03 July 2015

KUIH KEGEMARAN DI BULAN PUASA


Pergi bazar atau pasar time bulan puasa memang terliur habis semua juadah yang dijual. Yang selama ni tak pernah nak makan pun boleh terliur

Bulan puasa macam biasalah, kuih yang selalu dibeli antaranya murtabak dan popiah

Tapi ada satu jenis kuih paling menjadi kegemaran ialah kuih cara berlauk. Kuih ni kalau tak bulan puasa pun memang selalu je beli kat Pasar Batu Enam , Kuala Terengganu. Kebanyakan waktu-waktu berbuka puasa , selalu saja akan ada kuih cara berlauk ini. Mak jarang buat pun , aku beli je. Mudah

Kat mana-mana pergi pun , kalau terjumpa cara berlauk dan nampak sedap serta dapar menangkap pandangan selera mataku , ermmm wajib beli kuih ini

cara berlauk
cara berlauk

Mula-mula terjebak dengan blog , tak tahu apa-apa pun. Main tulis syok sendiri. Pengikut pun 4 - 5 kerat sahaja. Kita ni bukan expert sangat. Sekian lama dengan template asal, nak tukar template baru ni pun berpeluh tengkuk dua hari. Walaupun simple je sebenarnya. Sedikit demi sedikit bertatih dan belajar. Sekarang pun masih belajar. Terima kasih la semua yang membantu

Alkisah sebelum join exchange feed group , statistik mesra seo bahejabella.blogspot.com (ketika itu) hanya 68%. Sampai la kena buat coding bagai , baru la mencecah 100%. Pernah sekali template ni rosak , statistik menjunam lagi. Lepas tukar domain dot com, sekali lagi peratus jatuh sampai 58%. Masuk coding pun tak mampu nak cecah 100%. Dah la kita ni anti matematik dan numbers. Matematik SPM pun yang hado. Sekarang kena main coding pulak. Berpinar-pinar mata nak mengadap semua tu. Dia duk main tang tu jugak , 90% , 93% , sekali naik 100% lepas tu turun 93% semula

Setelah berhempas pulas perah otak akhirnya , kini bahejabella.com kembali mencapai statistik mesra seo 100%


bahejabella.com
bahejabella.com

Kenangan manis bulan puasa

Kenangan manis di bulan puasa sebenarnya dah tercerita awal dalam entri kenangan 4 Ramadhan yang lalu iaitu pengalaman pertama pertama kali jadi ayah

Tak dapat digambarkan perasaan ketika itu. Dari detik sahur 4 Ramadhan bersamaan 4 Ogos 2011, puan wifey dah rasa sakit-sakit sebenarnya. Nak mengiring tak kena , nak terlentang tak kena. Akhirnya selepas subuh , pergi cek kat klinik desa depan rumah ni. Bila dah nampak tanda-tanda kukuh dan penuh keyakinan yang baheja akan dilahirkan,tanpa berlengah lagi, terus ke hospital besar

Nasib baik dah packing persediaan awal semua barang-barang keperluan. Ambik beg campak dalam kereta. Ya ampun , kena redah jalan raya time orang berbondong-bondong nak keluar pergi kerja , 7.30 pagi. Giler sesak. Dalam duk kelam kabut dan panik tu , sampai boleh tertumpah minyak selusuh yang nak diminum

Sampai hospital , macam biasa parking penuh , aku suruh puan wifey naik hospital dulu dengan tokma. Buat apa yang patut sementara aku cari parking

Sampai je aku di wad , kena turun pulak sekali lagi , nurse suruh sahkan bayaran wad dulu. Masa tu aku dalam praktikal cikgu lagi. Belum sepenuhnya jadi penjawat awam. Jadi tak boleh la nak duduk wad free kisahnya. Bayar wad dulu , baru boleh masuk kamar bersalin. Leceh tak?

Mula-mula proses meneran tu, bidan , nurse tak benarkan lagi aku masuk kamar bersalin. Di tengah-tengah perjuangan puan isteri nak proses bersalin tu , baru la diorang panggil aku masuk , katanya kena bagi semangat. Ye aku dengan semangat dan berkobar-kobarnya memegang erat si dia , habis semua ayat duk baca. Entah apa yang aku baca pun tak ingat

Dalam masa yang sama , paling annoying saat itu ialah kami dikelilingi seramai lebih kurang 20 orang nurse pelatih. Diorang sama - sama bagi semangat. " go puan go puan "..  Macam pom pom girl pulak aku tengok. Ok la nak bagi semangat. Tapi aku sedikit rasa tak selesa sebenarnya. Geram pun ada. Maruah isteri tu kan. Kita ni dah la pemalu. Nak berdrama bersyair bersajak depan nurse-nurse pelatih tu semua pulak. Stress sungguh. Nasib baik juga dapat doktor perempuan

Alhamdulillah akhirnya baheja selamat dilahirkan lebih kurang 8.40 pagi. Selesai perjuangan. Time nak azan pun , tengok kiri kanan , line clear agak-agak nurse pelatih dah keluar, barulah aku azan dan iqamah. Tak percaya aku dah jadi ayah. Masa tu bagaikan seluruh dunia aku yang punya

baheja ketika beberapa hari
baheja ketika beberapa hari

baheja beberapa bulan
baheja berusia beberapa bulan




#Cabaran20Hari #Day6
#ExchangeFeedGroup
#Kelabbloggerbenashaari


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu