11 June 2015


Sebahagian orang kita , ya ,orang kita kadang kadang malu tak bertempat , segan-segan yang tak patut , takut-takut tak bersebab. Orang lain berebut-rebut nak terkehadapan, sebahagian kita masih selesa di takuk yang sama, kalau boleh nak mengundur lagi adalah dua tiga tapak ke belakang

Antaranya bila solat jumaat  atau berjemaah, malu sangat nak ke saf  hadapan yang kelihatan kosong, main tolak-tolak , mu tengok aku , aku tengok mung, beat siapa yang nak masuk saf depan, kalau tertengok ada ruang kosong kat saf belakang , kadang-kadang merelakan diri nak undur ke belakang, agaknya apalah yang ada kat kaki tu ya , ade emas kot?

Kalau lah disingkap hijab kelebihan-kelebihan yang lebih besar di saf saf hadapan , agaknya barulah berebut-rebut nak ke hadapan. Berebut-rebutlah semua nak duduk belakang imam

Teringat masa di Cairo, lain benar dengan budaya arab ,cergas berebut-rebut nak ke depan , solat rapat-rapat berlaga bahu dan kaki, jarang tengok budaya segan tak bertempat macam orang kita

solat jemaah
rapat-rapatkan saf

Itu baru bab solat jemaah orang kita, bidang-bidang lain? Agak-agak nak terkehadapan atau termengundur?
tepuk dada , gosok perut...

MALU NAK BERNIAGA


Agak-agak kalau nak mula berniaga , itupun untuk kemajuan diri sendiri , mahu ke malu? Atau lebih sanggup tengok orang-orang kita ( memang dah realiti pun ) jadi kuli dengan tauke Bangla dan Nepal sahaja? Usaha tak mahu , asyik jual tanah , lama-lama nanti bumi dipijak pun jadi milik orang lain , anak cucu merempat di bumi sendiri ( Na'uzubillahi min zaalik ). Mengeluh pun sudah tidak berguna lagi. Malu dapat apa? Rugi sahaja


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu