13 December 2016

Teringat aku semasa mula-mula masuk dalam kuliah Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu AlBanjari AlMakki membicarakan perihal adab menuntut ilmu. Seiring mengajar bab adab, beliau sungguh-sungguh menekankan secara langsung kepada kami akan tingkah laku / adab / gerak geri semasa dalam majlis ilmu tersebut

Beliau menegur dari sekecil-kecil adab yang mungkin selama ini orang tak sedar boleh memberi kesan kurangnya barakah dalam menuntut ilmu. Beliau cukup pantang orang yang tak boleh duduk diam, kejap-kejap nak gerak, main pen, tidak fokus, berbual, pusing kiri pusing kanan, letak pen atas kitab/ AlQuran, sekejap bersila sekejap bersimpuh, 10 kali keluar masuk dewan nak pergi tandas hatta jika sebatang jarum halus diletakkan atas kitab/buku pun beliau sangat pantang

Bukan bermakna telah mendapat dosa besar atau terus masuk neraka, tetapi hal itu akan mengurangkan keberkatan ilmu dan nampak kurang berakhlak. Bukan sekadar nampak kurang adab di hadapan Syeikh, akan tetapi dengan ilmu itu sendiri. Macam nak tak nak ajer


usai kuliah, pergi ziarah Syeikh Nuruddin di rumah tetamu Kedah

Begitulah juga adab yang sangat patut dijaga dihadapan Baitullah, Ka'bah. Tak kira la semasa tawaf, umrah atau menunaikan fardhu haji. Memang betul kita teruja dan ghairah berada di hadapan ka'bah apatah lagi jika pertama kali atau sudah memasang impian yang sudah lama menjejakkan kaki ke sana. Tapi ia tidak bermaksud terpaksa melanggar adab sopan ketika berada di hadapannya

Tolonglah bezakan Ka'bah dan sekalian tempat lain di dunia ini. Tergedik gedik, terlompat lompat ambil gambar dan buat peace rasanya perangai yang perlu ditinggalkan. Boleh je selfie, tapi agak-agak la..Itu belum lagi kalau terjumpa artis kat Makkah atau depan Ka'bah. Agak-agak mana lebih teruja, bertemu Allah atau bertemu artis?

Bukanlah bermaksud sudah dapat dosa besar atau bala dari Allah , atau amalan tak diterima...bukan..bukan... 

Tapi, cuba bayangkan kita berada di istana, di hadapan singgahsana menghadap Sultan pulak tu, agak-agak berani tak kita nak sentuh-sentuh barang-barang dalam istana, terlompat , tergedik-gedik dalam istana tu? Entah entah , depan Sultan pun tergagap gagap nak berbicara. Nak sebut patik terkeluar patuk. Nak sebut hamba terkeluar beta. Nak angkat muka pun terketar-ketar walaupun Sultan itu manusia biasa

Apatah lagi.. di hadapan Allah..???????


kenangan terindah paling mengusik jiwa.. nothing beats the place...


Tuhan... sampaikan aku lagi ke sana..


Biasala musim cuti sekolah mestilah nak balik kampung, rumah mak ayah , rumah datuk dan nenek. Bagi nenek dan datuk jumpa cucu-cucu diorang. Bagi anak-anak jumpa sepupu sepapat yang turut balik bercuti jugak, kan. Riuh rendah, mesti bingit rumah dibuatnya, kan. Datuk dan nenek pun mesti suka sebab bukan selalu rumah diorang jadi riuh, gegak gempita

Cuma, time balik kampung, dengan cucu-cucu yang ramai, takkan la asyik datuk dan nenek je nak support bahan makan minum. Kalau nak suruh nenek masak sebab nak rasa air tangan tu boleh tahan lagi. Kalau barang keperluan dan bahan-bahan mentah pun nak suruh datuk dan nenek yang payung?... ermmmm

Memanglah kadang-kadang atuk dan nenek tak bersuara. Mungkin diorang cukup duit segala. Tapi atas rasa tanggungjawab pak dan mak budak-budak tuu la nak sediakan semua kan. Atuk dan nenek dah tua, takkan sampai ke tua, kena payung cucu pulak... 

Antara barang-barang penting yang boleh dibeli kalau nak balik kampung rumah atuk dan nenek :-

1 - Ayam / Daging / Ikan

Ni memang basic perlu disediakan. Ye la kan, bahan mentah tu memang la dah ada stok kot dala peti rumah atuk/nenek. Tapi kalau dah balik ramai-ramai, cukup sekali hadap masak, dah habis stok. Kena la pak budak dan mak budak belikan semula, kan. Tanggung anak-anak sendiri, okay!

2 - Beras

Beras pun bahan asas. Baru la tak dikatakan hidup duk perhabiskan beras je. Beli ajer la beras yang 5KG tu.. Tak mengapa kalau lebih dan masih banyak baki setelah cucu-cucu balik. Sedekah kat atuk/nenek

3 - Kicap / Telur / Susu

Kicap dan telur penting jugak. Lagi-lagi kalau anak-anak suka kicap... macam si baheja dan adik dia ni. Stok susu pun mustahak untuk atuk nenek buat air

4 - Sabun Basuh

Sabun basuh teramatlah penting. Duduk lama-lama kat kampung mesti nak basuh baju. Takkan nak kumpul baju sampai balik rumah sendiri. Mesti perlukan sabun basuh. Kena siap-siap sediakan sabun atau beli kat kedai runcit dekat kampung. Ataupun boleh beli online Set Get Clean ni dengan saya



Set lengkap termasuklah pencuci serbaguna (cuci lantai, tingkap, kuali, periuk), sabun basuh siap dengan pelembut/pewangi semulajadi serta dishwash. Yang penting organik dari tumbuhan, bebas paraben, kimia dan bahaya racun. Lembut di tangan dan tidak menjadikan kulit menggelupas

5. Vivix

Last but not least, sambil bekalkan ubatan atau suplimen untuk diri sendiri atau anak-anak, bekalkanlah sekali untuk insan yang makin dimamah usia itu di kampung. Kalau tak banyak, cukuplah bekalkan VIVIX 



Orang tua biasala penyakit duk singgah, sengal-sengal datang. Sakit lutut, sendi ,darah tinggi, bacaan gula tinggi macam-macam. Vivix antara yang boleh menyumbang tambah baik tahap kesihatan atuk/nenek atau mak ayah atau diri sendiri. Baca testimoni disiniOk

Tak dilupakan juga, bawak balik tilam atau toto narita dan bantal busuk sekali. Rumah atuk/nenek kadang-kadang tak cukup semua tu nak sediakan. Tidur kat ruang tamu ramai-ramai berjemaah memang seronok. Kang tak bawak balik tilam, tak pasal-pasal tidur atas lantai je.. hehe.. mengimbau kenangan mengusik jiwa betul

cam ginilah sebahagian stok tilam atau toto narita yang ada kat rumah tok budak-budak ni haa

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu