08 July 2015

Masa kecil , zaman kanak-kanak yang indah itu mana tahu apa-apa fasal bajet raya. Semuanya mak ayah sediakan. Anak-anak tahu mintak dan seronok je kan. Mak ayah hutang sana sini , siapa yang tahu? Mak ayah sakit kepala fikir baju kakak tak beli lagi , baju adik tak ada yang baharu lagi. Kalau tak ada rm 500 - 1000 dalam tangan, ermm jawabnya memang tak balik penang la kami untuk beraya

Masa kecil, zaman kanak-kanak yang indah itu memang bajet dapat duit raya tak kurang dari seratus ringgit. Raya di rumah tok di Penang betul-betul menggambarkan suasana dalam lagu raya, pergi rumah ke rumah nak kumpul duit raya. Akhirnya memang dapat apa yang diidamkan. Duit raya yang dapat masa tu adalah sekitar seratus hingga dua ratus ringgit. Dapat duit pun tahu nak seronok juga , beli kereta kontrol. Hehehe

Zaman remaja, abang dan kakak dah dapat kerja tetap. Masa ni la nak ambik kesempatan. Bodek. Kadang-kadang mak sendiri memang dah pesan kat abang, kakak-kakak aku suruh beli baju raya untuk adik-adik. Apa lagi , aku demand la , nak baju sekurang-kurangnya brand puma, crocodile , orlando. Dapat juga la merasa. Ye la , kalau tak beli untuk adik-adik, untuk siapa lagi kan

Dah jadi ayah orang sekarang , mula kena hitung bajet raya sendiri. Saguhati untuk mak, keluarga sendiri dan anak-anak buah yang seramai 40 orang lebih (kedua-dua belah pihak)

Dengan atmosfera ekonomi yang mencengkam sekarang , rasanya banyak hal yang perlu dijimat-jimatkan. Dulu masa anak seorang , boleh lagi nak beli banyak baju gaun untuk dia melaram. Ye la kita suka tengok anak kita macam princess, hias situ hias sini.
Sekarang anak dua , kena pandai-pandai bajet dan utamakan keperluan mana yang lebih penting dahulu. Beli yang mahal pun , boleh pakai sekejap je , budak cepat membesar

Duit raya untuk budak-budak? Haa kalau ada lebih selepas beli semua keperluan penting tu, boleh la nak bagi. Kalau tak ada lebihan , salam tangan kosong je la. Tak pun , bagi sampul duit , dalamnya ada kertas tertulis "cuba lagi tahun hadapan"... ok la idea tu kan


#Cabaran20Hari #Day12
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaaric

Kak Mazlia Ariffin , kali ke empat mengulang pesanan herblax dengan saya. Kak Mazlia ada masalah pembuangan , ketidakselesaan usus dan perut , kadang-kadang sembelit, mengikut ceritanya , pernah ada gastrik. Alhamdulillah berikhtiar dengan sokongan nutrisi shaklee , kini sangat berpuas hati dengan kesannya

Baru tadi saya bertanya khabar kak Mazlia. Dan dia sangat-sangat positif. Kak Mazlia dah jadi antara pelanggan tetap dan setia dengan aku dan memberi kepercayan penuh dengan konsultasi cemerang aku. Konsultasi eksklusif ni percumaa ya. Hanya untuk sahabat pelangganku sahaja

TETSIMONI HERBLAX


testimoni herblax kak mazlia ariffin
testimoni herblax kak mazlia ariffin

Aku pun amal juga herblax ni , memang sangat melawaskan aktiviti tandas pagi-pagi selepas bangun tidur. jika terlalu makan banyak di siang harinya , pasti tidak lupa untuk mengambil herblax pada malamnya sebelum tidur. Memang sangat-sangat membantu untuk pembuangan. Semua makanan yang menyenakkan perut di siang hari atau semasa berbuka tadi keluar berjemaah. Licin , lawas , lancar dan lega. Cuci karat-karat usus dan perut pun terasa kempis sekarang. Selesa untuk memulakan hari aku dengan jayanya. Musim-musim puasa dan raya ni pun dah sediakan stok cukup untuk persediaan. Almaklumlah macam-macam juadah ada , kan



program detox shaklee
program detox shaklee

baca semua kisah  detox


herblax
herblax







Allah Maha Penyembuh


Be with us..
NZ World Kingdom
Founder & Director


INFO LANJUT :-


sms/whatsapp : 013-976-1627



Sebarkan kebahagiaan!
Haihh nak kena nyanyi pulak ke tajuk ni? Ke nak buat video cover masuk youtube? Hangpa jangan , satgi ada yang tertidur lena dibuai hujan yang tiba-tiba turun sebab nak kena buat cover lagu raya

Lagu raya ni tak adalah nak beriya sangat. Kata raya. Adat melayu bila raya kena pergi beraya la. Bukan nak berkaraoke atau 24 jam duk mengadap televisyen tengok gedik-gedik raya

Ok la , lagu raya zaman dulu memang evergreen , malar segar sepanjang zaman , menangkap betul la mood raya tu kan. Majoritinya memang betul ,  boleh buat halwa telinga dan menambah mood raya. Biasa banyak dengar lagu raya ni masa dalam kereta , nak balik rumah tok di seberang perai sana. Tak lain , tak bukan , lagu raya yang tangkap mood masa dalam kereta nak balik rumah tok tu haruslah lagu balik kampung ( sudirman ). Kena la dengan suasana tu kan, Sama-sama ikut nyanyi dengan adik beradik. Riuh rendah dalam kereta. Korang tak ada kampung? Duk diam-diam dalam rumah ok

Masa membeli-belah naju raya pun banyak dengar lagu raya yang di pasang. Kadang-kadang awal Ramadhan pun dah pasang lagu raya. Puasa la dulu kot ye pun. Dulu masa zaman guna telefon nokia , main-main tukar ringtone kan , haa ringtone lagu raya tidak ketinggalan. Masih ingat , ringtone lagu raya paling kegemaran ialah lagu selamat hari raya oleh ahmad jais

Kalau lagu moden ni yang mencuit emosi pulak , lagu ayah yang mawi nyanyi tu. memang teringat-ingat kat arwah ayah. Syahdunya rasa


#Cabaran20Hari  #Day11
#ExchangFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu