22 September 2015

Kaya atau miskin , berdarjat berpangkat atau gelandangan , penghujungnya sama sahaja

Bergaji 30 ribu atau 300 , boss atau kuli , penghujungnya sama sahaja

Naik motor ke , naik jaguar ke , rumah papan ke rumah batu , penghujungnya sama sahaja

Makanan ruji ikan kering ikan sardin , ayam golek atau daging panggang, penghujungnya sama sahaja

Pakai baju crocodile ke baju bundle, handbag LV atau coach pasar malam , kesudahannya sama sahaja

Kulit kamu hitam atau putih , pengakhirannya sama sahaja

Blogger top atau cikai , picisan atau otai, penghujungnya sama sahaja

Penghujungnya sama sahaja , tempat akhir dunia yang sama. Kamu sultan , kubur kamu indah tersergam, hatta kamu tahu tempat kamu bakal dikuburkan, penghujungnya sama sahaja. Sekalipun tubuh hancur diletup bom atau dimakan jerung, penghujungnya sama sahaja

Saat tiga langkah manusia meninggalkan kamu sendirian di kuburan , sederas itu malaikat bertandang dengan soalan

Bersediakah?

Cukup sudah amal buat bekalan? Berapa ribu kali taubat nasuha dimungkirkan? Berapa banyak kali lagi nak dengar bisik-bisik syaitan? Ralit diulit tipu daya kehidupan? Sedang mati pun sesaat tidak dilewatkan?


penghujungnya sama sahaja
Penghujungnya sama sahaja

NIAT PUASA ARAFAH



نويت صوم عرفة سنة لله تعالى


"nawaitu souma 'arafah sunnatan lillaahi ta'ala"

“ sahaja aku berpuasa Arafah , sunat kerana Allah Ta’ala ”


9 ZULHIJJAH (hari Arafah) di Malaysia jatu pada esok hari , Rabu 23 September 2015

Niat tidak terikat atau khusus sesuatu bacaan itu sahaja. Niatlah dalam bahasa yang difahami dan sampai maksud sesuatu ibadah tersebut

Antara contoh lain niat puasa arafah yang boleh di niatkan dalam bahasa melayu ialah ;

" Sahaja aku berpuasa sunat hari Arafah , esok hari kerana Allah Ta'ala "

" Aku berniat puasa 9 Zulhijjah esok hari , sunat kerana Allah Ta'ala"

"Aku niat puasa sunat Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Ta'ala"

ISU RAYA HAJI DAN WUQUF YANG BERBEZA MASA & HARI ANTARA MALAYSIA DAN SAUDI ; 

BOLEH RUJUK ARTIKEL ILMIAH OLEH DR ZAHARUDDIN DISINI

BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN ZULHIJJAH DAN 'IDULADHA JUGA BOLEH RUJUK ARTIKEL INI


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu