28 June 2015

Apa cerita sahur ya? Ermm teringat satu tahun tu , banyak sangat agaknya mentekedarah juadah semasa berbuka , sampai senak perut , kenyang yang amat , nak tidur pun susah. Mengiring ke kiri gelisah , mengiring ke kanan pun gundah. Akhirnya dapat satu idea , untuk melawaskan kesenakan perut , aku pergi cari buah , selongkar peti sejuk , terjumpa buah limau. Pekena dua bijik buah limau sebelum tidur. Agak membantu

Alkisah selepas itu berazam mahu diet (lah sangat), taknak makan banyak semasa berbuka , konon tak nak sentuh nasi , masa sahur pun sama. Makan kuih-kuih je. Tapi gemuk... tetap. Akhirnya berazam lagi tak nak langsung sahur. by hook or by crook tak nak bangun bersahur

Sampai satu ketika , waktu hening dinihari , mak kejutkan kami adik beradik untuk makan sahur. Semua bangun. aku je yang malas nak bangun . Ye lah dah berazam kan tak nak sahur. Tapi lain pulak yang jadi. Entah kenapa tiba-tiba mak menangis. Selalunya tak begitu. Katanya mak, sampai hati tak nak bangun. Mak masak penat-penat. Aku buat-buat tak dengar je rintihan mak. Berdosanya la rasa. Kalaulah mak boleh faham isi hatiku , yang aku tak nak sahur sebab nak diet , alangkah baiknya

Itu cerita lama , zaman jiwa remaja yang memberontak. Zaman semua kehendak harus diikuti. Tapi kita tak tahu , mak dah buat segala-galanya yang terbaik untuk anak-anak kan. Sekarang dah dewasa (tapi tetap awet muda), jadi ayah orang , suami orang , matang dah. Teringat kejadian sahur  tu , rasa bersalah terngiang-ngiang membuatkan kita tak sampai hati lagi nak melukakan hati mak , sang ratu hati aku , syurga aku



#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu