CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri


Rakaat Pertama

1)      Berniat untuk mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri

2)      Takbiratul Ihram

3)      Doa Iftitah

4)    Takbir 7 kali dan diselangi membaca zikir 6 kali iaitu :

 سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

5)      Selesai takbir ke 7 , membaca surah al-Fatihah dan Surah al-Qur’an

6)      Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara dua sujud, Sujud kali kedua, Bangun untuk rakaat kedua



Rakaat Kedua

1)      Takbir 5 kali dan diselangi membaca zikir 4 kali iaitu

 سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

2)      Selesai takbir ke 5, membaca surah al-Fatihah & Membaca Surah al-Qur’an

4)      Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara dua sujud, Sujud kali kedua, Duduk untuk tahiyyat akhir &  Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Sebarkan bahagiamu! Selamat beramal!

WAKTU SOLAT SUNAT HARI RAYA DI SELURUH NEGERI TERENGGANU

WAKTU SOLAT SUNAT HARI RAYA DI SELURUH NEGERI TERENGGANU

KETETAPAN WAKTU SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1436H / 2015 DI SELURUH NEGERI TERENGGANU


SURAT RASMI JHEAT
SURAT RASMI JHEAT
#Cabaran20Hari Pengalaman Main Mercun Hari Raya

#Cabaran20Hari Pengalaman Main Mercun Hari Raya

Ok ni tajuk last #cabaran20hari. Tajuk main mercun. Aku ni skema sikit. Skema campur matang , mercun mercun ni mana pandang sangat. Rugi je beli dan bakar duit. Kita baca buku je 24 jam. Hashtag poyo , kan

Tapi memang betul , walaupun duduk kampung , tapi era aku dah lepas main-main meriam buluh semua tu dah tak ada dah

Main jugak sebenarnya. Mercun biasa biasa je ada lah. Masa kecil , selalu tengok abang je yang main. Memang seronok la , meletup letup warna warni. Kadang-kadang bila baluk sekolah , singgah kedai runcit beli mercun nak bagi kat abang main semua tu

Hari raya tak main mercun , mercun kebiasaannya dah main masa malam-malam Ramadhan selepas berbuka puasa. Syoknya bukan pada mercun sangat , tapi pada ikatan kekeluargaan tu

Aku ingat lagi masa tingkatan tiga , di asrama , ada geng-geng yang bawak mercun ketupat.  Dorm kami di tingkat tiga. Bunyi mercun ketupat punya la kuat. Diorang suka buat gempak kejutkan dan takut-takutkan orang yang ada di blok bawah. Kadang-kadang diorang letupakn dalam tin biskut dan lempar tin tu ke bawah

Sekarang dah ada anak kan , bagi jugak kat diorang main bunga api. Ye lah takkan nak bagi duduk dalam rumah je kan. Tetap bagi bunga api , kitorang pun main sama-sama la. Lepas gian

#Cabaran20hari #Day20
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.
bahejabella © . Designed by MaisarahSidi.com