27 February 2017

Insan ketiga ini hadir dalam hidup aku di saat-saat sudah bersedia, In sya Allah. Doakan yang baik-baik ye. Insan ketiga ini hadir sepatutunya bukanlah untuk menambahkan beban atau tekanan atau porak perandakan rumah tangga yang sedia ada, tapi insan ketiga ini hadir sebenarnya untuk menambah keceriaan dan kegembiraan, membawa bersamanya rezeki serta nikmat dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala

Alhamdulillah, kakak baheja dan kakngah naurah (adik) dah nak timang adik baru tak lama lagi. Itulah insan ketiga antara kami nanti, In sya Allah. Pakcik dan makcik semua doakanlah yang baik-baik ye. Kasih sayang kena berkongsi lagi lepas ni

Kisahnya, beli katil je dua minggu lepas. Ye lah, nak tambah orang baru kan. Nak luaskan sikit tempat beradu. Almaklumlah, tidur berjemaah sekali dengan budak-budak ni. Diorang mana boleh tidur jauh-jauh dengan mak pak

Dah la makin membesar je dua orang budak kecik ni, tidur kemain buas. Nanti kalau adik baru keluar, macam mana nak muat atas katil sedia ada tu haa.. Nak suruh tidur bilik lain tak sampai hati. Kecik lagi.. kang kalau terjaga malam-malam nangis cari mak pak jugak

Dan dengan nekadnya abuya gagahkan diri spontan je korek tebung kat atm. Walaupun bukan hari gaji, by hook or by crook memang nak kena beli juga katil baru

gambar kepala katil je la ye


Rasanya popular sangat katil stail gini kan. Beli sebiji je pun, katil kartun untuk budak. Letak sebelah, dekat rapat-rapat dengan kitorang. Muatlah nanti ada space untuk baby. Beli pun yang paling murah dan ekonomi. Bila sampai kedai, memang ada satu tu aje katil kartun gitu. Elok la tu gambar frozen. Suka sangat la budak-budak ni


tengok la tu, orang lain semua dah tidur.. tinggal dia sorang je lagi haa aktif.. bercakap-cakap dengan teddy bear dia.. macam-macam drama dan dialog yang abuya dengar.. hihi


24 February 2017

Ermm.. ni cerita kakak la ni, baheja. Kecik-kecik dah pandai nak buat eksperimen sains. Belum lagi masuk sekolah rendah tu. Gigih nak buat eksperimen sebab tengok TV ler tu. Tak tahu la chanel astro ceria ke tv iq atau chanel kartun yang ada rancangan super sains, rasanya itulah yang dia duk sebut sangat tu

Kakak kalau curi-curi telefon abuya buka youtube, memang antara carian yang dia taip selain kartun ialah super sains. Ada la tu yang sangat menarik perhatian dia


Alkisah, ada setandan pisang yang baru ditebang dari belakang rumah. Tersadai kat dapur. Nampak dek kakak, terkeluar la idea dia nak buat eskperimen pisang. Ada la kot super sains buat dalam tv


Cara eksperimen dia senang je, masukkan pisang dalam beg kertas ni dan jemur dekat luar, biar kena cahaya matahari. Semalam aku tengok ada pisang je sebiji, bila nampak buah oren dalam peti, dia tambah pulak oren. Tutup beg rapat-rapat dan letak kat luar rumah. Katanya tak boleh kena kipas

Bila abuya tanya kenapa buat macam tu, dia jawab biar nanti pisang akan bertukar jadi oren.. haha.. Kita tengok la nanti, pisang tu bertukar tak jadi oren

beg bonia ok...



kakak ajak selfie lepas dia cerita semua pasal eksperimen dia tu.. hihi.. tahun depan dah darjah satu, harap-harap jadi budak pandai belajar dan elok akhlak



19 February 2017

Alhamdulillah, setelah menunggu sambil teruja, akhirnya dapat jugak la satu juta. Teruja tu sebab nak screenshot

Ehhem.. tapi bukan lah bonus shaklee satu juta ringgit atau menang cabutan sspn, satu juta tu pageview blog ni haa. Tepat tepat pulak tu dapat snap angka tu. Tak lebih tak kurang


Alaa.. untuk pencapaian blog sendiri aje kan. Sekurang kurangnya tahu la jugak blog dikunjungi dan dilawati orang.. hehe.. Terima kasih la rakan-rakan budiman, kenalan maya, anonymous, customer shaklee yang jumpa blog ni, stalkers, pengikut yang setia atau pun tak setia (macam ramai jer kan pengikut.. perasan tul) dan semua sekali la yang sudi baca bebelan aku yang tak seberapa ni, secara diam-diam, langsung atau tak langsung. Kadang-kadang tu tak ada idea sangat pun, merapu, throwback, sharing pengalaman sedikit sebanyak dan luahan rasa je 

Yang dah melepasi satu juta tu jangan la jeling-jeling dan gelak pulak..haha.. Tahniah untuk korang. Yang otai-otai tu, memang tak dan kejar la kita... semput dan mengah nak kejar pun.. kahkah. Kalian semua inspirasi dan motivasi saya

ENTRI PILIHAN

Ada beberapa entri hits yang meletup dalam blog ni aku kongsikan, antaranya :-



Ni entri paling hits dan cecah 130 000 PV... lama-lama nanti cecah 1 juta PV pulak kot..mana tahu, kan. Alhamdulillah, dari entri ini.. ramai orang whatsapp untuk bertanya dan membeli set buang angin organik terbaik di era ini

(cerita angin dalam badan lagi)


yang ni entri tak ada sebarang tulisan. Kalau ada pun kat tajuk je. Semuanya gambar. Masa tu jumpa info menarik, kebetulan aku rasa tengah beli charger telefon baharu. Terus la masukkan dalam blog, untuk panduan rakan-rakan



ni antara kenangan mahal dalam kehidupan, teringat sungguh





Ni entri untuk yang belum naik kapal terbang la. Kaki travel atau dah beratus kali naik kapal terbang tu kalau baca , jangan sengih-sengih pulak eh.. hehe

Teruskanlah berkungjung dan melawat kat sini. Tegurlah jika ia baik untuk penulisan di arena blog. Terima kasih semua

18 February 2017

Flashback jap 10 tahun lalu. Alang-alang korang duk kecam pasal valet doa tu, teringat pulak lah aku kenangan mahal doa 

Masa kami (lebih kurang 10 orang, tak ingat dah) pergi ziarah di bumi kewalian, Tareem di Hadhromaut Yemen untuk kuantinkan diri selama 3 bulan, antara wali Allah yang kami mintak doa dengan nya ialah AlHabib 'Ali AlJifri (anak murid kesayangan AlHabib Omar ben Hafiz)

Rezeki kami sebenarnya untuk berjumpa Alhabib kesayangan yang sejuk mata memandang ni. Sebab Habib banyak mengembara jelajah seluruh dunia untuk dakwah dan sentiasa mendapat undangan dari pelbagai pihak. Lantas, Habib Ali tidak selalu pulang ke tanah air

Kebetulan pada tahun kami ziarah ke Tareem, beliau pulang dan kami tak lepaskan peluang keemasan sangat berharga itu untuk berjumpa, duduk lama-lama secara dekat dengan beliau dan mendengar kata-kata mutiara beliau. Walaupun keletihan, Habib melayan kami dengan tenang dan baik sekali. Setiap patah kata menggetarkan jiwa tandus dan cukup mengingatkan kepada Kekasih Agung, Rasulullah


Kami minum air jus buah dari bekas minuman Habib, kami mintak taujihat, tausiah, nasihat. Kami mintak ijazah pakai serban, Habib pakaikan serban kepada kami, kami minta ijazah musofahah (bersalam tangan), dimana tangan beliau menerima ijazah (bersalam) dari guru beliau, guru beliau pula menerima ijazah bersalam tangan dengan guru peringkat atas lagi seterusnya sampai kepada Rasulullah. In sya Allah

Kenangan mahal dalam hidup bila kami saling bertukar rida' (selendang letak atas bahu) dengan Habib. Rida' Habib Ali tu masih tersimpan kukuh sampai sekarang

Tapi.... Habib tak mintak duit ribu riban pun semata nak doakan setiap yang berhajat. Habib (walaupun guru dan orang ramai iktiraf beliau wali, bukan iktiraf diri sendiri ye) , tak war-warkan tagline "cepat makbul". Apatah lagi kiriman-kiriman valet-valet doa berbayar di angin lalu bila berhajat dari kejauhan



aku sokong sangat orang kita bisnes.. tapi ni bisnes apa?


Nak bisnes pun agak-agakla. Cukup-cukup la selama ni orang dah label ustaz-ustaz yang berniaga ni gilakan kekayaan dunia semata lupa akhirat, mata duitan, jual air liur, tak zuhud bila naik kereta besar, kejar popualriti dan macam-macam. Jangan la kau pula duk jual agama dengan bisnes doa. Agak kurang masuk akal dan sangat tak boleh diterima

Tak pasal-pasal dah kena troll





bersama Habib Umar ben Hafidz, guru kami yang mulia



16 February 2017

Salam sejahtera. Cuti sekolah dah nak datang lagi. Maksudnya dah sampai masa kena plan percutian yang baekkkk punya. Haha, Kat Malaysia ni kan ada banyak tempat menarik yang harus dilawati antaranya ialah negeri Melaka. Kenapa pilih negeri Melaka?

Hah, tu la korang, jangan tak tau pulak, kat negeri Melaka ni bukan setakat terkenal dengan A Famosa atau Menara Taming Sari je, masih ada banyak tempat yang boleh korang lawati bersama keluarga dan sahabat handai, bermula daripada tempat bersejarah, shopping, galeri seni, sehingga lah ke tempat bermain dan makanan sedap terutamanya, bak kata orang ‘macam-macam ada’


lama dah tak pegi jalan-jalan Melaka...


Adalah beberapa tempat menarik di Melaka tu yang aku survey dan baca review. Walaupun dah beberapa kali jejak kaki di Melaka, tetap kena survey. Apatah lagi akan ada saja tempat-tempat baharu yang dibina dan wujud dari tahun ke tahun. Bagi sesiapa yang bawa anak-anak untuk pergi bercuti, jangan lupa berkunjung ke Melaka Wonderland Theme Park & Resort yang terletak di Ayer Keroh. Kat sini ada macam-macam jenis tempat bermandi-manda seperti Lazy cum Crazy Pool, Adventure Island, 1 Big Wave Pool, Wave Rider & Kamikaze Recer & Anaconda Twister , Crazy Slide dan banyak lagi. Boleh tahan luas la jugak tempatnya. Memang anak-anak korang akan enjoy habis sampai tak ingat nak balik. Yang lebih teruja bukan saja budak-budak, aku rasa tentulah mak dan bapak budak sekali yang terlebih excited




Bukan itu je tau, bagi korang yang kaki shopping pulak, try check it out at Freeport A’Famosa Outlet (FAO), ni ala-ala JPO. Tempat ni baru dibuka kepada orang ramai pada tahun 2016. Pelbagai jenis brand yang ternama ada jual kat sini, korang boleh dapat Carlo Rino, Nike, Puma, Polo, Levis, Elle dan dikhabarkan ada hampir 70 brand terkenal. Yang best kalau diorang buat promosi atau sale, memang korang dapat barang yang korang hajati pada harga yang murah. Rambang mata la jawabnya

Freeport A’Famosa Outlet
Freeport A’Famosa Outlet


Orait, dah la tu sembang bab tempat menarik yang ada kat Melaka, jom kita beralih pulak cari tempat penginapan ataupun hotel di Melaka. Untuk memudahkan kerja korang dalam booking hotel ni, korang boleh jer try search di web kegemaran ramai termasuklah aku, tak lain tak bukan tentunya Traveloka dan pilih tempat penginapan yang memenuhi kehendak dan bajet korang, kan mudah tu!


Percutian Penuh Bersejarah dan Kesenian di The Pines Melaka



Seperti yang kita ketahui Melaka yang mendapat jolokan Bandaraya Bersejarah merupakan tempat pelancongan yang popular di Malaysia ni, jadi memang banyak la hotel yang ada bagaikan cendawan tumbuh. Dari hotel bajet, apartment atau hotel mewah. Pun begitu, ada satu hotel ni aku rasa memang berbaloi untuk try menginap di situnamanya The Pines Melaka. Hotel ni terletak 1.7 km daripada Bandar Hilir Melaka, dan perjalanan mengambil masa 6 minit kalau tak jam dan ikut Jalan Bunga Raya. Hotel bertaraf 4 bintang ni menawarkan pelbagai jenis bilik untuk pengunjung, antara yang famous ialah Executive room, Poolside suite, dan Executive suite




Ruangan bagi ketiga-tiga bilik ni memang spacious. Untuk Executive room tu dia siap ada pantry dan juga ruang tamu, sama gak dengan Poolside suite. Cuma yang ni lagi best sebab siap ada swimming pool attached dengan bilik kat depan balcony tu hah, mau tak bestnya, memang asyik berendam jer la kerjanya. Kalau anak aku, pergi jalan mana-mana pun, memang puas lah nak memujuk berhenti main kolam. Kalau diorang nak stop pun, time dah kesejukan sangat



Pada sesiapa yang berhajat datang bercuti dan bawak keluarga yang ramai, korang boleh la ambik Executive suite, kat suite ni ada 2 bilik dan setiap bilik tu ada king size bed, pantry, dan ruang tamu, memang sesuai la kalau datang dalam kuantiti yang ramai. Fasiliti kat hotel ni pun not bad, ada swimming pool, gym and playground untuk si kecil. Uniknya hotel ni, dorang mempromosikan bakat artis tempatan di Melaka dengan hasil kerja usaha sama Malacca Art Association Sales ni dengan memaparkan hasil kerja seni mereka di setiap bilik yang berada di executive floor




Selain itu, The Pine Melaka juga menyediakan perkhidmatan wifi dan jalur lebar yang pantas, khas buat pengunjug yang menginap di hotel mereka. Jadi, tak de la korang duduk mereput jer sampai tak boleh nak surf internet kan? Reput ke kalau tak de internet? Haruslah.. keperluan dah tu di masa kini

Ok la, sampai sini saje dulu yang boleh dikongsikan mengenai the most awesome hotel in Melaka bersama dengan korang, semoga dapat dijadikan guideline yang berguna untuk korang, selamat merancang percutian

12 February 2017

Akhirnya , sampai juga di dua buah negara yang ingin dilawati. Paris dan Jepun. Ye lah sebelum ni pernah jejak kaki di benua Afrika, wilayah teluk UAE, Yemen, Saudi dan Indonesia. Belum berpeluang lagi jejak kaki di di Benua Eropah. Siapa  tak kenal kota cinta dan fesyen Paris dimana  terletaknya lokasi terkenal dunia Eiffel Tower yang pernah disenaraikan sebagai antara 7 Keajaiban Dunia (7 Wonders) selama beberapa tahun

Jepun pulak negara maju, rakyat suka membaca dan sangat menepati masa. Dikhabrakan juga teknologi Jepun sangat canggih dan diakui terkehadapan. Entah apa dah teknologi yang aku dengar haritu, katanya untuk mengukuhkan bangunan-bangunan dan binaan. Jika berlaku sebarang bencana seperti gempa bumi atau banjir, kemusnahan adalah di tahap minima, katanya lah. Tapi semuanya dengan kekuasaan Allah Ta'ala jua

Tapi... ni bukan aku lah yang sampai sana. Blog aku jer  sampai sana. Aku kirimkan impian aku dulu di angin lalu melalui perantaraan maya. Suatu hari nanti boleh keliling dunia pulak, kan




Ni haa blog bahejabella.com aku ni sampai Jepun.. di review oleh kak anil wanina yang travel ke Jepun sambil kerja.. mujurlah terperasan kak anil pergi Jepun.. kuat jugak dia ni travel.. jom baca blog dia http://www.anilwanina.com/


Yang ni pulak bahejabella.com kat Paris. Background Eiffel Tower.. nampak faizal fredley duk offer dalam facebook dan ramai yang ambil peluang suruh snap blog memasing, aku pun taknak ketinggalan lah... Gilerr taknak dia review. Blogger travel antarabangsa termasyhur kot dan jadi rujukan blogger-blogger travel yang baru. Muda lagi, kaya dan berjaya. Tapi sorry la korang, dah kepunyaan orang ok.. haha.. dah, gi terjah blog http://www.faizalfredley.com/

Dulu takde blog, asyik baca blog orang je. Blog paling kerap kunjung tentulah Saiful Islam (Ustaz Hasrizal), boleh tahan la jugak cerita travel beliau dan gaya bahasa menarik dan beberapa blog kawan-kawan. Kalau ada blog dari awal dulu, sah-sah la buat stail gini jugak. Lepas ni nanti habislah semua yang pergi jalan-jalan duk buat stail gini dan jadi trending. Jangan snap kat sungai di belakang rumah sudah la ye, carilah tempat jauh-jauh sikit


04 February 2017

Selamat pagi. Dah minum VIVIX pagi ni? Dah banyak aku bebel fasal vivix dalam blog kesayangan, lubuk rezeki ni. Ada kisah vivix dan sakit saraf dan sakit belakang si ibu bertambah baik , ada kisah  vivix dan buah pinggang dah stabil, tak perlukan dialisis lagi

Tak kurang juga respon kebaikan vivix yang berkesan menurunkan paras gula dalam darah, membantu memberi tenaga untuk pesakit kanser, bantu buang angin dalam badan sampailah kisah membantu ibu-ibu yang dah lama berusaha untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah

Semalam ada respon terbaharu vivix yang dapat dari master shaklee, wan muliani (super kredit untuk beliau). 



Respon dari pengguna, ibu Siti Atikah Tukimin, katanya selain darah tinggi dah bertambah baik,  jantung pun sihat , darah juga dah macam anak dara gitu. Tuu ayat doktor ok. Beliau dah konsisten amalkan 25 botol vivix. Terbukti kebaikan vivix yang istimewa ni tanpa ragu-ragu lagi. 25 botol vivix tu bukan la dalam masa sehari, kalau sebotol sebulan pun, mungkin dah 2 tahun beliau amalkan. Apalah sangat nilai vivix dengan kesihatan yang sangat bernilai kan. Vivix asbab sahaja, Yang Maha Memberi Kesembuhan tu dari Allah 'Azza Wa Jalla


Info Lanjut VIVIX

013 976 1627
013 976 1627
013 976 1627

Muhammad Nizam

01 February 2017

Selamat bulan baharu. Selamat menempuh harga minyak yang baharu. Rakyat marhaen dah nak naik minyak rasanya. Lama-lama nanti parah jugak la sang rejim dikerjakan. Nak positif tentang harga minyak ni tak tahu la nak positif tang mana. Yang tak ada rasa marah tu dungu la agaknya. Satgi merasalah semua harga barang naik. Takziah la ye

Ok ni bukan nak sembang panjang fasal cara nak bagi harga minyak turun. Tapi ni cerita cara nak hilangkan wax pada buah-buahan. Tahu saja la kan, buah-buah import sebelum nak sampai ke negara kita mengambil masa jugak. Stok banyak pulak tu demi menampung permintaan. Sudah tentulah macam-macam wax, bahan kimia dan racun digunakan untuk terus mengekalkan kesegaran. Kalau pergi supermarket, tentu pilihan utama nak beli buah-buah berkilat dan nampak cantik di pandangan mata



Ni cara Dato' Aliff Syukri, abang terlajak laris cuci buah anggur. Hilangkan wax pada buah anggur. Dipetik dari blog beliau






Beliau guna BASIC H dari Shaklee. Semestinya pencuci serbaguna semulajadi terbaik di abad ini. Basic H bukan clorox ye. Ia tanpa racun, tanpa bahan kimia dan peluntur. Ia selamat dan sangat la berkesan dan Dato' Aliff bukan lah duta basic H atau shaklee. Perbuatan beliau tersebut tidak dibayar

Bukan setakat anggur je boleh cuci, sayuran, botol susu, kuali, periuk belanga, lantai, tingkap dan kasut pun boleh cuci pakai basic H. Nak sembur tanaman pun boleh. Organik gitu

ini dia rupa basic H

TESTIMONI BASIC H


orang putih mandikan anak dia yang ada ekzema dengan basic H

cuci kasut.. rendam rendam bersih


cuci kuali

cuci baju sekolah anak

cuci botol susu

Baca banyak lagi kisah pencuci serbaguna semulajadi basic H DISINI. Baca jugak kisah penuh cuci wax pada buah anggur Dato' Aliff Syukri si abang terlajak laris dalam blog beliau DISINI


INFO LANJUT DAN ORDER BASIC H?

013 976 1627

Muhammad Nizam



#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN