05 June 2016

Selamat berpuasa untuk semua rakan-rakan yang sedang membaca. Semoga kita semua dapat berpesta ibadah dengan tenang, sihat dan semoga nikmat Ramadhan kali ini memberi infiniti kebaikan, redha Allah dan maghfirah (keampunan)

Nah wallpaper untuk semua... Tadi kakak baheja ada buat ni tampal kat dinding... tulisan dia la tu..


Lepas tu..sepupu-sepupu diorang pun impress dan nak buat jugak.. diorang buat ramai-ramai tu haa.. lekat kat dinding bilik pulak...

bella
(naurah salsabeela)

kakak

Ramadhan Kareem

Allahu Akram

TaqabbalAllahu Minna Wa Minkum

كل عام وانتم بخير ... تقبل الله صيامكم وصيامنا، قيامكم وقيامنا، و صالح أعمالكم وأعمالنا... واجعلكم واجعلنا من عباد الله الناجحين في هذا رمضان.

Cerita makan lagi , macam mana nak detoks ni... hehe...Balik kampung macam biasa laa...Rumah mak. Kebetulan ramai pulak yang balik, kakak dan anak-anak saudara ada sama. Mesti bahagia mak aku ramai berkumpul nak sambut puasa sini. Riuh rendah rumah macam nak raya dah... 

Pagi tadi sarapan yang terakhir sebelum puasa ni mak masak nasi lemak...fuyyooo dapp uhh... Masa yang tepat balik rumah mak... Resipi dan menu tu simple sahaja , tak ada udang atau ayam goreng berempah atau ayam besar macam kat PappaRich tu pun.. Mak pun masak on the spot gitu.. Ambil apa yang ada stok dalam peti je.. Yang jadi luar biasa tu sebab sentuhan dan air tangan mak... 

Esok start puasa mesti kitorang teringat nasi lemak ni, rugi siapa yang tak balik hari ni



Sambal tumis ikan bilis. Mak campur sekali ikan tenggiri (sebab ikan tongkol takde stok)... pun boleh


Simple je. Sedia untuk ditelan. Telur pun tak sempat nak sejuk, panas-panas lagi angkat dari rebusan.... tu yang jadi macam tu... takpe, plating tak penting... makan dengan rasa kebahagiaan tu yang penting..korang jemput la tengok. Kalau duk dekat-dekat ni boleh la datang

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu