SYOKNYA  MELANCONG KE BALI DENGAN PAKEJ KOMBO TRAVELOKA

SYOKNYA MELANCONG KE BALI DENGAN PAKEJ KOMBO TRAVELOKA

Dalam hidup ni, antara tempat impian yang aku nak jejak tentulah Maldieves dan Bali. Aku pernah lah jugak bersama family trip menjejaki kaki ke Indonesia tu. Bawak budak-budak naik kapal terbang walaupun diorang kecik lagi masa tu, mungkin diorang tak dapat recall. Alaa.. tempat biasa yang kau orang pernah pergi jugak rasanya, Bukit Tinggi, Padang. First time jugak lah minum air jus alpukat (avocado) sebelum ia tular di Malaysia. Hari-hari pun memang makan nasi padang. Nasi padang original gitu asli dari Padang.

Katanya disana syurga kain sulam semasa bisnes kain sulam trending dan viral satu ketika dulu. Dapatlah juga memborong ratusan kain pasang sulam untuk dijual kat Malaysia ni, Alhamdulillah. 


SYOKNYA  MELANCONG KE BALI DENGAN PAKEJ KOMBO TRAVELOKA


Bali? Wahh.. siapa jer yang tak kenal atau tak pernah dengar destinasi popular Bali ni kan. Kepulauan yang cantik terletak antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok tuu.. Bukan saja pulau cantik dan popular, malah Bali juga dikenali dan diiktiraf sebagai destinasi pelancongan untuk warisan budaya yang unik di dunia.. Bukan sedikit jutawan dan orang orang kaya yang membeli dan memiliki penempatan di Bali sebagai aset, pelaburan dan properties. Yang aku pernah dengar, Rossa si ayat-ayat cinta tu lah. Syok kan, kalau stress sikit jer, boleh naik flight pergi Bali duduk resort sendiri, pergi balik hari pun takpe.. hehe


SYOKNYA  MELANCONG KE BALI DENGAN PAKEJ KOMBO TRAVELOKA
PULAU BALI


BALI TOUR PACKAGES


Kali ni, ada offer menarik la pulak melancong ke Bali. Bergegar-gegar tulang rusuk abuya bila tengok tawaran murah lagi berbaloi baloi BALI TOUR PACKAGES ni. Seolah-olah sekarang ni nak packing beg dan malam ni jugak nak terbang ke sana



Pakej kombo traveloka musim ini boleh tempah tiket flight dan hotel dalam satu masa. Tak perlu lagi book asing-asing. Berdua lebih baik gitu. Lebih jimat dah murah amat

CARA BOOKING PAKEJ KOMBO TRAVELOKA


Traveloka sememangnya mesra pengguna. Mana mau cari kan web travel sebegini. Tak susah pun nak booking

1. Buka web traveloka www.traveloka.com ataupun aplikasi traveloka. Yang tak download lagi tu sila lah download sekarang ok


2. Tulis destinasi travel, tarikh dan tempoh penginapan yang kita plan. Nanti akan keluar ratusan senarai flight dan hotel yang kita boleh pilih. Kemudian, pilih saje lah

3. Kalau nak ubah dan susun semula kombinasi yang ditawarkan mengikut citarasa sendiri, klik Change Room dan Change Flight . Boleh padankan mengikut kehendak korang sendiri ok.

4. Buat semakan terlebih dahulu sebelum continue to booking. Pastikan semua maklumat betul. Double check, ok

5. Dah puas hati dengan pilihan kombo, proceed saja untuk booking. Buat payment macam biasa mengikut bank online kegemaran masing-masing

6. Tunggu traveloka hantar e-tiket melalui emeil kita dalam masa 60 minit

7. Terbang ke Bali dengan gembira dan bahagia

Senang je kan? Mudah, jimat, murah dan berbaloi. Tunggu apa lagi. Jom laa pakat pergi Bali. Asyik tengok orang je pergi kan. Ni cuti sekolah dah nak start.. mesti ramai plan nak melancong ke Bali ni.. jadikan weekend getaway pun boleh.. aaajommm!

Kata orang, Bali ialah percutian yang sempurna walaupun padat dengan pelancong. Pulau cinta ini penuh dengan pemandangan indah dan seni binaan unik kuil-kuil zaman kuno. Safari pun ada, mesti anak-anak aku suka sangat. Tak sabar sungguh aku nak book tiket flight dan hotel, pakej kombo murah tu.

Pantai Suluban, Uluwatu Surf Villas,  Hot Spring Volcano, Seminyak, Air terjun Aling Aling antara sekalian banyak daya tarikan di Pulau Bali. Pantai? toksah cakaplah, memang lawa-lawa belaka



kenangan kakak baheja sewaktu mengunjugi  Istana Pagaruyung, 
Bukit Tinggi, Indonesia

Ke Bali kah kita kali ni yer kakak?



#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com