Cukuplah Telur Dengan Kicap

Aku harap, kerajaan tak haramkan gerai-gerai kecil tepi jalan yang jual nasi bajet. Itu tempat kami, anak marhaen beli makanan tengah hari. Aku harap, penguasa tak robohkan pasar malam, itu tempat kami, anak marhaen sesekali cari makanan yang beraneka pilihan


Begitulah juga kakak dengan adik dalam rumah ni. Sesekali makan ayam. Tapi yang paling laju dan laku keras ialah kicap. Pembangkit selera dan penyedap juadah. Bagi setiap hari pun takpe, dah boleh hidup dengan tenang




Cukuplah makan nasi dengan telur dan kicap sahaja. Kalau kat kedai pun nak cari kicap juga. Kicap kicap kicap. Stok kicap pun cepat jer surut kat rumah ni. Selalu kena restock. Senang je nak bela anak aku ni, cukup dengan apa..? haaa pandai.. kicap


Tengok la tu.. duk ingatkan nasi je, dengan mee goreng pun nak suruh letak kicap. Dulu ingatkan si kakak je minat kicap.. sekarang adik pun sama daa... obses kicap. Tak tengok kiri kanan dah

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Inani Hazwani
AUTHOR
31 December, 2016 delete

Makan macam ni pun memang dah sedap dah. Heheh.

Reply
avatar
01 January, 2017 delete

selamat tahun baru :)

sudi2 la join contest Nurul ni ye :)
http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

Reply
avatar