24 May 2016

KETUPAT SOTONG KELANTAN

Sekarang musim mencandat kan. Haruslah banyak sotong-sotong hasil tangkapan pencandat tegar. Tak mabuk laut ke korang yang pergi mencandat tu? Sotong-sotong tu semua nak masak apa? Try buat ketupat jom

Kalau sebut ketupat sotong, dari kecil lagi memang mak selalu masak versi Kelantan ni. Beza dengan versi Terengganu yang tidak menggunakan gula melaka (manisan) dalam resipi ketupat sotongnya

Ketupat sotong Kelantan rasa lebih manis dan ketupat sotong Terengganu lebih lemak masin. Jika diberi pilihan , aku pilih versi Kelantan la. Ye la, makan dari kecil kan

BAHAN-BAHAN KETUPAT SOTONG KELANTAN

1- 50 ekor sotong untuk 10 orang makan (saiz sederhana besar)
2 - Beras pulut
3 -  1 inci halia
4 -1 kg santan
5 - Gula Melaka ( 5 - 7 paket )
6 - Sedikit halba
7- Garam secukup rasa
8 - Lidi pencungkil gigi
9 - Daun pandan


CARA MASAK KETUPAT SOTONG KELANTAN

1- Bersihkan beras pulut , bersihkan sotong. Sesetengah orang suka rendam beras pulut tu dengan santan terlebih dahulu. Ia akan membuatkan rasa lebih lemak dan sedap
2- Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan kemaskan dengan lidi pencungkil gigi
3 - Masukkan semua bahan , santan , guka melaka , daun pandan , halba dan sedikit garam secukup rasa
4- Letak atas dapur , tutup periuk dan tunggu sehingga masak

sedia untuk dimasak

dah masak

close up, masa untuk menikmati

Enak dijadikan juadah berbuka puasa. Selamat mencuba , selamat menjamu selera.

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN