21 December 2017

Tanggal 16 Disember lalu, genap lah 4 tahun sudah Salsabeela kesayangan abuya, buah hati pengarang jantung. Kadang-kadang racun hati, kadang-kadang penawar duka. Selalu bersaing dengan kakak walaupun selalu tewas dek saiz badan yang tak setanding kakak. Menang? adalah beberapa kali. Yang banyakya di akhiri dengan tangisan



Kelincahan salsabeela dan telatah yang menghiburkan, bercakap pot pet pot pet seringkali buat abuya terlupa, dah besar rasanya kak ngah ni ye. Macam baru saja abuya azankan di telinga selepas dilahirkan, macam baru semalam abuya merakam video kak ngah kali pertama panjat tangga setelah laju berjalan dan berlari. Sedar-sedar sekarang dah 4 kali rupanya sambut ulangtahun kelahiran

biasalah acara potong kek ni

throwback masa birthday yang pertama


masa kecil

12 December 2017


Jika ketandusan idea nak masak menu minum petang atau sarapan pagi dan nak cuba sesuatu yang berbeza ( beza sangat kan), boleh lerr try buat cekodok (jemput-jemput) mee segera maggi campur udang. Haa kan panjang namanya tu. Pendekkan ajer la jadi cekodok maggi. Maggi tu maksudnya mee segera jenama maggi atau mana-mana brand pun ok



RESIPI CEKODOK MEE MAGGI UDANG


Jujurnya, mula-mula tengok juadah ni kat rancangan ketuk-ketuk Ramadhan si Shiela Rusly tu sambil dengar mulut dia pot pet pot pet... ringkas ajer menunya. Semua orang leh buat ni. Cuma pelbagaikan stail dan gaya ikut kreativiti masing-masing la

BAHAN-BAHAN CEKODOK MEE MAGGI UDANG

1 - Sekilo tepung gandum. Aku lebih gemar pilih tepung brand Faiza, biar mahal seringgit dua asal tak ada bahan pemutih yang merosakkan kesihatan. Dah laa menu nya pun maggi, harap-harap tak kena kecam

2. 2 bungkus mee segera maggi, dilembutkan terlebih dahulu

3. Udang, aku tak kira pulak berapa ekor tadi.. 20 ekor ok kot. Dipotong tiga kecil-kecil

4. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk

5.Telur kecil 4 biji, kalau besar 2 biji

6. Serbuk penaik (baking soda) dan garam secukup rasa jika perlu. Kalau taknak letak garam pun ok sebab perencah mee maggi dah ada rasa masin

7. Daun kucai

CARA MASAK CEKODOK MEE MAGGI UDANG

Macam biasalah korang buat cekodok, cucur, jemput-jemput. Campur semua bahan

tuudiaa proses awal sebelum menggaul. Campurkan je semua bahan

mee maggi yang telah lembut serta perencah dimasukkan. Kini sedia untuk digaul sebati

sebelum goreng

hasil kejadian


Alhamdulillah dah kenyang.. 
Selamat menjamu selera

08 December 2017

Anak kecil sampai satu stage penerokaan umur dia, diorang pandai nak buat sendiri. Contoh basuh tangan panjat kerusi buka paip, ikat tali kasut walaupun caca merba, pakai pampers pun sendiri walau longgar, lipat baju walaupun tak kemas, pakai baju walaupun lambat, sikat rambut walau tak rapi

Anak baru saja nak cuba sesuatu yang baharu contoh lainnya pakai butang baju, tapi dek kerana lambat sangat, mak ayah pula selalu nak rushing dan perfect, maka di akhirnya kita sendiri yang selalu selesaikan butang baju tu


kak ngah

Kesilapan besar disitu kerana membantut percubaan serta usaha dia.  Tanpa sedari atau tak sengaja, ibu bapa lah yang terawal membunuh motivasi anak-anak. Lambat laun mereka akan hilang keyakinan diri, potensi, keunikan dan kemahiran yang dia ada.

Sepatutnya biarkan dia selesaikan sendiri terlebih dahulu walaupun selalunya baju jadi senget sebab salah masuk butang. Yang sebetulnya berilah motivasi dan pujian seikhlasnya atas usaha dia

Kita nampak senget salah masuk butang, tapi anak nampak dia berjaya selesaikan pakai butang baju setelah usaha yang gigih


masa kecik, nak sikat sendiri..
 haa kan dah nangis tu sebab rambut tersekat di skala 6.. haha


02 December 2017

Belum pun sempat cikgu-cikgu nak bertenang-tenang, release stress sikit bila start cuti panjang akhir tahun, dah kena kecam sebab makan kat hotel. Kononnya guna duit PIBG.. hurmm

Kesian cikgu, asyik terkena je. Dah la cuti pun kena siapkan tuntutan kerja, bermuram durja dengan result upsr dek perubahan sistem KPM pun boleh reda lagi, dah kena hadap kes viral yang tak sepatutnya ni pulak


viral cikgu makan di hotel


Tolong lah, cikgu pun manusia biasa, ada perasaan jugak. Kadang-kadang tak mahu melayan berita viral. Ikutkan hati nafsu amarah, dari minggu lepas lagi nak melatah di media sosial, mujurlah boleh tahan sabar tunggu emosi stabil dulu. Kadang-kadang sebesar-besar jiwa guru tu, terasa lah juga sedikit sebanyak. Begitu sekali hinanya orang nak pandang cikgu macam tu .. kan? Betul-betul rasa terhina

Tak berbaloi pun sebenarnya nak guna duit PIBG semata-mata nak makan kat hotel. Berapa juta sangat lah kalau dapat pun

Cikgu ada kelab guru di sekolah masing-masing. Kumpul duit ikut ketetapan sekolah masing-masing. Duit terkumpul tu untuk jaga kebajikan, bukan hanya guna nak buat jamuan akhir tahun kat hotel. Kalau ada cikgu bersalin, bersara, berpindah, berkahwin, pergi haji, ada waris kematian, ditimpa musibah, duit itulah yang kita guna

Nak buat jamuan kat hotel, kumpul duit sendiri. Raikan diri sendiri jer. Nak harap orang raikan? Hurmm.. lambat lah lagi

Antara luahan rakan-rakan guru tentang kes viral. Janganlah kata guru mengungkit pulak. Sebenarnya bukan nak ungkit, tapi dah orang nak hina sangat, kena lah sebut biar tahu..






Kesian cikgu, bertabahlah wahai kawan-kawan

Respon Menteri Pendidikan :-



Bertabah lah rakan guru 
SK Bandar Seri Putra, tahun depan jom kumpul duit banyak lagi, buat jamuan akhir tahun kat hotel lagi mewah.. jomm!




29 November 2017

Hujan berterusan hampir seminggu. Banjir sana sini. Ribut dan angin kuat menumbangkan beberapa gerai di Pantai Batu Buruk. Hakisan macam biasa tiap-tiap tahun berlaku di Pantai Mengabang Telipot. Nak keluar rumah jalan jauh-jauh sikit macam agak kurang sesuai 

Duduk rumah melantak je la kerja sambil siapkan kerja sekolah yang tak habis-habis lagi ni. Apatah lagi duk lepak kat kampung bagaikan syurga juadah air tangan mak.. haha


western laa sekali sekala... 
makaroni bakar

itik masak kurma

paling terangkat di kala hujan renyai-renyai yang mendamaikan.. pulut gaul nyiur (kelapa parut) matching dengan ikan kukus

pulut sesi kedua

yang ni pun boleh tahan.. 
bubur jagung durian


Semoga rakan-rakan yang menghadapi musibah dan dugaan banjir di kawasan mereka tabah dan kuat. Hati-hati
Contoh refleksi adalah rujukan untuk rakan-rakan guru yang mengajar bahasa arab


إن عملية التعليم والتعلم قد تحققت الهدف المنشود
Sesi PdP telah mencapai objektif/target yang diingini

 يستوعب التلاميذ جميع المستويات التعليمية و التعلمية
Murid-murid dapat menguasai kesemua aras PdP

يستوعب التلاميذ جميع المهارات المدروسة
Murid-murid dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari


يستوعب التلاميذ مهارات التعليمية المُركزة
Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif


 يستوعب التلاميذ أهداف التعليمية مع عشرة منهم يجيدون فيها
Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target


 خمسة من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي نتاج التعلم
5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran


عشرة من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي أهداف التعليمية
10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran


 شارك التلاميذ فى الانشطة التعليمية مشاركة ايجابية و ممتعة
Murid-murid telah menyertai aktiviti PdP dengan jayanya


عدم مشاركة بعض التلاميذ مشاركة فردية في الأنشطة التعليمية لضيق الوقت

Sebahagian murid-murid tidak terlibat dalam aktiviti PdP kerana kesuntukan masa


 يبدو التلاميذ غير مشوقين فى الأنشطة التعليمية لعدم استخدام الواسائل المعينة الرائعة / المناسبة / ذات جزّابة .
Murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian


يبدو بعض التلاميذ غير مشوقين فى الأنشطة التعليمية لعدم استخدام الواسائل المعينة الرائعة / المناسبة / ذات جزّابة .
Sebahagian murid2 kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian

 غياب بعض التلاميذ في الفصل لحضورهم برنامج خارج الفصل
Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas

تأجيل عملية التعليمية و التعلمية لحضور المعلم الى مشاورة / اجتماع المعلمين
PdP ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru


تأجيل عملية التعليمية و التعلمية لحضور المعلم الى برنامج خارج الفصل.
PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas


تأجيل عملية التعليمية و التعلمية لحضور المعلم الى برنامج خارج المدرسة .
PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah


عملية التعليمية و التعلمية لا تجري في مدّة موعدها الكاملة لمانع ما لا بدّا منه
Aktiviti PdP tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan

 يحتاج الى اعادة بعض الأنشطة التعليمية لعدم استيعاب التلاميذ في أهداف التعليمية
Sebahagian aktiviti PdP perlu diulang semula kerana murid-murid tidak menguasai objektif pembelajaran


#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN

backlinks

ping blog

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

tinggalkan jejakmu