TRAVELOKA SALE-ABRATION 2019 DATANG LAGI

TRAVELOKA SALE-ABRATION 2019 DATANG LAGI

Wahhh... kita dengar jer Traveloka ni tentunya sudah terbayang tempah tiket flight dengan murah atau mudah nak tempah tiket flight dan hotel sekaligus dengan harga mampu milik dan sangat berpatutan. Tak risau dan tak susah untuk travel ke luar negara kalau bab bab tiket atau penginapan. Traveloka ni  kan ada je promosi setiap tahun kadang-kadang sampai empat atau lima promosi bermula dari sambutan tahun baru sampai lah akhir tahun ni haa, menarik sungguh kan! Kini kempen Traveloka Sale-Abration 2019 datang lagi. Bulan 9 nanti kan banyak cuti panjang hujung minggu, jom lah ushar-ushar Traveloka Sale-Abration ni kalau nak berjalan ke luar Malaysia ni sekejap. Kalau tak nak pergi bulan 9 ni, nak plan bercuti untuk akhir tahun sempena cuti sekolah sebulan atau untuk tahun depan punnnn boleh jer. Yang penting, ingat travel, ingat Traveloka. 


TRAVELOKA SALE-ABRATION 2019 DATANG LAGI


TRAVELOKA SALE-ABRATION 2019
TRAVELOKA SALE-ABRATION 2019


Traveloka terkenal sebagai platform pencarian pelbagai tiket penerbangan termurah dan pelbagai pilihan penerbangan dari seluruh dunia. Traveloka bekerjasama dengan syarikat airlines di seluruh dunia dan banyak destinasi tersohor korang boleh pergi dengan Traveloka, dekat atau jauh, tempatan mahupun luar negara. Antaranya Melbourne, Lombok, Hong Kong, Phuket, Tokyo, London mahupun ke kota mewah beli belah di Dubai sana. Pilih saja lah dan rancang percutian terbaik anda. Tapi paling aku target dan looking forward sekarang ni ialah Maldives ataupun Switzerland.. boleh la aku feeling macam filem hindustan, Dilwale Dulhaniya. Satu lagi boleh aku pergi rumah atlet idola aku, Roger Federer. Wahhhh

Korang jangan risau kalau tak sempat atau terlepas offer Matta Fair  sebab Traveloka Sale-Abration kan ada. Tak pernah tak gila-gila kaww dia punya diskaun dan promo. Tak pernah menghampakan tau!

Traveloka Sale-Abration sudah tentunya menawarkan harga murah dan pakej paling berbaloi untuk melancong nanti termasuklah  flight, hotels,experience dan airport transfer. Promo ini akan berlangsung bermula dari 26 Ogos 2019 sehingga 27 September 2019. Esok okay! Bermula esok... cepat cepat book cheap flight deals korang dengan Traveloka ni. Nak jalan-jalan tu jangan lupa ajak aku sekali okay



TRAVELOKA SALE-ABRATION 2019
TRAVELOKA SALE-ABRATION 2019 


TRAVELOKA SALE-ABRATION - JOM PERGI MALDIVES


Aku dah lama ushar Maldives. Asyik tengok kawan-kawan travel je pergi kan. Walaupun di negeriku tercinta Terengganu ni dah banyak pantai dan pulau yang cantik lagi termashyur, Maldives tetap dalam angan-angan aku. Negara yang kecil sahaja , tak ada bangunan pencakar langit, shopping mall eksklusif mahupun restoran berpusing, tapi ia dikelilingi kepulauan yang sangat indah ciptaan Tuhan di Lautan Hindi. Ini yang aku mahukan. Katanya laut sangat cantik luar biasa, ikan dan batu di dalamnya pun boleh nampak... perghhh. Percutian keindahan semulajadi dengan suasana romantik dan villa terapung di atas laut, apa lagi yang di idamkan?



Maldives
Maldives

Maldives
Maldives

Maldives
Maldives

Pulau Vaadhoo
Pulau Vaadhoo

Pulau Vaadhoo, salah sebuah pulau tersohor di Maldives yang diberi gelaran The Sea of Stars. Hebat kan?


Traveloka Sale-Abration 2019 datang tepat pada masanya. Dah boleh plan dan buat persediaan mulai sekarang destinasi percutian idaman aku nih. Korang pun sama la. Jangan lupa check out promo lumayan dan sungguh berbaloi dari Traveloka. Rugilaa kalau tak grab peluang keemasan ni. Dahla murah ada diskaun. Mudah pulak tu boleh booking pakej tiket flight dan hotel dalam satu masa. Jommm!


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com