23 July 2015

MAT REMPIT DI HARI RAYA

Ya ,kami gelarkan budak-budak rempit ni pelesit. Pelesit kota. Maaf  la banyak-banyak. Bukan saja-saja nak gelar, tapi marah orang-orang kampung yang disimpan dalam dada dan hati perut dah lama, parah sampai hampir boleh jadi barah. Pantang setiap kali hari Jumaat , Sabtu atau cuti umum , memang pelesit-pelesit kota ini membingit dan menyesakkan jalan raya , tunjuk macam-macam skill meniarap , tidur, tertonggeng atas motorsikal. Diorang ni sebenarnya tak takut pun mati. Kalau ada yang mati merempit pun masih belum dapat menginsafkan kumpulan pelesit ini. Pelesit-pelesit ramainya datang bukan dari daerah ini. Antara jalan paling popular yang menjadi port rempit (pelesit kota) di Kuala Terengganu ini ialah sekitar Durian Burung-Paloh. Salah sebuah rumah yang ada di kawasan itu ialah rumah tempat aku menumpang teduh dengan ibu bapa mertuaku

Bukan saje nak kondem , meratap dan merungut , tapi hairan juga lah setelah sekian lama aduan dan laporan dibuat , masih nampak kurang tindakan yang dikenakan terhadap pelesit kota ini. Hairan juga apabila sebahagian orang-orang kita tegar pula memberi sokongan padu , menonton aksi pelesit kota. Aksi hambar dan hampeh je pun sebenarnya. Kadang-kadang , jumlah penonton dengan jumlah bilangan pelesit ni macam sama banyak sahaja

Sebenarnya , bukan pasal "oh kita kena dakwah diorang". Oh dakwah lah secara hikmah, Oh kita kena turun padang. Oh kita kena turut sama merempit dengan diorang. Bukan-bukan. Nak dakwah setara mana lagi kalau dah degil , degil juga. Kadang-kadang aku hairan , diorang ni beli motorsikal dengan duit sendiri atau mak ayah yang belikan? Kadang-kadang aku perhati juga motor tu , boleh tahan juga harganya. Mak ayah biarkan saja ke? Malang lagi , si anak-anak gadis tanpa segan silu membonceng. Wahh bangganya. Sebijik macam dalam drama melayu ( semoga anak cucu keturunan kita dijauhkan dengan gejala ini)

Bukan tidak ada usaha untuk mengisi kekosongan jiwa budak-budak ni. Geng-geng aktivis mukim Durian Burung ni yang diketuai oleh Tuan Haji Amzad (abang ipar) pun dah banyak kali adakan pertemuan dengan wakil mereka, dengar suara hati dan berdialog dengan mereka. Katanya mereka menuntut bina litar sepertimana yang dijanji oleh mantan menteri besar. Malangnya janji tinggal janji sehinggalah bertukar menteri besar pun, masih belum nampak bayang-bayang litar yang nak dibina sehinggalah menteri besar sekarang mengumumkan pembatalan projek litar tersebut dan mencadangkan perempit-perempit ditangkap dan di hantar ke pondok

Kenyataan menteri besar
Kenyataan menteri besar

Alhamdulillah untuk respon pertama terhadap cadangan menteri besar itu. Maknanya ada juga lah buah fikiran bernas untuk kembali kepada fitrah dan agama setelah pelbagai cara yang dibuat , tak jalan. Boleh saja nak bawa masuk pondok , tapi haruslah diingat , pondok bukan penyelesaian sejati. Bukan kena sumbat macam tu saja. Sekadar lepas batuk di tangga. Maaf cakap , pondok bukan tempat buangan. Pondok tempat untuk mereka yang benar-benar mahu belajar. Apa guna kalau masuk pondok tetapi lebih menyusahkan dan mendatangkan masalah kepada institusi pondok. Ni bukan serkap jarang , tapi ni memang aduan dari orang-orang pondok sendiri

HARI RAYA PUN NAK MEREMPIT

Kemuncak dari gejala rempit sang pelesit ini , minggu lepas dah viral ada kes kecemasan yang tak dapat dikejarkan ke hospital kerana jalan dihalang oleh sang rempit. Mangsa yang sakit jantung meninggal di dalam kereta. Anak perempuan mangsa yang memandu kereta (menangis). Apalah sangat kudrat wanita nak memandu dalam keadaan panik ditambah pula dengan sekatan-sekatan jalan oleh pelesit

Aduhai bangsaku. Malunya kat orang luar yang pulang beraya di kampung bila tengok budaya jijik ni. Dah la 100%  dari bangsaku. Merempit siap berbaju melayu lagi. Orang pendatang sibuk kerja keras kukuhkan ekonomi nak hantar wang ke negara asal diorang. Orang bangsaku?

Kemuncaknya lagi , sekumpulan orang-orang kampung Paloh dan Durian Burung yang dah tak tahan sabar (dengan kes kematian itu) bersiap siaga mengasah parang dan menunggu untuk menghalau kumpulan puak-puak pelesit yang sedang berkumpul (bersedia untuk merempit)

FRU , AKU TUNGGU MU DATANG

Rasanya , untuk bendung aktiviti pelesit ni , kalau penguasa benar-benar serius , hantar saja lah pasukan FRU dan polis ramai-ramai, sembur gas pemedih mata. Barulah buku bertemu ruas namanya. Tak cukup satu pasukan lori , hantar lah berlori-lori. Kalau takut diorang tak serik dengan serangan gas untuk sekali ini , hantarlah sajalah tiap-tiap minggu

Masyarakat pun patut turut membantu , bukan jadi menambah rencah semangat merempit diorang. Cukup-cukuplah tu ramai-ramai duk tepi jalan sekadar nak menonton aksi hambar tu. Tengok dalam tv sudah la

Akhirnya ada juga polis datang , bagai pungguk rindukan bulan. Lumpuh juga sekejap aktiviti rempit. Harapannya , semoga datanglah setiap minggu ya

kredit gambar , Zulkifli Yusof 


polis datang
polis datang

rebah
rebah

polis
polis

angkut naik truck
angkut naik truck

Selamat hari raya!

Alkisah dua hari lepas , asma anak saudara aku (sebelah wifey) selamat melahirkan anak sulong. Wahh dah jadi tok saudara la aku ye. Macam berusia lanjut sangat je rasa. Keluarga belah puan isteri ni , kami masih ada tok (mak kepada mertua) , yang kami panggil tokmi, jadi si asma ni ialah cicit kepada tokmi. Alkisahnya bila asma dah ada baby, makin panjang la salasilah keluarga besar ini. Kitorang pun buntu jugak baby ni kena panggil apa kat tokmi ni nanti dan apa pula pangkat baby ini di sisi tokmi. Godek-godek google terjumpa lah rajah salasilah ni. Ermm agak menarik untuk menjadi khazanah entri
bahejabella.com kali ini

SALASILAH KELUARGA , NASAB KE ATAS


SALASILAH KELUARGA , NASAB KE ATAS
Salasilah keluarga , nasab ke atas

SALASILAH KELUARGA , NASAB KE BAWAH

SALASILAH KELUARGA , NASAB KE BAWAH
Salasilah keluarga , nasab ke bawah



kredit sumber : www.hil.my
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu