04 January 2017

Hari pertama dan kedua sesi persekolahan tahun ni di sekolah boleh balik awal kerana risiko air banjir makin naik di kawasan sekolah. Rupanya hari ketiga pun sama. Masih tak dapat memulakan pengajaran dan pembelajaran pada tahun baru ni

Dan hujan lebat, ribut kecil dan angin kuat yang berterusan sejak pagi sampailah ke malam pada hari ketiga (3 Januari 2017) telah mengakibatkan banjir besar melanda sekurang-kurangnya di 3 daerah negeri Terengganu iaitu Setiu, Besut dan Hulu Terengganu. Di Kelantan pun sama, bah besar dan garang

Malah di beberapa tempat, ia dikenalpasti berlaku lebih besar dari tahun 2014

Banjir Di Setiu (Bandar Permaisuri)


salah sebuah sekolah di Setiu, SK Merbau Menyusut

Depan Petronas


Depan Kedai Zua (Gudang Pemborong)

Depan Shell

Bangunan yang menempatkan pejabat YB Dato' Sabri

Tarom

Dek kerana banjir yang melanda, beberapa jalan telah ditutup pada hari ini untuk kenderaan ringan. Ada jalan yang terputus hubungan antaranya di Sungai Tong, Bandar Permaisuri termasuklah juga jalan menuju ke sekolah aku

ni haa jalan nak ke sekolah aku...
kau rasa?

Setakat berita semalam yang didahului oleh sidang akhbar tuan Pengarah JPN Terengganu, sebanyak 24 sekolah akan ditutup pada hari ini (Rabu, 4/1/2017) termasuklah sekolah aku


Tapi sejak Subuh sampailah ke petang, diiringi hujan masih berterusan, telah menjadikan sebanyak 63 buah sekolah ditutup di seluruh negeri. Baca SINI

Sekitar Banjir Besar di Sekolah aku... 









Semoga banjir kali ini tersembunyi seribu satu hikmah buat semua. Semoga Allah gantinkan dugaan banjir ini dengan nikmat yang lebih baik. Harap-harap banjir surut la esok hari hendaknya

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu