Bukan Tak Boleh Tanya Bila Nak Kahwin

Bukan Tak Boleh Tanya Bila Nak Kahwin

Macam biasalah kalau sanak saudara, sahabat handai bila jarang-jarang berjumpa, apabila bertemu sesekali terutamanya di hari raya, macam-macam soalan diajukan

Orang bujang marah sangat kalau asyik di tanya bila nak kahwin, yang dah kahwin kena soal bila nak beranak, yang dah beranak soalannya bila nak tambah lagi. Sebenarnya tak ada masalah pun soalan tu, apatah lagi kalau kena dengan gaya dan lenggok bahasa. Kan, orang Melayu yang kaya dengan adab sopan. Tak perlu cepat sentap walaupun sesekali terasa peritnya

Ya, makcik pakcik (bawang) tu semua mungkin hanya nak memulakan perbualan, cuma bagi orang yang selalu disoal sebegitu rupa mungkin dah bosan gamaknya. Kat bandar, kat tempat kerja, dengan kawan-kawan dah la asyik kena perli soalan tu. Balik kampung pulak , terkena lagi dengan soalan sama. Muak!

Semalam ada kawan bercerita dia kena perli. Sebenarnya, orang muda bukannya tak boleh terima soalan sensitif menjentik jiwa. Orang muda bukanlah hati tisu sangat atau kuat sentap. Kita semua pun tahu gerunnya soalan Munkar Nakir di alam barzakh, aku dan engkau sama jer, gerun belaka. Tak boleh laa nak buat perbandingan soalan kubur yang dahsyat itu dengan soalan sensitif di aidilfitri



Kok ye pun nak mulakan perbualan dan kemesraan, agak-agak laa kan... kalau betul-betul rapat tak apa jugak, ini jumpa dah sekali setahun, tetiba soalan subur ke tak? Jenis soalan pun dah motif sangat. Dengan tone dan body language yang menyakitkan hati... siapa yang tak marah, kann. Kena fikir juga perasaan orang di tanya tu


tanya laa lagi banyak-banyak soalan sama, jadi macam ni kanggg baru tahuu

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com