Menu Musim Banjir

Menu Musim Banjir

Hujan berterusan hampir seminggu. Banjir sana sini. Ribut dan angin kuat menumbangkan beberapa gerai di Pantai Batu Buruk. Hakisan macam biasa tiap-tiap tahun berlaku di Pantai Mengabang Telipot. Nak keluar rumah jalan jauh-jauh sikit macam agak kurang sesuai 

Duduk rumah melantak je la kerja sambil siapkan kerja sekolah yang tak habis-habis lagi ni. Apatah lagi duk lepak kat kampung bagaikan syurga juadah air tangan mak.. haha


western laa sekali sekala... 
makaroni bakar

itik masak kurma

paling terangkat di kala hujan renyai-renyai yang mendamaikan.. pulut gaul nyiur (kelapa parut) matching dengan ikan kukus

pulut sesi kedua

yang ni pun boleh tahan.. 
bubur jagung durian


Semoga rakan-rakan yang menghadapi musibah dan dugaan banjir di kawasan mereka tabah dan kuat. Hati-hati
CONTOH REFLEKSI PDPC BAHASA ARAB

CONTOH REFLEKSI PDPC BAHASA ARAB

Contoh refleksi adalah rujukan untuk rakan-rakan guru yang mengajar bahasa arab


إن عملية التعليم والتعلم قد تحققت الهدف المنشود
Sesi PdP telah mencapai objektif/target yang diingini

 يستوعب التلاميذ جميع المستويات التعليمية و التعلمية
Murid-murid dapat menguasai kesemua aras PdP

يستوعب التلاميذ جميع المهارات المدروسة
Murid-murid dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari


يستوعب التلاميذ مهارات التعليمية المُركزة
Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif


 يستوعب التلاميذ أهداف التعليمية مع عشرة منهم يجيدون فيها
Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target


 خمسة من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي نتاج التعلم
5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran


عشرة من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي أهداف التعليمية
10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran


 شارك التلاميذ فى الانشطة التعليمية مشاركة ايجابية و ممتعة
Murid-murid telah menyertai aktiviti PdP dengan jayanya


عدم مشاركة بعض التلاميذ مشاركة فردية في الأنشطة التعليمية لضيق الوقت

Sebahagian murid-murid tidak terlibat dalam aktiviti PdP kerana kesuntukan masa


 يبدو التلاميذ غير مشوقين فى الأنشطة التعليمية لعدم استخدام الواسائل المعينة الرائعة / المناسبة / ذات جزّابة .
Murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian


يبدو بعض التلاميذ غير مشوقين فى الأنشطة التعليمية لعدم استخدام الواسائل المعينة الرائعة / المناسبة / ذات جزّابة .
Sebahagian murid2 kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian

 غياب بعض التلاميذ في الفصل لحضورهم برنامج خارج الفصل
Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas

تأجيل عملية التعليمية و التعلمية لحضور المعلم الى مشاورة / اجتماع المعلمين
PdP ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru


تأجيل عملية التعليمية و التعلمية لحضور المعلم الى برنامج خارج الفصل.
PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas


تأجيل عملية التعليمية و التعلمية لحضور المعلم الى برنامج خارج المدرسة .
PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah


عملية التعليمية و التعلمية لا تجري في مدّة موعدها الكاملة لمانع ما لا بدّا منه
Aktiviti PdP tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan

 يحتاج الى اعادة بعض الأنشطة التعليمية لعدم استيعاب التلاميذ في أهداف التعليمية
Sebahagian aktiviti PdP perlu diulang semula kerana murid-murid tidak menguasai objektif pembelajaran


Luahan Guru Mengenai SKPMg2

Luahan Guru Mengenai SKPMg2

Ermm.. entahlah. Kadang-kadang aku keliru tugas guru atau kerani? Di kala ini, saat cuti akhir tahun sudah bermula, aku pasti ramai dalam kalangan rakan-rakan guru seluruh negara yang dikerah menyiapkan eviden segala eviden untuk Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

Pembuat dasar hanya duduk di kerusi empuk lagi mewah nun dalam bilik berhawa dingin di Putrajaya. Yang letihnya? pelaksana dasar yang entah berapa kali berubah-rubah apabila berubahnya menteri

Bukan lah mahu merungut atau mengeluh dengan bebanan tugasan, tapi agak-agak lah.  Lebih sadis ada rakan-rakan guru yang bertugas sebagai pengawas SPM, terkejar-kejar kembali ke sekolah sejurus tugasan pengawas SPM demi menyiapkan sekalian banyak eviden yang diperlukan untuk SKPMg2 ini. Balik rumah? entah jam berapa!


parodi

Jom baca luahan rasa rakan-rakan guru yang ditulis dalam komen facebook Menteri Pendidikan, Dato' Seri Mahdzir Khalid. Yang melaluinya sahaja akan faham. Korang yang duk kondem tuu cuba jadi cikgu sekali tengok!













Mujurlah ada pengumuman terbaharu dari Menteri Pendidikan. SKPMg2 akan ditangguh ke tahun 2018. Ia sedikit sebanyak melegakan sesak dada dan nafas. Sekurang-kurangnya di musim cuti akhir tahun ini

Jenazah Ibu Selama 12 Tahun Masih Sempurna, Kain Kafan Tidak Reput, Jenazah Masih Cukup Sifat Dan Tidak Berbau

Jenazah Ibu Selama 12 Tahun Masih Sempurna, Kain Kafan Tidak Reput, Jenazah Masih Cukup Sifat Dan Tidak Berbau

Sebentar tadi terbaca kisah yang viral. Kisah benar yang datangkan keinsafan dan memberi pengajaran kepada manusia yang masih hidup. Jenazah yang berusia 12 tahun lamanya, kini mahu dipindahkan kuburan

Maha suci Allah apabila didapati ia masih sempurna. Tidak reput dan cukup sifat. SubhanAllah. Sungguh, kebesaran Allah tiada siapa mampu dustakan. Jauh di sudut hati, cemburu sungguh dengan jenazah ini. Bagaimana pula ya jenazah kita nanti?

Aku kongsikan disini ya

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak...

12 Tahun mak pergi mengadap Illahi....jenazah mak elok..masih dlm keadaan kiam..kain kafan mak tak koyak...bantal dan tali masih ada...susuk bdn mak jelas dipandangan mata kami yg menyaksikan tadi...cukup sifat..dan tak berbau Allahuakhbar....maha suci Allah

Dia wanita yg lembut...xsuka mengata org lain..xsuka mencerca org lain..mak sgt mudah mengalirkan air mata...hati nya bak tisu mudah terkoyak...setiap cerca org mak bls dgn senyuman dan air mata...dgn suami mak bersabar...

Dan siapa sangka dlm kepadatan tanah perkuburan bukit alip.....mak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah....maha suci Allah

Setelah 12 tahun mak pergi....Allah beri aku 'sesuatu'....tentang hidup ni..hati ini..keinsafan ini...

Maaf andai perkongsian ini mjadi kalian tidak selesa...ttp jadikanlah ianya sbg iktibar dan ingatan agar kita terus berusaha membaiki hati dan amal kita...maaf dr sy insan yg jahil....

Pemindahan kubur ini kerana tanah perkuburan ini telah diambil bagi projek pembangunan...semua jenazah dipindahkan ke tanah perkuburan mengikut kehendak waris....wallahualam

Cari redha Allah

#pesan #ustazdusuki
#ikimfm

 


SUMBER ASAL : PUAN AMINA JASMINE


AlFatihah untuk arwah ibu puan amina jasmine dan semua ibu bapa kita yang masih hidup atau telah pergi


Kamu Masih Baby Girl Aku

Kamu Masih Baby Girl Aku

Ada harinya kamu berdua menangis dan sangat sukar dibendung, hinggakan kedua-dua belah tangan dan bahu aku belum cukup untuk menenangkan kamu, tapi satu yang kamu harus tahu aku dah cuba lakukan yang terbaik

Ada harinya, kamu sangat memerlukan disiplin yang lebih berbanding hari-hari biasa, ia akan berakhir dengan sedikit kedukaan di hati dan air mata untuk kamu dan aku. Tapi satu yang harus kamu tahu , aku dah cuba yang terbaik





Ada hari aku merasa sangat letih dan kamu berdua masih memerlukan lagi satu permainan bersama sama aku. Aku ketiduran sendiri, hanya mendengar suara kamu saling bergaduh. Aku dah cuba lakukan yang terbaik

Ada harinya, makanan yang dihidang tidak menepati pun citarasa kamu. Walaupun semahal mana tempat makan yang kita pergi, kamu masih mengingati dan menggemari kicap di rumah.  Walaupun ia sepatutnya mengguriskan perasaanku, tapi kamu harus tahu aku  dah lakukan yang terbaik


Ada hari aku tak sempat mengusap dahimu ketika tidur dan mencium pipimu di waktu pagi. Tapi kamu harus tahu perit sungguh rasa kesal semua itu. Aku dah cuba lakukan yang terbaik

Ada harinya aku tak sempat menghadirkan diri di hari-hari istimewamu di sekolah. Tak dapat merakam video dan gambar saat indahmu. Tapi kamu harus tahu aku dah cuba lakukan yang terbaik


Kamu masih baby girl abuya, kelmarin, hari ini dan selama lamanya


Orang Belanja Pergi Jepun Buat Kali Kedua

Orang Belanja Pergi Jepun Buat Kali Kedua

Walaupun kalau la boleh disenaraikan tempat travel yang ingin pergi, Jepun, Korea, Cina, Hong Kong, Thailand dan sewaktu dengannya bukanlah pilihan utama dijejaki. Orang kata tak eager sangat nak pergi

Mungkin jugak dalam kepala duk fikir susah nak cari tempat makan dan berkomunikasi di sana.. hehhe. Tapi kalau orang dah belanja tiket free, mana boleh tolak....kannnn. Belasah je la asal boleh jenjalan. Siapa mau kasikkk

Macam semalam, kiranya masuk kali ni dah dua kali sampai di Jepun. Tapi, bukan aku lah yang sampai nye pun. Blog bahejabella ni je yang sampai ke sana  dikirimkan oleh angin bayu membawa diriku




Thank you aben , taiko blog yang sudi snap blog picisan kita kat Jepun sana.. hehe. Lain kali buat lagi ye. Dahh korang pergi baca story Jepun dia tu ha KLIK SINI LAH

Kali pertama dulu header blog bahejabella ni sampai Jepun dan Paris KAT SINI HAHH story dia. Aagitttuuu

Tempat terbaharu yang bahejabella.com sampai tu katanya dinamakan Ouchi Juku. Terletak di Fukushima. Antara tempat yang sering disinggahi oleh travellers. Tuu aku baca wikipedia. Macam menarik pulak, kan. Ermmm

Syoknya Baring Atas Peha

Syoknya Baring Atas Peha

Abuya baru balik kerja rileks rileks dulu. Anak bujang ni duk golek-golek sorang diri, pusing-pusing sampai la dia jumpa peha abuya tu






Terus dia berangan sampai ke awan. Syok sangat laa tu kan. Tahulaa kaki abuya gebu
KEPUTUSAN UPSR 2017

KEPUTUSAN UPSR 2017


Keputusan UPSR 2017 akan diumumkan pada tarikh 23.11.2017 iaitu pada hari Khamis. Hari terakhir persekolahan sessi 2017 bagi sekolah-sekolah di negeri kumpulan A

Tarikh keputusan UPSR 2017


KEPUTUSAN UPSR 2017
KEPUTUSAN UPSR 2017


Calon-calon UPSR 2017 boleh datang ke sekolah masing-masing untuk mendapatkan transkrip keputusan UPSR 2017 bermula pada pukul 10.00pagi pada hari keputusan UPSR 2017 diumumkan


Semakan Keputusan UPSR 2017 Guna SMS


      Taip: 

UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan 
SMS ke 15888

Contoh: 
UPSR T4001A036 sms ke 15888



Semakan melalui SMS ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi, Khamis, 23 November 2017. Ia akan tamat pada pukul 6 petang pada hari Rabu, 29 November 2017


PEKELILING BAHARU KPM : FORMAT PEPERIKSAAN PUSAT UPSR 


Format baharu UPSR ini diperkenalkan bermula tahun 2016

Pekeliling KPM
Pekeliling KPM

Pekeliling baharu KPM , Format UPSR (setakat ini selagi belum ada apa-apa perubahan dari KPM)


SECARA RINGKASNYA , FORMAT BAHARU PEPERIKSAAN BERPUSAT UPSR (10 point penting) ialah :-


1. Keputusan UPSR tetap ABCDE sahaja seperti sebelum ini

2. Gred ABCDEF digunapakai hanya untuk penilaian PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)

3. Keputusan UPSR 100% dari Lembaga Peperiksaan 
( Format 40% dari sekolah , 60% dari Lembaga Peperiksaan yang diwartakan sebelum ini terbatal sepertimana dalam surat pekeliling tersebut)

4. Keputusan PBS 100% dari sekolah

5. UPSR kini 6A ( 6 kertas )

6. PBS mempunyai 3 komponen iaitu :-

- Penilaian berasaskan sekolah
- PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum)
- Ujian Pesikometrik

7. PBS dinilai untuk semua subjek teras dan elektif kssr
- penilaian berdasarkan TAHAP PENGUASAAN dari template data offline

8. Calon UPSR bermula tahun 2016 wajib terima 2 keputusan (sijil) :


1. UPSR - 6A

2. PBS ( 3 komponen)
9. Kertas 2 Matematik mempunyai 15 soalan dengan 60 markah ( masa 1 jam)

10. Kertas 1 Matematik tetap 40 soalan dengan 40 markah. Matapelajaran Sains juga kini mempunyai 2 kertas soalan

Selepas 5 Cawangan Giant, 500 Klinik, 23 CIMB , Kini Mona Din Pula Tutup Semua Butik Hajaba

Selepas 5 Cawangan Giant, 500 Klinik, 23 CIMB , Kini Mona Din Pula Tutup Semua Butik Hajaba


Secara jujurnya, memang aku selalu stalk facebook Puan Mona Din. Pengasas butik jenama Hajaba dan rangkaian produk kesihatan Leesa Formula. Produk berpantang Leesa Formula pernah meletup seiring popularnya Salindah, Sendayu Tinggi dan Nona Roguy di eranya

Aku stalk dan follow Puan Mona Din di fb kerana suka gaya storytelling beliau dan cerita-cerita bisnes yang selalu beliau tulis. Inspirasi gitu

Kini beliau menutup semua rangkaian butik Hajaba. Jom baca tulisan beliau mengapa butik Hajaba perlu ditutup




Pagi ni, tkesan baca berita ni..sesak dada bila fikir tentang ekonomi kita yg makin tenat😢😢

Secara pribadi, saya merasakan perkara ini berlaku apabila bermulanya perlaksanaan sistem GST.

Sebaik ada gst, saya antara industri player yg pertama dpt meramal perkara ini akn berlaku & mngambil tindakan segera unt mngelak kerugian.

Masa tu saya ada few hajaba boutiques di perbagai shopping mall terkenal, di suria klcc, pavillion, bangsar village, alamanda, shah alam mall, sacc, dan byk lagi.

Bila mula kena byr gst, cukup tang part sewa bulanan, ptambahan kos itu saja dah blh buat kita hampir nak pitam .

Bayangkn klu gst satu branch saja dah hampir 4k, dah blh sewa satu lagi kedai shop lot biasa di luar mall kan?

Kalau dah 10 cawangan kena gst?

Dan masa tu pulak, fesyen muslimah dah lebih bsepah dr cendawan tumbuh. Tak cukup semua org juga anak2 muda kita nak buat biz jual online, msia sdg kebanjiran tokey2, penjahit2, penjual2 asing dari india, pakistan & bangladesh. Habis satu masjid india & promo booths di semua hyper markets di conquer depa, mjadikn psaingat terover sengit, dan harga turun merudum !

Those yg bniaga di shopping mall besar, kena byr gst for everythg, tmasuk sewa, dan mcm2 benda lagi, tapi x blh masukkn gst masa jual baju, customers x mau byr, sbb semua kedai2 lain pun x charge gst, kena absorb sendiri !

Dan bila dah absorb, patut nak kena jual brg dgn harga lebih tinggi sikit dr sebelumnya, baru la ok, tapi mana boleh, sbb harga busana muslimah & tudung mencanak turun, semakin murah, sbb di lelong oleh peniaga2 asing yg angkat geng senegara dtg beramai mjahit sendiri lalu mjual dgn harga rendah, di tanah darahku msia.

Dan baju2 moden blouse2 segala yg tgh trending, harga pun sgt murah, mcm main masak2 pulak, semuanya di supply borong dr jakarta & bangkok, 2 pusat paling utama yg mngeluarkn secara pukal.

Kita yg mjahit sendiri di kilang2 di msia, langsung x blh lawan harga, di tambah gst pulak😢

Akhirnya, stelah mcongak2 keadaan semasa & mneropong future, saya tahu ekonomi retail msia esp fashion muslimah akn mjadi sgt tenat, just a matter of time.

So saya & suami ambil kputusan drastik, we want to exit out soonest, sbelum my empire will eat out our cash & savings!

And it took us 2 years to close down all our fashion branches completely. Sbbnya, we have to wait for the contract wt shopping malls to expire. Dan yg masih lama lagi nak habis tempoh, we have to write to them, to pledge to exit, and after many meetings & meeyings, we are allowed to vacant the lot, tapi kena byr denda sikit..tak apa lah, janji dpt tutup, tak pyh pening kepala.

And finally, Alhamdulillah, last year in Oct, we managed to exit fr all malls, relief fr the burdens of gst, dropping of nilai rm, decreasing of sales month to month, kesengsaraan mlihat every mall semakin sepi bkurang pengunjung..

Dan paling saya syukuri, wlu tpaksa tutup Hajaba brand, saya melangkah keluar dr industri dgn penuh klegaan, tanpa mninggalkn sebarang hutang, tanpa lari tutup kedai sebelah mlm, tanpa tidak mbyr gaji pkerja mahupun suppliers.

Saya tutup hajaba dgn penuh bhemah, Alhamdulillah.

Dan kini, saya rasa selesa mnikmati hari2 di umur yg sudah layak bsara, tanpa lagi penat mmikir & mngejar kemewahan dunia. 


Saya just go with the flow, redha dan happy je dgn apa saja rezeki yg saya ada.

Dan saya terus mmerhati dr hari ke hari,, betapa keadaan mjadi semakin sukar kpd ramai peniaga.

Saya hanya mampu mdengar rintihan mereka2, kwn2 baik saya, yg masih dlm industri, dgn penuh rasa mngerti, dan sgt bersimpati.

Ramai dr mereka yg setiap bulan mengalami kerugian, jumlah kutipan sales tidakpun cukup nak byr sewa & gaji pkerja, sedang stok baru tetap perlu ada, klu tidak langsung customers takkan mjenguk ke butik...lalu semua itu perlu mnelan belanja, duit dr savings sendiri, sedihnya...

Dan saya sendiri, wlu ada bberapa jenama yg masih bhutang dgn saya atas bberapa urusan semasa bbisnes fesyen, yg dahpun hampir mmasuki 2 tahun ttunggak, saya masih tidak sampai hati unt mngejar bayaran sepenuhnya.

Kata saya pd mereka, bayarlah sikit2 bila ada untung, insyaAllah klu ada rezeki saya, takkan ke mana...

Untuk rakan2 saya yg masih bbisnez di luar sana, esp di mall, berjuanglah, bjuanglah, bjuanglah, andai itu saja pilihan yg anda ada.

Semoga Allah pmudahkn semua perkara untuk kita semua...amiin

Sumber : MONA DIN




Itu luahan dari sisi seorang peniaga. Tauke besar tu. Tak usah la nak timbal balik, puan mona din mencari alasan dan menyalahkan GST dan pihak lain. Ye, saingan memang sengit. Zaman dah berubah. Tapi wabak GST memang menjadi antara punca utama beliau menutup Hajaba. Korang yang duk kecam tu, positif sangat la kan... mesti suka sangat GST, kann. Positif positif jugak, tapi biarlah bertempat oiii!






Ermmm hairan juga kan, kata sang rejim penguasa, ekonomi kita meningkat dan makin maju. Sebenarnya.... entahlah. Realiti yang boleh dilihat di negeri Terengganu sendiri, hampir semua shop lot di food court Mydin Mall Gong Badak yang dulunya meriah sudah lama tutup. Yang tinggal hanya kedai nasi ayam dan kedai mamak. Kini, banyak shop lot di Giant Gong Badak pula juga bungkus.

Itu belum lagi di kedai-kedai kecil yang lain


KALENDAR CUTI UMUM 2018

KALENDAR CUTI UMUM 2018

Nah, kalendar cuti umum dan cuti sekolah untuk tahun 2018 dah keluar. Boleh la merancang cuti mulai sekarang terutamanya kaki travel. Ataupun nak merancang baby lagi pun boleh. Bajet 2018 baru-baru ni kan bajet mesra kehamilan, katanya.. hehe




JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN , TAHUN 2018



JADUAL HARI KELEPASAN AM 
NEGERI UNTUK TAHUN 2018



#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com