Selamat petang. Lama tak buat entri resipi ringkas. Kebetulan petang pra-final Malaysia ni teringat-ingat kat roti canai segera yang ada dalam peti ais.
Ok la , nama pun roti canai telur cheese. Bahan-bahan sudah tentulah roti canai (yang segera je saya guna) , telur dan cheese
Korang dah biasa beli kan? Roti canai telur segera ni sedikit berbeza dengan roti canai segera kosong tu. Roti canai telur ni macam ada lapisan yang boleh dan harus dibuka semasa menggoreng untuk meletakkan telur didalamnya. Kalau roti canai kosong segera tu kita goreng macam tu sahaja, kan
Buka lapisan roti canai dan masukkan dalam kuali panas, letak sedikit sahaja majerin, masukkan telur
Agak-agak cheese dan sedikit cair dan telur pun dah masak , tutup kembali lipatan roti canai
Gulai ayam tu pun baru beli kat kedai tadi. Selamat menikmati dan menjamu selera dengan jayanya. Lepas ni bakar kalori pula. Tak pun telan 2 biji phytocol
Ok la , nama pun roti canai telur cheese. Bahan-bahan sudah tentulah roti canai (yang segera je saya guna) , telur dan cheese
![]() |
keluarkan roti canai dari peti ais |
![]() |
sedang digoreng |
![]() |
masukkan cheese |
![]() |
tutup lipatan |
![]() |
roti canai telur cheese sedia dihidang |
![]() |
banjirkan dengan kuah gulai ayam |
Gulai ayam tu pun baru beli kat kedai tadi. Selamat menikmati dan menjamu selera dengan jayanya. Lepas ni bakar kalori pula. Tak pun telan 2 biji phytocol