Pau Yang Tak Sedap

Pau Yang Tak Sedap

Dalam dunia ni ada bermacam-macam jenis pau. Pau ayam, daging , sardin, barbeque, pau kacang, pau sekaya. Pau yang mula jadi trending satu dua tahun lepas time bulan puasa pula ialah pau cendawan

Bagi aku, pau yang menarik dan sedap ialah pau yang intinya tak bercampur dengan ubi. Inti 100% mengikut nama jenis pau yang diberi. Kalau ayam, ayam lah, kalau daging, daginglah. Ni sesetengah tempat yang jual pau ayam contohnya... ayamnya tak jumpa sangat, 90% intinya pulak ialah ubi. Ermm memang potong mood betul la nak makan

Kalau budak-budak ni dulu masa kecil boleh la diberi pau sekaya atau kacang sebab kurang pandai memilih lagi. Dah besar sekarang hurmm memang pau ayam ajer la sajiannya. Kadang-kadang bukan makan pau pun, makan inti ayam saje, pau tu disuruhnya abuya habiskan

Tapi pau yang tak sedap abuya nak khabar ni bukan pau makanan. Tapi kena pau (paww) dengan budak-budak ni haa. Biasala kan, kalau masuk tempat membeli belah, pantang nampak segala macam menda alah yang menarik, mesti nak suruh beli. Bukan setakat mainan, dari makanan merapu sampailah ke buku kartun. Tapi abuya kadang bertegas jugak, tak boleh ikut semua, nanti naik lemak. Kalau sampai kena marah, marahkan ajer lah


ni nak mengikut sangat abuya cari barang.. dah besor pun feeling kecik nak duduk dalam tu lagi


ni baru 2-3 hari lepas.. abuya nak cari tepung buat cekodok jer pun, tapi nak kena pusing satu Giant tu haa sambil layan budak kecik ni pot pet pot pett.. heh he

dah penat pusing-pusing... dah dapat apa yang dihajati tu haa.. kita rilekss laa dulu. Mujur ada tempat sikit nak lepak

Semakin Anda Terpekik Semakin Anda Dijauhi

Semakin Anda Terpekik Semakin Anda Dijauhi

Kali ini tentang rasa. Rasa ingin didengari dan diakuri. Rasa keakuan yang tinggi bila butir-butir kata tersembur dari manis bibir yang kadang kala bertanam tebu, kadangkala berhempedu

Rasa keakuan itu meronta-ronta dari dalam benaknya dada dan getar suara, meminta-minta sang pendengar agar dengarilah aku, fahami ceritaku, patuhi bebelanku, akurilah leteranku, rasailah sakitnya kisahku

Bukan kamu sahaja yang punya 1001 cerita. Bukan perit hidupmu sahaja yang perlu insan lain turut rasa. Bukan amarahmu sahaja yang orang lain perlu fahaminya. Bukan suaramu sahaja orang terpaksa hadam dan dengar. Duduk semeja usah monopoli, dunia ini bukan tentang kamu sahaja. Bukan fasal apa rasa kamu sahaja. Kamu ingat kamu siapa?




Belajar lah untuk menjadi pendengar setia. Beri insan lain peluang untuk berkongsi kisah mereka. Mereka juga punya banyak cerita. Banyak rasa. Semakin kamu cuba untuk mendengar, semakin itulah kamu akan didengari, dirasai dan didekati. Mendengarlah untuk didengar

Semakin anda cuba untuk terus terpekik, terjerit, bertempik bingit, semakin itulah anda akan dijauhi... dan mungkin dibenci. Semakin anda memaksa-maksa orang lain untuk dengari anda, semakin itulah anda akan tidak didengari. Percaya ini

Bangkit Bersama Traveloka Di KL2017

Bangkit Bersama Traveloka Di KL2017

Tahun 2017 menjadi  salah satu tahun penting yang akan diingati buat Malaysia yang bakal memahatkan sejarah kegemilangan dengan penganjuran Sukan SEA yang hebat . Lihat saja lah acara malam pembukaan rasmi Sukan SEA KL2017 yang begitu meriah warna warni, penuh gilang gemilang

Malaysia menjadi tuan rumah Sukan terbesar di Asia Tenggara ini buat kali ke 29 (KL2017) , berlangsung dari 19 Ogos sehingga 31 Ogos 2017

Bangkit Bersama Traveloka Di KL2017


Korang mesti dah tahu kan yang Traveloka menjadi salah satu penaja rasmi untuk KL2017? Ya, kali ini Traveloka menjadi Official Online Travel Partner untuk KL2017. Tak sah la kan kalau sukan tanpa pingat. Tahukah anda siapa yang menaja ribuan pingat emas di KL2017 kali ini? Ya sudah tentu lah Traveloka. Traveloka merupakan rakan penaja rasmi yang menaja pingat emas untuk Sukan Sea kali ini



Bangkit Bersama Traveloka Di KL2017
Bangkit Bersama Traveloka Di KL2017


Singgah Booth Traveloka dan Menangi Hadiah Bernilai RM200000


Haa..korang kalau ke KL2017 ni, jom singgah ke booth Traveloka di Bukit Jalil. Manalah tahu kot rezeki berpeluang dan bertuah untuk menang hadiah lumayan yang diorang offer tu kan. Macam-macam peraduan dan game best disediakan untuk pengunjung. Banyak kupon travel pulak tu untuk direbut. Booth dibuka setiap hari sehingga 30 Ogos 2017. Waktu operasi bermula 10.00 pagi hinga 10.00 malam. Jommm!

Livestream Traveloka

Kali terakhir Sukan Sea dianjurkan di negara kita ialah pada tahun 2001. Ingat lagi time tu baru lepas SPM. Tahun itu era kegemilangan raja pecut Asia Tenggara yang berasal dari Terengganu, Nazmizan Muhammad. Masa tu kebetulan boleh tengok live kat tv dan bersorak riuh dalam rumah. Livestreaming semua ni belum trending sangat lagi

Agak ralat juga sebenarnya kalau time sukan kita minat sangat nak tengok, tapi time tu juga lah kita tak ada kat rumah, depan tv dan bersorak. Tak pun tengah bekerja

Jangan risau, korang boleh tonton secara live KL2017 ni melalui page Traveloka Livestreaming  DISINI. Baru lah tak terlepas acara sukan yang korang minat,kan. Dalam pada duk livestreaming ,sambil tu boleh gak layan peraduan pun banyak dalam page tersebut. Boleh la cuba

Promosi Hello Malaysia


Promosi Hello Malaysia
Promosi Hello Malaysia


Sepanjang kehangatan Sukan Sea ke 29, KL2017 ini, Traveloka juga mengadakan promosi diskaun sehingga 40% untuk tempahan tikat dan hotel. Waaahhh giler kentang punya best promosi. Bukan senang nak dapat diskaun travel banyak gitu


Antara promosi dari Traveloka. Jangan lepaskan peluang, pilih destinasi korang dan booking la sekarang! Berbaloi-baloi

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com