bahejabella: 12/22/16

Cuti sekolah bakal berakhir tak lama lagi. Namun masih ada kesempatan untuk manfaatkan baki cuti untuk anak-anak berkumpul di kampung, rumah tok diorang. Jumpa sepupu sepapat seramai 20 orang ni. Tak termasuk yang belum keluar lagi tu

Yer la, nak jumpa lama-lama bila lagi kan. Sedar-sedar diorang sesama sendiri dah besar, dah hilang suasana riuh, suara kanak-kanak, suara baby kecil, suara tok membebel. Time cuti panjang ni lah plan terbaik untuk semua tu. Kalau tak selalu jumpa masa ni, nanti makin segan dan kekok atau mungkin tak kenal

semua kawan-kawan main buai kat luar...tinggal lah kakngah naurah salsabeela ni tengah layan perasaan sorang-sorang

Tapi, kak ngah ni kan kalau dah balik kampung jumpa sepupu sepapat yang ramai tu, kita mak pak dia ni pun dah tak kenal, tak hirau sangat. Asyik nak berkepit dengan kawan-kawan jer (sepupu)

"nak tido ngan tawan-tawan (kawan2)"
" nak mandi ngan tawan-tawan"
" nak main ngan tawan-tawan"

naura & kauthar

Seronok budak-budak ni, riuh rumah tok dibuatnya. Kadang-kadang pukul 12 lebih tak tdor lagi haa.. Sekali tok diorang keluar bilik bagi amaran suruh tidur, hurmm baru semua berkeliaran nak masuk bilik dan tutup tv. Kalau tidur kat luar pun, sekali dengar suara tok dari dalam bilik, baru la diorang ni semua nak diam..huhu

kakak baheja dengan sebahagian sepupu gotong royong bersihkan rumah.. esok ada majlis aqiqah sepupu baharu diorang.. 

macam-macam mainan zaman sekarang ni ye... entah apa yang diorang sebut.. aku dengar cocola the shake ayoyo ayoyo

gituu laa aksi masing-masing time ngadap tv...

inilah yang paling heaven di dunia ini.. masakan tok diorang... cukup dengan ikan panggang tawar dan air asam legend... dulu, kini dan selamanya