11 February 2016

Sarapan Di Kuala Terengganu : Nasi Minyak Jenab

Cuti-cuti ni banyak keyword masuk nak cari sarapan pagi di Kuala Terengganu. Hari tu dah cerita nasi minyak john . Di Kuala Terengganu atau lebih tepat Terengganu dan Kelantan ni, fenomena biasa la pagi-pagi dah pekena nasi, Kaya dengan macam-macam jenis nasi. Nasi minyak , nasi berlauk , nasi dagang , nasi kerabu , nasi lemak , nasi kuning dan segala macam juadah lain

Haa kali ni nasi minyak lagi. Nasi minyak Jenab. Begitulah jenama nasi minyak yang dikenali ramai ini. Mungkin nama makcik atau pengasasnya ialah Zainab. Dia meniaga dengan anak-anaknya yang gigih membantu dan beberapa orang pekerja. Dari asalnya di kedai kecil yang berasaskan kayu , sekarang sudah berdiri teguh di bangunan batu, lebih besar dan selesa. Alhamdulillah

Harga nasi minyak Jenab ni RM 4.00 satu hidangan (nasi minyak , kuah gulai, ayam goreng , sambal , acar timun ). Ia nampak simple dan sederhana sahaja. Kuah pun nampak cair dan rasa kukurangan bawang. Tapi gabungan rasa nasi , ayam goreng kunyit , kuah , sambal dan acar tu keseluruhannya sedap dan lazat dan digemari dan dicari-cari sekelian ramai orang

Kitorang kalau nak beli nasi minyak Jenab ni , selalu pergi pukul 6.30 - 6.40 pagi lepas Subuh supaya tidak dikerumuni ramai orang dan mudah nak beli dengan cepat. Kalau pergi pukul 7 pagi ke atas , alamatnya memang berebut dengan orang beratur. Itu belum kira orang yang nak makan di kedai lagi. Apatah lagi di musim-musim cuti panjang ni. Orang balik kampung. Sesekali melepas kerinduan nak makan nasi minyak Jenab

di meja juadah
di meja juadah

dua orang anak Mak Cik Jenab sedang sibuk menyediakan dan membungkus nasi minyak
dua orang anak Mak Cik Jenab sedang sibuk menyediakan dan membungkus nasi minyak

suasana awal pagi , masih belum ramai orang
suasana awal pagi , masih belum ramai orang

Sarapan Di Kuala Terengganu : Nasi Minyak Jenab
Sarapan Di Kuala Terengganu : Nasi Minyak Jenab
Ni yang aku beli pagi tadi. Nasi minyak untuk lima orang. Bungkus dalam satu plastik je. Lebih cepat. Terpulang atas permintaan pelanggan , nak bungkus satu-satu pun boleh, nak bungkus satu plastik untuk seisi rumah macam tu pun boleh. Sempoi

Harga Nasi Minyak Jenab :

Yang aku beli kat atas tu :

Nasi Minyak ( 5 orang ) : RM 20.00
Tambah 2 ketul ayam goreng lebih
 : RM 5.00
Nasi himpit 1 bungkus : RM 1.00
Jumlah : RM 26.00 sahaja


Lokasi Nasi Minyak Jenab


Jalan Pulau Musang, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Telefon : 013-929 0795

Senang cerita , jalan Pulaau Musang , lebih tepat lagi di Kampung Kuala Bekah

Peta Lokasi Kedai Nasi Minyak Jenab : DISINI

Ada sedikit review facebook  : DISINI

rupa nasi minyak Jenab yang dihidang sebelum di makan
rupa nasi minyak Jenab yang dihidang sebelum di makan

Jom Sarapan , ada lagi ni atas meja , cukup la untuk korang nak rasa
#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog Backlink - OhDunia.my

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu