23 March 2017

Ada 2 gedung buku yang famous , besar, sedap sayup mata memandang dan menarik kat bandar iaitu PSI (Pustaka Seri Intan) dan Syarikat Muda Osman (SMO). Paling terbaru dibuka di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu ialah cawangan terbaru SMO. Memang jadi port baik punya bila nak cari buku atau alat tulis atau bahan bantu mengajar bagi guru. Pilihan pun banyak dan ruang luas siap 2 tingkat lagi. Aku suka SMO untuk pilihan kitab atau buku agama yang lebih banyak berbanding PSI... Novel? hurmmm... banyak jugak la

Tapi itu semua bukanlah matlamat utama si adik (naurah salsabeela) ni bila sampai ke sini. Kalau kakak baheja ada lah juga motif kebukuan dia tu bila sampai di SMO. Nampak la dia cari buku yang dia nak. Tak pun nak colour pencil. Abuya rasa dah berkotak-kotak berbakul-bakul dah colour pencil duk beli... akhirnya? ghaib entah ke mana

Apa matlamat adik sebenarnya...? Jeng..jeng..jeng


Ni haa.. nak main je. Asal masuk je sini terus tarik tangan kita nak pergi section mainan ni. Tak boleh tahan tu, ajak kita tunggu dan teman dia main. Malu katanya. Macam mana abuya nak cari buku ni...


puas abuya ajak balik... taknak.. nak main lagi.. kadang-kadang cari buku sekejap ajer, tunggu dia main ni lama, jenuhlah abuya


ni hari lain pulak.. sama je motif dia..lagi-lagi bila takde orang conquer kawasan tu..
kakak baheja minat jugak mainan ni, tapi kakak sibuk pusing rak buku



antara koleksi pensil warna yang masih elok riwayatnya


Kadang-kadang tak cukup lagi dengan buku yang beli. Pantang nampak abuya bukak laptop, sibuk jer diorang ni nak suruh abuya print lakaran kartun untuk mewarna. Tuu tak sabar sangat la tuu masing-masing tunggu depan printer


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu