07 July 2015

RESIPI MUDAH BERBUKA PUASA : AYAM KUNYIT SERAI SUKA-SUKA HATI

Mentang-mentanglah entri resipi berbuka sebelum ni hits , kini bahejabella.com kembali dengan satu lagi resipi mudah berbuka puasa. Nama resipi diberi , ayam kunyit serai suka-suka hati. Kaedahnya selongkar peti apa yang ada didalamnya , kemudian campak-campak je dalam kuali. Masak dengan iman , masak dengan hati , sedap sehingga menjilat jari


AYAM KUNYIT SERAI SUKA-SUKA HATI
Ayam kunyit serai suka-suka hati


Bahan-bahan :

bawang besar
bawang putih
serai
kunyit serbuk
daun limau purut
garam dan gula secukup rasa


Cara memasak ayam kunyit serai suka-suka hati :
1- blend bawang besar dan bawang putih
2- panaskan minyak , tumis bawang yang di blend sampai pecah minyak
3 - masukkan serai
4 - masukkan serbuk kunyit
5 - masukkan ayam , garam dan gula secukup rasa (boleh juga tambah sedikit serbuk lada hitam jika mahu)
6 - masukkan daun limau purut dan cili untuk hiasan dan memberi warna
7- hidang dengan penuh kasih sayang

Nantikan satu lagi resipi mudah berbuka puasa dari bahejabella.com esok

Sebarkan bahagiamu!

abuya

TESTIMONI VIVIX

Dengarkan dengan hati , rasakan dengan jiwa. Testimoni vivix yang jarang-jarang diketahui. Cerita pengalaman oleh Puan Zuraifah yang mengidap penyakit sle. Puan Zuraifah lebih dikenali dalam kalangan keluarga besar shaklee ialah , MIA ( Master Iffah Anuar) , seorang sle fighter yang sentiasa positif. Kredit perkongsian testimoni oleh puan zuraifah dan puan nadiah suhaidi yang upload di youtube

Dilahirkan sebagai anak sihat dan pelajar cemerlang. Diduga dengan sakit lupus

Tidak dibayar untuk berkongsi atau menjadi duta

Dengarkan





Allah Maha Penyembuh


Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director


INFO LANJUT :-

FB : Muhammad Nizam

sms/whatsapp : 013-976-1627
emeil : [email protected]


Sebarkan bahagiamu!


Siapa punya cadangan tajuk ni pun tak tahu la. Macam dah kering idea pulak aku nak berkarya. Tetamu raya yang ditunggu-tunggu. Aku pun tahu korang juga tengah kekeringan idea kan? Ermm mengaku je la. Tapi untuk mengekalkan ketegaran berblog , gagahkan diri je lah habiskan semua tajuk yang dicadangkan dan diputuskan

Rumah tok (nenek) di seberang perai utara , sejak keluarga kami ada van nissan vanette , kami sekeluarga selalu balik raya di seberang perai utara, penang setiap tahun. Hari akhir Ramadhan biasanya sibuk , sibuk yang amat. Orang ramai nak beli perabut saat-saat akhir. Berpusu-pusu masuk kedai mak. Tak menang tangan nak melayan. Tak cukup dengan pekerja yang ada, aku , abang dan adik beradik tolong pasangkan perabut . Tak sudah dengan tolong pasang perabut , kami tolong pulak pergi hantar barang perabut dan elektrik dengan lori. Tak cukup lori , dengan van nissan vanette pun boleh muat

Sudahnya sampai lewat malam kami hantar perabut-perabut itu ke rumah pelanggan. Ini senario biasa keluarga kami. Kadang-kadang sampai 3 pagi malam raya pun baru selesai semuanya. Lepas tu barulah kami boleh bertolak ke seberang perai utara. Adakalanya sampai subuh pagi raya. Kadang-kadang , masuk hari raya pertama baru bertolak. Perjalanan pun tak tergesa-gesa sangat

Jadi, tetamu raya yang sentiasa di tunggu-tunggu ialah kami , keluarga kami, untuk lebih memeriahkan raya yang disambut di utara setiap tahun. Dianggap tetamu juga la kan. tetamu rumah tok. Selalunya dua keluarga besar akan pulang ke rumah tok musim raya. Keluarga kami dari Terengganu dan keluarga mak su ( adik mak ) dari Johor. Sekali berkumpul , meriah habis. Teringat benar kenangan pagi-pagi raya kedua atau ketiga , kami pergi cari kepah di hujung Kuala Muda , Seberang Perai tu. Seronoknya. Balik rumah tok , mak ngah masak cucur kepah dan bihun goreng kepah. Aduii lazatnya

Sekarang makngah dan tok pun dah meninggal seminggu sebelum Ramadhan tahun ini , terasa juga kehilangan dan kemeriahan raya kali ini


#Cabaran20Hari  #Day10
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari


DOA DIPERTEMUKAN LAILATUL QADAR

Doa Lailatul Qadar agar dipertemukan dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan itu. Tidak semestinya apabila diamalkan , maka wajiblah kita bertemunya , itu rahsia Allah , hak memperkenan dan memakbulkan itu hak Allah , tugas manusia berdoa , maka berdoa lah 



DOA LAILATUL QADAR
DOA LAILATUL QADAR

" Allahummarzuqna lailatal qadri fi hazihissanati wa fi kulli sanatin "

" Ya Allah , rezekikan kami lailatul qadar pada tahun ini dan pada setiap tahun "


DOA DI SEPULUH MALAM TERAKHIR


DOA SEPULUH MALAM TERAKHIR
DOA SEPULUH MALAM TERAKHIR

Doa ini yang di ajar Nabi supaya memperbanyakkan doa di sepuluh malam/hari akhir Ramadhan

" Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni "

" Ya Allah , sesungguhnya Engkau Maha Memberi Maaf (Pengampun) , Engkau suka memberi kemaafan (keampunan) , maka ampunilah aku "
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu