10 August 2015

SOKONG LIVERPOOL SAMA SEPERTI SOKONG PAS?

Marah betul faizal ni bila kj kata macam tu. Depa tak tau ke faizal ahli kipas susah mati liverpool. Kj pun boleh tahan lancang tak pandang kiri kanan nak buat statement. Tau la darah man u. Aku duk ingat akan ada lagi rombakan kebinet baru perdana menteri najib sebab dua hari semalam pun kj respon isu dua orang pegawai sprm ditukar tu. Ermm boleh tahan la ye nak lawan ketua. Kalau dalam kabinet jemaah menteri sekarang , rasanya kj dah sesuai kot jadi menteri belia dan sukan tu. Sebelum ni duk perhati orang yang pegang menteri belia dan sukan ni tak berapa nak belia sangat. Kalau ada rombakan kabinet dan kj disingkir , ermm tak tahulah siapa yang layak (dalam jemaah pm najib sekarang ni la)

Aku takde la nak minat gile-gile sangat bola. Kaki pulak entah kenapa la bangku sangat. Tapi kalau tengok , boleh aje. Lebih-lebih lagi tengok sambil lepak dengan geng dan orang muda. Dalam hidup , pernah sekali je pergi stadium tengok bola. Tu pun lompat pagar asrama malam-malam nak pergi stadium. Cuma ada lebih passion sikit je tang barcelona. Haa ni pun satu lagi team yang man u sangat-sangat tak suka sebab? dah banyak kali tewas dengan barcelona , kan. Bagi aku , mana-mana pasukan yang ditonton , asalkan bukan man u yang menang sudah. Ha ha ha ha. Jangan marah , kawan-kawan man u ye

LAWAK TAK JADI , KATA FAIZAL TAHIR


LAWAK TAK JADI
LAWAK TAK JADI


SAMA SEPERTI SOKONG PAS?
SAMA SEPERTI SOKONG PAS?

Sokong liverpool sama seperti sokong pas , dah tu sokong man u sama seperti sokong bn? Haa kan dah bertemu buku dengan ruas. Win sungguh komen faizal ni

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN