28 August 2016

Resipi pulok.. koktail buah-buahan ni harus ramai yang sudah pakar membuatnya. Pejam mata pun boleh buat kan. Senang dan ringkas sangat. Juadah ni kerap menjadi pilihan sebagai pencuci mulut 

Bulan puasa hari tu kalau ada koktail, juadah ni dululah yang menjadi rebutan, bukan jadi pencuci mulut dah, tapi boleh berbuka kenyang hanya dengan koktail buah ni sahaja. Anak-anak buah yang ramai siap berebut, awal-awal lagi dah cop cawan masing-masing siap sedia nak isi koktail buah ni sebelum berbuka puasa. Yang dewasa pun sama... aku la tu antaranya.. heheh..

Petang tadi teringat dan termengidam pulak koktail  buah-buahan ni. Alang-alang dah pergi Giant nak beli pampers, grab skali laa buah-buahan dalam tin. Cukup untuk lepas hajat mengidam. Budak-budak pun suka. Buat untuk satu jug je. Sejukkan dalam peti ais... perghhh nikmat

Resipi Koktail Mudah


Bahan-bahan :-

- Satu suku tin susu cair 
(brand Ideal & Gold Coin)
- Suku tin susu pekat (Gold Coin)
- Sedikit garam untuk rasa lemak
- Buah Laici dalam tin
- Buah Longan dalam tin
- Buah Rambutan dalam tin
- Nata de Coco (budak-budak selalunya ambik yang ni je, buahan lain tak makan sangat)


Cara Buat Koktail Mudah

(ni resipi simple , tak ada adegan panas memanas, semua bahan dituang dan digaul sekali)

1. Buka tin buah-buahan dan nata de coco. Toskan air (syrup) dalam tin, guna buah-buahan sahaja
2. Masukkan semua buah-buahan dan nata de coco ke dalam jug. (Kalau buat dalam basin, masuk kan lah dalam basin)
3. Masukkan satu suku tin susu cair
4. Masukkan secubit garam untuk rasa lemak
5. Masukkan suku tin susu pekat
6. Sebatikan semua bahan, boleh juga tambah daun pandan
7. Sejukkan dalam peti ais dan koktail buah-buahan simple ni sedia untuk dimakan

tak colourful sangat sebab semua buah warna putih.. dah yang ni je favourite..
kalau nak buat jamuan besar, boleh la beli nata de coco tu yang warna -warni sikit, baru meriah

ratahan kali kedua dah ni...

Selamat menjamu selera.. jomm


Salam hujung minggu. Selamat bekerja buat yang bekerja hari ini. Harini nak beri screenshot sikit. Screenshot perbualan, ayat pendek je tapi cukup membungakan hati penjual. Akak ni order  SET SKINCARE SHAKLEE. Panjang juga sebenarnya perbualan sebelum closed deal. Ambil masa dua ke tiga hari. Alhamdulillah, ia berakhir dengan order set skincare shaklee dari akak ni. Terima kasih, nanti order lagi


Satu ayat ringkas je : (mujur saya jupo cik). Tapi cukup melegakan akak ni setelah mungkin lama sudah mencari pengedar shaklee yang mudoh baso , sene kiro mace sayo ni, akhirnya ketemu juga, kann... Frasa itu juga sangat bermakna buat saya sebagai penjual. Hilang juga la resah kita menanti keputusan nak order ataupun tidak. Alhamdulillah

Sapo nok order shaklee lagi marila order dengan saya ok... mudoh baso sayo ni.. tak cayo boleh tanye akak ni.. heheh... jangan maraaaa


Info Lanjut :-
013 976 1627
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu