Alahai Sedapnya Ketupat Rendang

Alahai Sedapnya Ketupat Rendang

Aku kalau terhidang ketupat, pulut gaul nyiur (kelapa parut) dengan ikan kukus goreng, pulut kuning, ketupat sotong, kuih seri muka.. hurmm memang susah la nak tolak.. Kihkih. Kalau tolak pun.. pulut shushi. Tak main laa pulut pulut luar negara ni. Style je lebih, tapi tak sedap pun. Yang tempatan jugak la yang paling sedap dan kena dengan tekak

Sekarang ni pulak sejak setahun dua kebelakangan ni dah mula berkenab dengan lemang periuk kera. ermm sedapp amat

lemang periuk kera... tempah dengan orang kampung kat sekolah.. hehe


Alkisah minggu lepas time balik kampung, kakak ada masak rendang daging satu kuali besar. Mengidam agaknya. Ermm menggoda betul rendang tu apatah lagi tengah siang hari berpuasa

Aku tanpa membuang masa, tanpa toleh kanan kiri terus mentapau rendang daging tu satu bekas tupperware. Ketupat beli kat bazaar Ramadhan aje


Hasil kejadiannya begini la. Berbuka dan bersahur pun dengan menu ni je.. hehe


Keesokan hari bila tengok ketupat masih ada banyak lagi.. kita goreng la ketupat tu. Berbuka dan bersahur dengan menu ni jugak. Buang sarung dan goreng, baru terangkat! Kalau kat gerai kebanyakan diorang goreng dengan sarung sekali, tu tak terangkat sangat

Kita raya awal dulu ye.. hehe


Sakitnya Gigitan Cinta Itu

Sakitnya Gigitan Cinta Itu

Dulu masa sebelum kakngah  bella dilahirkan, memang kasih sayang sepenuhnya untuk kakak baheja tanpa berbelah bahagi. Sebelum kakngah lahir pun, memang dah nampak tanda-tanda kakak nak cemburu apabila kakak baheja banyak meragam dan nangis-nangis

Saat kakngah bella lahir, kasih mula dikongsi. Kakak baheja selalu cubit dan gigit adik dia ni (bella). Ye lah , baru first time ada adik kan. Dia mungkin nak bermanja, bermain dan bergurau senda. Mungkin nak jaga adik. Tapi tak kena cara dan abuya yakin kakak tak tahu pun cara dia tuu tak betul

saat berdua

Sekarang, kakngah dah besar. Dah nakal-nakal sikit. Kalau dia tak puas hati dengan kakak baheja, dia pulak yg gigit kakak dia. Dah laa gigi tajam. Lepas gigit boleh pulak dia ketawa berdekah-dekah tanpa rasa bersalah

Kakak hanya mampu menangis dan meraung. Nak balas semula memang tak mampu dah sekarang. Banyak redha dan mengalah je. Dia pun dah mula takut dengan adik dia ni sorang. Abuya pening nak jadi pengadil. Abuya cuba tahan bertukar jadi singa walaupun kadang-kadang terjadi jugak.. haha



#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com