26 April 2015

KEBAH DEMAM DENGAN MADU

Kaulah seluruh cinta bagiku ,Yang selalu menenteramkan perasaanku

Alkisah semalam , kami pergi delivery shaklee kat Batu Rakit dan candle light dinner di Matt Cafe , Gong Badak 

order barang shaklee
tu dia vivix untuk kak ma yang tak sabar-sabar menunngu ketibaannya tempoh hari

Alkisah sampai rumah , dalam jam 10 malam , baheja cakap panas kepala , nak demam. Kebetulan stok vitamin mealshakes , chewable vita c semua dah habis Tinggal vitamin aku dengan vita c plus bonda dia je. Godek-godek peti ais , ada lah stok madu , madu pure. Sepantas kilat bagi baheja minum madu ( ha jangan ingat kitorang taksub shaklee lupakan sunnah , banyak je stok madu ,kurma , kismis kat rumah kami ni , jangan main claim je jual makanan sunnah , tapi yang sunnahnya 5% , bahan sintetik 95% , jual madunya 20 % selebihnya campur air gula kemudian nak ambush-ambush pengedar shaklee pulak ) , ok lari tajuk sikit

Selepas minum madu , lewat malam , badan kakak makin panas , tangan , kaki semua rasa panas 
( tapi tak ada lah sampai kronik ) . Baring sambil letak atas kepala kain lampin yang dibasahkan. Dua kali jugak baheja terkejut tidur mengadu panas kepala semalam , pukul 2 dan 4 pagi. Aku rasa time ni bonda dia boleh handle , so aku teruskanlah mimpi lenaku

Alhamdulillah , pagi ni panas-panas kepala atau simptom awal demam tu dah kebah.  tak perlu pergi klinik. Tak ada gambar demam, ada gambar masa baheja kecik je , umur setahun rasanya masa ni


kebah demam dengan madu
kesian anak abuya

kebah demam dengan madu
ni gambar hari ini , baru-baru nak kebah ni , aku suruh posing
kebah demam dengan madu
baling belakang : gembira dapat adik
Tuhan , berikanlah mereka seluruh rasa kebahagiaan dan kegembiraan aku dan biarlah aku yang menanggung seluruh rasa keperitan , kesedihan dan saat-saat sukar mereka


Love And Faith
Abuya

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu