29 March 2017

Antara habit atau minat kakak baheja yang ketara sekarang selain eksperimen ialah menulis. Macam-macam la yang ditulis. Kadang-kadang pasal abuya, bonda dan adik. Kadang-kadang tu melukis ye jugak

Stok-stok kertas A4 yang abuya beli untuk print kerja-kerja abuya selalu jer cepat habis. Kalau sorok stok kertas A4 tu pun, adakalanya diorang boleh jumpa. Dah habis boring conteng lukis dan tulis, ermm disuruhnya pulak kita buat jet atau origami burung

Antara perkara yang dia kerap tulis tu pasal nama kawan-kawan dia kat Tadika (transit). Petang tadi abuya terjumpa lagi tulisan dia hari ini


Itulah tulisannya budak baru nak masuk 6 tahun ni. Panjang pendek, tinggi rendah, huruf kecik dan besar bercampur skali. Kedudukan bilangan (nombor) pulak ditulis sebelah kanan. . haha.. Nombor 6 pun terbalik. Meh abuya terjemah tulisan dia. Kakak tulis nama-nama kawan perempuan dia kat tadika tu sebenanrya

Perempuan - AlBaghdadi

1- Nursofiya Ilhami - 6 tahun
2-Nuraliyah Sofiya - 6 tahun
3- Baheja Nafeesa (nama kakak laa ni) - 6 tahun
4-Ir Nadira - 6 tahun
5-Nur Nadia Najihah- 7 tahun
6- Nur Amira Saniyah- 8 tahun
7-Nur Nadia Nafisya- 8 tahun
8- Aida Amani - 7 tahun

Berkerut jugak dahi abuya nak faham tulisan dia ni. Harap-harap selepas ni makin cantik la kan..huhu

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu