30 December 2015

Salam ‪#‎2kerja‬ lagi

Positif Positif Positif?

Ada orang bila kita timbal balas kenyataan sang menteri pasola , ditimbalnya balas balik statement kononnya mengambil positif dengan statement menteri pasola dan sentiasa bersikap positif setiap masa ( acah-acah positif)

2 KERJA

Kalau setakat cadangan dua kerja tu , dah lama orang buat la tuan. 3 4 5 kerja pun ada ramai buat. Tapi orang miskin , orang susah , gelandangan, bawah jambatan? Bukan setakat 2 , kadang-kadang satu kerja pun masih belum terfikir apa nak buat

antara kesan kenaikan kos sara hidup

Saya rasa , kalau nak positif pun all the way and all the time tak kena juga

Dulu masa GST mula dilancarkan , professor cakap orang susah kurang bersyukur , kurang bertenang , fikir carilah jalan keluar..!! Ermmm kesian... end of the day , orang miskin juga yang salah, rakyat marhaen juga yang kena , rakyat juga la yang terpaksa berkorban terlebih dahulu. Positif dan sabar dengan semua keadaan dan perbuatan sang rejim penguasa

Tak adil komen prof macam tu untuk orang miskin , fakir dan sedia susah sekian lama, lagilah pula makin ditekan dengan segala macam cukai. Lepas satu satu nak cekik rakyat. Sedangkan tak ada pula komen prof untuk sang rejim penguasa yang menekan rakyat, orang susah , orang miskin , cengkam selagi boleh?.. Kalau ada pun , komen acah-acah tarik rambut dalam tepung..? Tak adil tu prof

Ada yang positif sangat lagi cakap.. "kita tak boleh kawal keadaan" , " tak boleh ubah yang berlaku".... ( eh eh.. siapa cakap TAK BOLEH UBAH..?)

Ada yang kurang gemar cakap hal ini. Katanya politik bajingan. Dah ada pun yang mesej saya melarang tulis itu ini politik bajingan dalam blog

Habis tu, kalau asyik nak tulis gossip , budaya hedonisme terkinja sana terlompat sini , retis beranak sana sini , terkhalwat situ , tercerai sana. Gitu? Macam tu boleh pula ye?

Kawan , bukan nak tulis isu politik bajingan semata sangat pun. Ini pun lifestyle apa? Tak tahulah kot kot masih tak terkesan dengan perangai sang rejim penguasa angkuh

Kawan, tak kena batang hidung sendiri dan anak- beranak , boleh sembang kencang lagi

Atas dasar terlalu nak positif dan kononnya kena dakwah bil hikmah, nanti jangan suatu masa , sang rejim penguasa nak rampas tanah , roboh rumah sendiri konon untuk tujuan pembangunan (pastu jual kat negara seberang)... time tu , yang positif sangat all the way all the time ni boleh la kot cakap ... "sabar dan redha laa" ,, "ini ketentuan Tuhan" .. sambil teruskan ratib dan zikir.... lepas tu nganga je la

KONONNYA KENA DAKWAH DENGAN HIKMAH

Betul Rasulullah penuh sifat kelembutan. Sahabat , Saiyidina Abu Bakar selalu bersifat lemah lembut. Tapi jangan lupa, era keNabian dan Sahabat juga wujud Saiyidina Umar. Sahabat dijanjikan syurga. Ia mengimbangi kelemah lembutan Saiyidina Abu Bakar. Bukankah Saiyidina Umar mengangkat pedang mengancam sesiapa yang menghina Rasulullah? Adakah perbuatan mengangkat pedang tersebut sesuatu yang negatif?

AlQuran pun bukan sekadar membawa berita khabar gembira. Bukankah bahasa indah AlQuran juga turut adanya bahasa gerun Tuhan untuk peringatan? Neraka wel? binasalah tangan Abu Lahab? Bukankah firman Allah menyebut kera-kera yang hina? 

Firman Allah Swt.:


{كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ}

Lalu Kami berfirman kepada mereka, "Jadilah kalian kera-kera yang hina." 
(Al-Baqarah: 65)


Nak cairkan logam , besi , nak basuh karat kuali ? mestilah kena ketuk, kena bakar, kena sental. Takkan nak cubit-cubit manja lagi!

HABIS TU, KAU SEMBANG SEDAP SANGAT, KAU TU NAK BUAT APA

Amboi kawan , berjuang lah di lapangan masing-masing. Berjuang bukan harus angkat pedang, bukan nanti ceramah berdegar-degar. Sumbangan ikut posisi masing-masing. Tahniah buat yang selalu turun di macam-macam lapangan. Standing ovation untuk anda. Tabik hormat untuk anda

Buat rakan-rakan pendidik , jom didik anak bangsa belajar adab santun , kenal Tuhan , sumbat jiwa mereka dengan Tauhid agar jadi manusia berguna kelak. Supaya nanti yang nak jadi pemimpin , tiada ketirisan sana sini, tak jadi pengampu untuk isi temolok perut sendiri


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu