22 June 2016

Selamat berpuasa. Salam Nuzul Quran. Lagi resipi mudah berbuka puasa hari ini. Untuk tahun ni dah masuk siri ke tiga resipi mudah berbuka puasa selepas kambing masak blackpepper sedap  dan wrap and roll . Semuanya mudah-mudah , simple dan ringkas. Asal tengok apa yang ada stok dalam peti je... boleh on the spot idea masak. 

Resipi Mudah Berbuka Puasa : Ikan Kerisi Goreng Sedap

Kali ni resipi termudah untuk berbuka puasa ialah ikan kerisi goreng... haaa.. ikan goreng pun boleh buat entri. Ikan goreng bukan sebarang ikan goreng tau, ni nak habaq rahsia kasi ikan kerisi goreng tu sedap dan unik...(unik sangat)

Banyak gak duk intai resipi-resipi ikan kerisi goreng dalam google tu. Semuanya menarik , tasty and lovely. Ada yang campur serbuk ikan, kari, daun kari, siap blend bawang + serai, ada yang masuk cili boh.. Ermmmm sedap kan. Tak ada lah rasa kunyit kosong saja

Bahan yang rahsia (rahsia lah sangat) nak bagitahu dari tadi ialah.... asam jawa! Ye.. asam jawa. Korang pun mesti dah pernah buat ni. Chef-chef buat-buat pejam mata je la resipi ni ye. Kataaa.. mudah. Ni untuk anak dara dan teruna yang baru nak belajar masak.. hehe


Bahan-bahan :

Ikan kerisi
Serbuk kunyit
Garam
Asam jawa

Cara masak :

1. Bersihkan ikan , buang isi perut , potong insang, JANGAN BUANG SISIK.. sisik tu la signature ikan kerisi..kan..kan
2. Belah bahagian belakang ikan
3. Gaul/sapu/ratakan/sebatikan ikan tu dengan kunyit, sedikit garam dan asam jawa
4. Goreng sampai garing
5. Makan dengan nasi panas, side ordernya sambal kicap bawang pun sedap!

*asam jawa tu jangan la banyak nawww.. kang terlebih masam pulak.. 

Selamat berbuka puasa!

BOLEHKAH MOPIKO DIGUNAKAN UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN?

Jawapan : TIDAK BOLEH

Sama seperti Vicks Vaporub, Mopiko juga mengandungi Camphor yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius iaitu sawan (convulsion).

Selain Mopiko, terdapat ubat sapu jenama lain yang boleh digunakan untuk mosquito bite/insect bites yang tidak mengandungi camphor. 

Jadi, sekiranya anak anda berumur kurang dari 2 tahun, elakkan Mopiko ya!



BOLEHKAH VICKS VAPORUB DIGUNAKAN OLEH KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN?

Jawapannya TIDAK BOLEH.

Ini kerana Vicks Vaporub mengandungi Camphor yang boleh menyebabkan kesan sampingan serius iaitu sawan (convulsion).

Jadi, ibu bapa take note ya. Untuk bayi berumur 3 bulan ke atas, ibu bapa boleh gunakan Vick Baby Balsam kerana ianya tidak mengandungi Camphor. Ia sesuai untuk bayi seawal 3 bulan sehingga kanak-kanak 5 tahun.




Rasa bersalah tak share.. Harap info ini dapat membantu ibu bapa semua :)..


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu