan Inti Popia –

-1/2 biji kobis – di racik halus
-3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
-1 biji sederhana bawang besar
-3 ulas bawang putih
-1 sudu besar sos tiram
-1 sudu makan udang kering
-garam secukupnya
-minyak untuk menumis


Bahan Sos Sambal –

-15 tangkai cili kering
-1 biji bawang besar
-5 ulas bawang putih
-1 sudu besar gula perang
-2 sudu besar kicap manis
-minyak untuk menumis
-garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

Kacang kisar – jika suka

Cara Membuat Popia Basah:


Kulit Popia –

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.


2. Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.


3. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak melekat.


Inti Popia –


4. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.

5. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.



Sos Sambal –

6. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.

7. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.

8. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.


Tips:

cara penyediaan popia bergantung pada citarasa. Jika anda hendak letakkan sambal dahulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pun boleh. Ikut selera anda.


ehh macam lain jer popia ni.. ni vietnam punya stail pulak.. ermm boleh laa tekak ni terima, sedap!


KREDIT SEPENUHNYA RESIPI POPIA BASAH KEPADA

@PeriukKitaResepiKita
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com