17 November 2017

Sebentar tadi terbaca kisah yang viral. Kisah benar yang datangkan keinsafan dan memberi pengajaran kepada manusia yang masih hidup. Jenazah yang berusia 12 tahun lamanya, kini mahu dipindahkan kuburan

Maha suci Allah apabila didapati ia masih sempurna. Tidak reput dan cukup sifat. SubhanAllah. Sungguh, kebesaran Allah tiada siapa mampu dustakan. Jauh di sudut hati, cemburu sungguh dengan jenazah ini. Bagaimana pula ya jenazah kita nanti?

Aku kongsikan disini ya

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak...

12 Tahun mak pergi mengadap Illahi....jenazah mak elok..masih dlm keadaan kiam..kain kafan mak tak koyak...bantal dan tali masih ada...susuk bdn mak jelas dipandangan mata kami yg menyaksikan tadi...cukup sifat..dan tak berbau Allahuakhbar....maha suci Allah

Dia wanita yg lembut...xsuka mengata org lain..xsuka mencerca org lain..mak sgt mudah mengalirkan air mata...hati nya bak tisu mudah terkoyak...setiap cerca org mak bls dgn senyuman dan air mata...dgn suami mak bersabar...

Dan siapa sangka dlm kepadatan tanah perkuburan bukit alip.....mak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah....maha suci Allah

Setelah 12 tahun mak pergi....Allah beri aku 'sesuatu'....tentang hidup ni..hati ini..keinsafan ini...

Maaf andai perkongsian ini mjadi kalian tidak selesa...ttp jadikanlah ianya sbg iktibar dan ingatan agar kita terus berusaha membaiki hati dan amal kita...maaf dr sy insan yg jahil....

Pemindahan kubur ini kerana tanah perkuburan ini telah diambil bagi projek pembangunan...semua jenazah dipindahkan ke tanah perkuburan mengikut kehendak waris....wallahualam

Cari redha Allah

#pesan #ustazdusuki
#ikimfm

 


SUMBER ASAL : PUAN AMINA JASMINE


AlFatihah untuk arwah ibu puan amina jasmine dan semua ibu bapa kita yang masih hidup atau telah pergi


Ada harinya kamu berdua menangis dan sangat sukar dibendung, hinggakan kedua-dua belah tangan dan bahu aku belum cukup untuk menenangkan kamu, tapi satu yang kamu harus tahu aku dah cuba lakukan yang terbaik

Ada harinya, kamu sangat memerlukan disiplin yang lebih berbanding hari-hari biasa, ia akan berakhir dengan sedikit kedukaan di hati dan air mata untuk kamu dan aku. Tapi satu yang harus kamu tahu , aku dah cuba yang terbaik





Ada hari aku merasa sangat letih dan kamu berdua masih memerlukan lagi satu permainan bersama sama aku. Aku ketiduran sendiri, hanya mendengar suara kamu saling bergaduh. Aku dah cuba lakukan yang terbaik

Ada harinya, makanan yang dihidang tidak menepati pun citarasa kamu. Walaupun semahal mana tempat makan yang kita pergi, kamu masih mengingati dan menggemari kicap di rumah.  Walaupun ia sepatutnya mengguriskan perasaanku, tapi kamu harus tahu aku  dah lakukan yang terbaik


Ada hari aku tak sempat mengusap dahimu ketika tidur dan mencium pipimu di waktu pagi. Tapi kamu harus tahu perit sungguh rasa kesal semua itu. Aku dah cuba lakukan yang terbaik

Ada harinya aku tak sempat menghadirkan diri di hari-hari istimewamu di sekolah. Tak dapat merakam video dan gambar saat indahmu. Tapi kamu harus tahu aku dah cuba lakukan yang terbaik


Kamu masih baby girl abuya, kelmarin, hari ini dan selama lamanya


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu