15 July 2015

Tajuk ni macam dah cerita jer dalam entri cabaran 20 hari sebelum ni. Hampir sama sahaja. Maaf la ye kalau terhambar

Kuih raya pilihan paling popular tentulah ketupat , tapai pulut dan popia mini. Kadang-kadang ada juga lemang

Senarai kuih raya pilihan lain lagi yang selalu ada ialah almon london , semperit , kerepek ubi pedas manis , kekacang , tart nenas , tart blueberri , batang buruk , muruku , kuih sepit , rempeyek , makmur , biskut kacang ,
cornflakes madu , biskut coklat ,kuih nestum, kek buah , kek carrot

Sekarang ni trending crunchy caramel. Rangup melting lazat tak terkata. Mula-mula beli je. Sekali dua cuba buat. Akhirnya puan isteri mahis sudah buat sendiri crunchy caramel. In sya Allah akan cuba buka tempahan crunchy caramel pula tahun hadapan. Tahun ni kita agih-agih untuk kaum kerabat terdekat dulu , ok

crunchy caramel puan isteri
crunchy caramel puan isteri


#Cabaran20Hari #Day19
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari

Semalam hantar barang-barang pesanan kak akma. Antara salah seorang sahabat pelanggan setia aku. Akak ni dah lama amal b-complex. Bcomplex ada dalam set mantain kulit cantik dan migrain. Tapi korang jangan terkejut , dia dah isteri orang beranak tiga. Ok

Selalunya order sebotol - sebotol je. Kali ini dia order terus 3 botol b complex. Agaknya kak akma stress lebih campur migrain kot , tempahan jahit baju raya berlambak-lambak tahun ni nak siapkan

Untung la kak akma kan, tempahan baju raya banyak , beli b-complex 3 botol , terus dapat percuma extra satu botol sebab bulan ni musim promosi b-complex. Fuhh boleh jual pulak sebotol , untung-untung

Aku anggap , ini penghantaran (cod) terakhir sempena hujung Ramadhan dan sebelum Syawal. Stok aku pun semua licin. Nak test sebijik dua vitamin yang aku amal tu bolehlah. Nak order baru dalam masa terdekat dalam masa 2 hari ni atau nak order dulu masa hari-hari raya pun boleh ,tapi barang pesanan anda akan sampai selepas raya la ye

Alhamdulillah , elok je lepas post gambar b-complex kak akma kat facebook , masuk lagi order satu set chicken pox

your customer
your  customer

ni dia b complex kak akma
ni dia b complex kak akma

INFO LANJUT & KONSULTASI PERCUMA?

TALIAN PANAS UNTUK DIHUBUNGI :-

013 976 1627
Muhammad Nizam
NZ World Kingdom

email : [email protected]

Puasa tak habis lagi dah nak cerita menu pagi raya ya? Kalau ikut tradisi nostalgia turun temurun keluarga kami , menu wajib  wajib pagi raya haruslah ketupat dan rendang yang mak masak. Ketupat tu kadang-kadang kami rebus sendiri , kadang-kadang kitorang tempah sahaja. Rendang daging tu dah siap malam raya lagi , sebelah petang hari puasa akhir tu , kami gotong royong ,rewang-rewang potong daging , malamnya siap dijamu sambil tengok takbir raya. Lepas tengok takbir raya , tengok pulak drama syahdu pondok buruk

Jadi sebelum pagi raya tu , kitorang memang dah ratah ketupat dan rendang tu ha. Pagi raya , makan lagi. Sudah puas kedarah ketupat rebus biasa , kitorang goreng pulak ketupat tu. Rahsia resipi ketupat goreng , nanti akan cerita dalam entri lain. Tunggu ye

Selain ketupat dan rendang mak , menu wajib lain yang selalu ada tapai pulut. Menu berat sikit kebanyakan tahun ialah nasi minyak. Rumah mertua pun menu nasi minyak. Cuma sesekali , kalau nak rasa kelainan dari tahun sebelumnya, mak masak nasi bukhari ayam berempah. Pernah juga la aku tunjuk kepakaran aku masak nasi daging. Pujian dari kaum kerabat untuk nasi daging resipi aku? Haaa kau rasa? 



raya 2012 , ni nur fatihah , anak saudara sulung , tengah makan ketupat dan rendang daging yang tok dia masak
raya 2012 , ni nur fatihah , anak saudara sulung , tengah makan ketupat dan rendang daging yang tok dia masak


rendang daging mak , gambar masih dalam periuk
rendang daging mak , gambar masih dalam periuk 




#Cabaran20Hari #Day17
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu