29 September 2015

Kenapa anak jadi begitu dan begini? Kenapa anak degil  , kurang keyakinan, lemah semangat, penakut? Jawapannya mungkin satu , kerana kamu. Ia cerminan diri kamu. Ya kerana kamu sendiri

Anak selalu menipu? Mungkin kerana kamu terlalu banyak mendenda dia , memberi hukuman melampau

Anak tiada keyakinan diri? Mungkin kerana kamu yang tidak memberi dorongan

Anak jadi pendiam dan tidak bercakap banyak? Mungkin kerana kamu sendiri tidak selalu bercakap dengannya , dengar suara hatinya

Anak mencuri? Mungkin kerana kamu tidak mengajarnya untuk memberi dan berbagi

Anak tidak menghormati orang? mungkin kerana kamu yang selalu meninggikan suara kepadanya

Anak kamu menjadi pemarah? Mungkin kerana kamu tidak pernah memuji dan menghargainya

KENAPA ANAK JADI BEGITU DAN BEGINI
Kenapa anak jadi begitu dan begini
Kalau marah dekat mak sekalipun , walaupun sungguh terang benar salah dia (pada hemat mu) , kamu belum tentu boleh balas jasa besar mak yang mengandungmu , lebih 9 bulan lamanya ke hulu ke hilir bawak perut besar , masa nak tidur , mengiring pun tak selesa , terlentang pun tak lawas , tidur pun hujung-hujung mata sahaja , bukan lena sangat. Kepala asyik duk fikir kau yang bakal lahir . Hati teruja tak sabar nak tengok kau. Anak yang mungkin sudah lama ditunggu-tunggu

Saat melahirkan bukan senang , putus tiga urat tubuh keranamu seorang. Sakit amat siapa yang tahu. Berjuang kalau mungkin tak hidup lagi, mati sahaja takdirnya

Saat kau lahir , mak (dan ayah) lah insan paling gembira. Bagaikan seluruh dunia dan seisinya mereka yang punya. Tiada kata gambarkan rasa. Anak nyamuk sekor pun tak bagi dekat , kau demam kuning , mak sudah menangis. Bila lapar dan dahaga mak bagi susu , kau meragam malam-malam , mak datang peluk memujuk. Kadang-kadang sampai pagi rengekan kau , mak setia terduduk

Tak cukup duit , mak hutang merata , kau apa tahu?

Mak jadi guru pertama, kau mula bertatih ,mak pimpin. Kau jatuh tersembam , mak pujuk bagi harapan

Dan hari ini kau kata kau berjaya kerana usaha kau seorang? Bukan kerana mak punya dorongan? Bukan sebab mak punya asuhan?

Kau dewasa kerja berjauhan , mak di kampung sorang-sorang. Mak bukan harap duit upahan, cukuplah sayang tidak berkurang. Selalu ada jadi peneman

Kalau pun tak cukup mampu seperti mak curah sayang , jangan la derhaka bukan kepalang. Lupakah kamu hikayat si tanggang?
Nanti dosa , jawab la depan Tuhan

Orang baru masuk Islam pun disuruh berbuat baik dengan mak ayah kandung

Sedar diri sikit anak! Walau seinci zarah kau tak layak nak durhaka!

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu